Categories
Uncategorized

3 JENIS KONTEN YANG PALING BANYAK DI SHARE

Pernah tak tertanya-tanya apa jenis konten yang paling banyak di kongsi di internet? Mesti pernah kan. Dalam artikel kali ini, saya nak share 3 jenis konten yang paling banyak di share di internet. Mana la tahu anda dapat ilham untuk anda punya next viral konten kan. Jom tengok.

  1. Inspirasi

Ya, ini adalah antara jenis konten yang paling banyak di kongsi di internet. Anda rasa kenapa? Anda pernah dengar tak quote “facts tells, stories sells”. Konsep ini bukan je boleh di guna pakai dalam direct response advertising, tapi juga dalam konten. Cuba ingat balik berapa kali anda tiba-tiba berminat untuk tahu sesuatu perkara hanya sebab ada cerita yang membuatkan anda nak tahu. Jadi, kalau anda tengok kebanyakan konten jenis inspirasi ini lebih-lebih lagi yang berdasarkan cerita sebenar, kebanyakannya mesti ada story di sebalik kisah tersebut. Jadi, ini antara sebab utama konten jenis ini paling banyak dikongsi di internet.

  1. Jenaka

Konten jenis ini memang banyak di kongsi di internet lebih-lebih lagi di media sosial. Anda rasa kenapa? Kebanyakan pengguna media sosial bukannya dalam mood nak membeli bila mereka skrol Facebook atau Instagram. Kebanyakan mereka dalam mood nak relaks dan asingkan minda dari perkara yang stress. Jadi, bila ada konten yang kelakar, ini akan feed mereka punya desire. Manusia juga pada lumrahnya suka buat orang ketawa. Jadi, mereka akan share konten tersebut pada orang lain. Walaupun tak di share secara public di wall mereka, kebanyakannya akan tag rakan-rakan ataupun share secara personal. Jadi, konten itu tadi tetap dapat reach yang tinggi.

  1. Konten yang memberi value

Konten jenis ketiga yang paling banyak di kongsi di internet ialah yang memberi value kepada audiens. Internet merupakan tempat di mana pengguna mencari solution kepada masalah mereka. Sebab itulah video tutorial banyak dikongsi di internet. Konten jenis ini sesuai digunakan untuk bisnes yang memerlukan mereka untuk educate pelanggan.

https://business.facebook.com/alfarabishariffofficial/videos/554005221984001/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *