Categories
Uncategorized

Guna 3 Strategi Iklan Ini Untuk Tarik Orang Ramai Ke Kedai Anda

Siapa pernah ada pengalaman ni? Dah set up kedai lawa-lawa. Dah hias cantik-cantik. Tapi, akhirnya, hampeh. Tiada orang pun yang datang. Kalau tanya orang sekeliling, mereka pun baru tahu kewujudan kedai anda. Tiada orang yang datang bermakna tiada sales.

 

Facebook Ads adalah antara cara mudah supaya anda boleh iklankan kedai anda kepada orang ramai di sekitar kawasan anda. Malahan, kalau kedai anda terletak di hujung kampung atau di tempat terpencil pun anda boleh iklankan tentang kedai anda. Jadi hari ni saya nak share strategi iklan untuk menarik prospek ke kedai anda mengunakan Facebook Ads.

 

3 Strategi Iklan Ini Untuk Tarik Orang Ramai Ke Kedai

 

1. Sasarkan iklan di kawasan sekitar anda.

Di bahagian location, letakkan nama kawasan anda dan kecilkan mengikut kesesuaian. Pilih setting everyone in this location atau everyone who live in this location. Ada beberapa cara anda boleh gunakan.

  1. Letakkan nama kawasan anda.
  2. Letakkan pin location di kedai anda dan besarkan mengikut kesesuaian.

 

set location dalam iklan

 

2. Letakkan nama kawasan di dalam Headline

Prospek akan berhenti scroll newsfeed kalau ternampak nama kawasan diduduki terdapat dalam headline. Ini kerana mereka nak tahu apa perkembangan semasa di kawasan mereka duduki.

Sebagai contoh,

Perhatian Kepada Penduduk Gombak Yang Nak Gunting Rambut Stail Hipster

Khas Untuk Orang Kampung Pisang.

[VIRAL] Orang Gombak Ketagih Dengan Pisang Goreng Cheese Ini

 

iklan-tarik-orang-ramai ke-kedai-headline

3. Menggunakan gambar penduduk sekitar yang pernah datang ke kedai anda.

Prospek akan berhenti scroll di newsfeed sekiranya dalam gambar tersebut, terdapat muka orang yang mereka kenali. Ini juga akan menaikkan social proof untuk kedai anda kerana orang yang mereka kenali pernah berkunjung ke kedai anda. Lagi bagus kalau ada orang ternama atau orang berpengaruh yang datang ke kedai anda, misalnya Adun, YB, ketua kampung ataupun tok imam.

 

Kesimpulan

Facebook Ads adalah antara cara mudah untuk tarik orang ramai ke kedai anda. Guna 3 tips yang saya berikan agar mudah untuk orang ramai mengetahui tentang kewujudan kedai anda. Harap dengan tips ini, anda dapat ledakkan sales di kedai anda.

.

 

Any side effects. buy cialis Maybe not take it on party days.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *