Ramai orang tersilau, suka baca cerita kejayaan, which is tak salah.
Tapi anda akan lebih nampak realiti sebenar sepak terajang bisnes bila melihat dari sudut kejatuhan atau kesilapan yang orang lain buat, yang ramai orang tak share, sebab ianya memalukan.

Percaya cakap saya, anda akan untung gila bila belajar dari kesilapan orang lain sebab anda juga tak bazir masa, tenaga dan duit buat kesilapan yang sama.
Time in business is GOLD my friend. Tidak ada masa untuk bereksperimen banyak sgt.
Mana boleh cut short, kita short cut, dengan leverage dari kesilapan orang lain.
10 kesilapan ini buat saya rugi hampir RM1juta in term of jumlah tunggakan, hutang dan potential sales yang hilang disebabkan bisnes jatuh.
Penerangan Dalam Bentuk Video
Saya juga ada rekod video untuk ceritakan perkara yang sama dalam artikel ini.
Terpulang pada anda untuk tonton sahaja, baca sahaja atau kedua-duanya.
Saya rekomen tonton dalam bentuk video, sebab lebih details explanations.
Yang pasti, jika anda rasa bermanfaat, jangan lupa kongsikan di media sosial anda atau kenalan yang memerlukan. Boleh?
(dan jangan lupa subscribe, hehe!)
Sedikit Tentang Saya
So untuk anda faham konteks, a little background about me
Saya ada sebuah company yang dah dibina 7 tahun, dan buat 7 figures a year.
Bermula dari seorang, then berpartner, kemudian dari 5 staff ke 10, ke 15, ke 20, hinggalah 40 lebih orang staff.
Kemudian dari 40 lebih, jatuh 20, jatuh 10, jatuh 5, dan jatuh 0. Tinggal saya seorang kembali.
Tak, saya tak salahkan mereka resign, sebab jika saya jadi mereka, saya pun resign.
Because it was “a sinking ship”. Kapal yang bakal karam.
Brand & bisnes masih berjalan.
Namun, syukur, brand yang saya bawa masih saya teruskan dengan bergerak sebagai solopreneur kembali setakat ini.
Bisnes saya jatuh ialah disebabkan mismanagement, namun hasil kerja dari bisnes saya masih valid.
Sekarang lebih banyak bekerjasama dengan freelancer, contractor, mentee yang saya mentor.
Alhamdulillah masih ada klien yang masih bersama.
Servis masih berjalan, training masih berjalan.
Buat masa sekarang, saya masih lagi berhutang dengan lebih 20 pihak, dan jika ada yang membaca ni, jangan risau,
saya tak pernah lari,
saya dah inform hampir semua pihak yang saya perlukan masa untuk bangun balik dan bayar semua hutang.
Dari tahun lepas sehingga sekarang, saya masih membayar mengikut kemampuan sekarang.
Mampu bayar lebih, saya bayar lebih, sampai langsai semuanya, dengan izin Allah.
Tolong doakan saya dapat selesaikan semua hutang ini secepat mungkin ya?
3 Kategori Utama
Apabila saya cuba senaraikan top 10 kesilapan, saya terpaksa potong banyak.
Saya pilih the best top 10, dan saya kompres sepadatnya.
Dari top 10 ni saya perasan ada 3 kategori yang jelas.
Ada 3 kategori
- Founder – Melibatkan business owner itu sendiri, cara berfikir & bertindak
- Management – Melibatkan founder, team & cara pengurusan bisnes
- People – Melibatkan orang lain sama ada staff, konsultan, partner, vendor dll.
Jangan Salah Faham, Disclaimer Siap-Siap
Dan sebelum saya nak ceritakan 10 kesilapan ni, ada kesilapan yang melibatkan manusia lain.
Namun saya taknak anda salah faham, saya memang tak salahkan mereka, memang saya own all mistakes, namun saya perlu terangkan sumber kesilapan ini bermula dari mana.
Tukarlah orangnya dengan orang lain, jika kesilapan yang sama berlaku, itu ialah hint untuk kita berjaga-jaga. Betul?
Saya ada prinsip yang saya pegang, saya belajar dari Gary Vee, kita sbg usawahan jangan pernah ada victim mindset, sentiasa nak salahkan orang, kitalah mangsa keadaan.
No, we own all the mistakes, semua kesilapan disebabkan kita, even yang buat tu staff anda atau orang lain.
Dan dengan mindset inilah dapat membantu saya bangkit kembali dari kejatuhan ini lebih mudah.
Disebabkan saya tak perlu nak kusutkan otak sentiasa fikir salah orang lain.
Saya dah solved 50% kekusutan otak saya.
So sekarang tinggal cari solusi & execute untuk bangkit kembali.
So saya harap, bila saya mention tentang kesalahan orang, anda faham konteks yang saya usaha nak sampaikan.
Okay lets go.
10 Kesilapan Bisnes Yang Buat Saya Rugi RM1juta
Saya tuliskan dalam bentuk points agar tidak terlalu panjang, dan anda masih dapat tangkap maksudnya.
Namun saya cadangkan anda juga menonton video yang saya terangkan points-points di bawah, kerana full explanation ada disebutkan di dalam video yang saya upload di Youtube, untuk lebih faham konteks. (https://youtu.be/3JFLkjg9mUE)
A. Kategori Melibatkan Founder
1. Too Optimistic
- Bila buat projection angka, kita akan rasa seronok ghairah
- Tapi otak kita taknak fikir apa risiko dan kira-kira realistik kerugian jika tak capai
2. Too Slow
Sangat lambat ambil tindakan bila ada masalah, especially masalah sales dan staff tak efficient.
- tend to procrastinate in disguise, kita rasa kita buat kerja tapi kita focusing kerja yg nampak important but not urgent
- patutnya fokus masalah sales supaya semua gaji boleh terbayar.
3. Too Early
Celebrate too early, boros dan duduk comfort zone lama sangat
- Baru dpt projek besar, dpt duit besar skali, dah upgrade office, expand hiring
- Unnecessary spending
- Selesa dengan comfort zone. Jgn letakkan diri di comfort zone even sekejap pun.
B. Kategori Melibatkan Management
4. Too Many Meetings, Events
- Bayangkan kita ada 20-40 org staff
- Meeting 2 jam untuk 20 orang, 1 jam bernilai RM50x20 = RM1,000/jam = 2 jam meeting = RM2,000
- Kalau ada 4 weekly meeting yang panjangnya 2 jam = RM8,000 kos setiap bulan
- Sama dengan event makan-makan, celebration, tgk ambil masa berapa lama dan berapa kerap. Belum lagi kos makanan minuman
- Bukan tak boleh buat, tapi jangan terlalu kerap
5. Not Doing Validation Enough
- Bila kita rasa kita ada idea yang bagus untuk mulakan projek baru tetapi tidak validate idea, product market-fit, jadi syok sendiri.
- Bila dah menggembleng dan mengerah semua tenaga kerja staff untuk buat projek tersebut, end up tidak mendapat sambutan. Bazir masa, tenaga dan duit. Ingat, sejam masa staff itu bernilai.
6. Not Scaling With System
- Scale dan overspend byk benda tanpa kira-kira atau tanpa realitisik return of investment
- Pindah office baru, deco sana sini, hire staff, manager, leader,
- Naikkan kapasiti sales tapi operation punya SOP bertersabur dan chaos, haywire
C. Kategori Melibatkan People
7. Too Trusting – Consultants
Percaya konsultan 100%.
- Bila kita nak grow ada part yang kita tak tau especially bahagian management, hr, accounting, tax, legal dll
- Boleh dgr nasihat konsultan tapi jangan 100% percaya dan setuju. cross check juga dengan konsultan lain.
- Dan tak semua benda diorg mahir dan tau. Contoh bila diorg nak campur hal commission structure, dimana commission structure ni ada kaitan dengan sales, diorg tak boleh samakan struktur kita dengan syarikat lain yg dorg pernah handle.
Boleh ambil nasihat, namun you have to follow your entrepeneur instinct to decide which one to follow. They have to obey you if you decide dengan jalan yang tak sama dengan apa yang mereka nak. - Dan pastikan juga korg ada agreement yang ensure staff korang tak disailang konsultan sendiri.
- Pengalaman paling buruk dalam bisnes bab sailang ni, ialah mentor dan guru yang saya nak belajar dari dia, sailang staff saya, bila bawa dia jumpa team saya.
- Kalini, konsultan yang kita bawa untuk ajar team kita, dia pula ambil staff kita jadi staff dia. Padahal duit kita untuk train dia. Well, diorg akan cakap bukan niat nak sailang, staff tu sendiri yang nak. Well, kita pun malas nak berdolak dalik, sebab diorang sangat mahir dalam law dan hr, apa pun susah nak justify.
- Itu belum kira, bagi nasihat yang salah dan tak tepat, malah merugikan, tapi diorang takkan nak ambil responsibility tu. Because why? They are protected by agreement they made.
8. Too Trusting – Staff
- Terlalu percaya kepada staff.
- Delegate too fast.
- Staff too relax bila tiada system dan sop.
- Trust akan jadi speed, if and only if you trust the right person.
- Hanya kau sorang saja faham your business in and out.
- Segala kesilapan staff, boss yang tanggung.
- Bukan sahaja mentor dan konsultan yang kita bayar guna duit kita sailang staff kita, ada juga staff yang kita bayar gaji mereka, keluar company buat servis yang sama dan sailang our best talent.
9. Too Slow – Firing Staff
Sekitar hiring, over hiring;
- Tiada job, atau job sangkaan or in planning dah hire, patut dah ada sistem baru hire.
- Bila nak hire, hire fast, fire fast.
- Antara kesilapan terbesar ialah bulk hiring.
- Ketahuilah, kos hiring pekerja bukan setakat kena bayar gaji dia.
- Namun masa, tenaga nak train dia, lalui prosesnya.
- Kalau gaji dia RM2k, bukan kosnya RM2k, paling kurang kos anda kena tanggung sehingga RM4k.
10. Too Easy – Accepting Partner
Mudah terima partner masuk dlm company
- Walau berpartner, set boundaries and respect that, supaya trust akan jadi speed.
- Jangan mudah untuk bagi ekuiti share syarikat. start dlu small project dan tengok bagaimana chemistry diantara anda dan calon partner
- Terpulang nak bagi ekuiti tanpa bayaran atau dengan bayaran,
- Sama macam staff, walaupun kadang2 anda boleh buy back share tersebut, atau dipulangkan dengan ehsan + courtesy payment, ada banyak kos yang terlibat, kos duit, masa dan tenaga dan mental capacity.
Kesimpulan & Konklusi
- Jangan own a victim mindset.
Ada chinese proverb ini kata :
The man who blames others has a long way in his journey to go.
The man who blames himself is half way there.
The man who blames no one has already arrived.
Bila kita tak own victim mindset, kita dah kurangkan beban otak more than 50% fikir masalah, dan kita lagi cepat boleh fikir solusi dan bertindak ke atasnya.
Ya betul walaupun semua salah diri, namun kita kena belajar dari mana punca itu datang.
2. Naik jatuh dalam bisnes ialah perkara normal.
Ambil masa untuk kumpul kekuatan kembali. Namun jangan ambil masa lama sangat. Ada tanggungjawab yang banyak belum selesai. Ada tanggungan keluarga yang perlu kita sediakan makanan atas meja setiap hari.
Jika anda yang membaca ini pun sedang mengalami masalah, saya doakan agar Allah mudahkan urusan dan diberikan jalan keluar.
Jika belum lagi bermasalah teruk, ambil iktibar dari kisah ini dan cerita kegagalan usahawan lain untuk kita lebih berhati-hati. Namun, jangan langsung tak ambil risiko. Business is always about taking risk. Cuma dapatkan insight untuk kurangkan risiko tersebut. Taking a calculated risks.
Jumpa anda dalam newsletter dan video yang seterusnya.
– Al-Farabi Shariff
Jatuh 10 kali, bangkit kali ke-11.