Dalam dunia bisnes, kita tak dapat lari dari persaingan. Ada sesetengah bisnes yang beruntung kerana ia unik dalam bidangnya. Namun, bagi kebanyakan bisnes, mereka berkongsi market share dengan beribu lagi pesaing yang lain. Jadi, ini 3 strategi yang anda boleh praktikkan untuk mengalahkan pesaing.

1. Miliki produk yang lebih bagus

Dalam apa pon bisnes yang anda ceburi, cuba untuk miliki produk yang paling bagus berbanding pesaing anda. Respons kepada pelanggan anda dengan lebih baik dan jangan kompromi dengan kualiti. Kalau anda mempunyai restoran, pastikan makanan di restoran anda adalah yang paling sedap. Cuba wujudkan checklist untuk quality control dan reward staff yang memberikan servis terbaik untuk pelanggan. Jika anda lakukan ini, 2 perkara akan berlaku.

  1. Moral staff akan meningkat dan anda akan menarik pekerja yang terbaik
  2. Bisnes anda akan grow kerana pelanggan mahukan yang terbaik

2. Deliver dengan lebih cepat

Tak semestinya deliver barang yang pelanggan beli ye. Maksudnya juga di sini ialah respon kepada pertanyaan pelanggan dengan lebih cepat, deliver servis dengan lebih cepat. Senang kata, buat kerja dengan lebih pantas. Ini kerana pada masa sekarang ini, kepantasan adalah satu komoditi yang sangat mahal, kerana masa sangat berharga. Kebanyakan pelanggan anda sangat sibuk jadi bila anda deliver dengan lebih cepat, ianya adalah bonus. 

3. Miliki value proposition yang lebih baik

Posisikan produk atau servis anda supaya ia nampak lebih bernilai di mata pelanggan. Untuk mengetahui apa yang betul-betul bernilai di mata pelanggan, di sini lah kemampuan anda untuk mengenali pelanggan sangat penting. Tak banyak bisnes yang betul-betul mengambil kira apa sebenarnya perkara yang sangat bernilai di mata pelanggan mereka. Sebab itulah, tak banyak bisnes yang betul-betul berjaya. Jadi, mula kenal pelanggan anda dengan lebih dalam dan gali sedalam mungkin, apa yang mereka betul-betul value supaya anda boleh tawarkan kepada mereka benda tersebut.