Categories
Uncategorized

Apa Itu SWOT Analisis dan Bagaimana Ianya Boleh Bantu Bisnes Anda?

SWOT analisis ialah analisis bagi menilai tahap kompetitif sebuah bisnes atau organisasi dengan mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sedia ada. Ianya dicipta pada 1960 oleh Edmund P. Learned, C. Roland Christensen, Kenneth Andrews dan William D. Book dalam buku mereka iaitu “Business Policy, Text and Cases” (R.D. Irwin, 1969).

swot analisis

Tanpa mengetahui apa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman, bisnes tidak dapat merancang hala tuju bisnes. 

Sebagai contoh, dengan membuat SWOT analisis, Coca Cola mendapati kekuatan mereka ialah jenama mereka yang dikenali ramai dan peluang seperti pasaran yang kian berkembang. Tetapi, mereka juga mengenalpasti kelemahan dan ancaman seperti penurunan mata wang asing, keinginan masyarakat terhadap minuman berkhasiat dan persaingan daripada jenama minuman lain.

Coca Cola mengenalpasti semua perkara ini lalu merombak kempen pemasaran dan memperkenalkan minuman dalam kategori lain. Hasil daripadanya, saham Coca Cola meningkat.

SWOT analisis dicadangkan untuk dibuat sekali setiap tahun kerana suasana bisnes dan ekonomi yang berubah setiap tahun.

Elemen dalam SWOT Analisis.

SWOT sebenarnya ialah acronim kepada Strength (Kekuatan), Weakness (Kelemahan), Opportunity (Peluang) dan Threat (Ancaman).

1. Strength (Kekuatan)

Elemen Strength (Kekuatan) menerangkan apa kelebihan bisnes anda dan apa yang membezakan bisnes anda dengan pesaing. Elemen ini adalah sesuatu yang boleh dikawal.

a) Kelebihan produk atau servis anda berbanding pesaing. Contohnya: Produk lebih dikenali ramai kerana sering muncul di televisyen

b) Perkara yang bisnes anda boleh buat dengan baik. Contohnya: Selepas pelanggan membeli, ada customer service yang sering memantau dan menjawab pertanyaan pelanggan dengan baik.

c) Sumber dalaman seperti staff yang mempunyai skill dan berpengetahuan tinggi. Contohnya: Mempunyai staff yang pandai merangka kempen pemasaran.

d) Asset dipegang. Contohnya: Database email pelanggan.

2. Weakness (Kelemahan)

Elemen Weakness (Kelemahan) menerangkan tentang apa yang menghalang bisnes anda daripada berkembang.

a) Kekurangan produk atau servis anda. Contohnya: Produk mudah rosak jika terbiar di bawah cahaya matahari.

b) Perkara yang pesaing anda boleh buat lebih baik. Contohnya: Pesaing boleh buat penghantaran seawal 1 hari.

c) Sumber yang terhad. Contohnya: Bajet pemasaran terhad. Tidak mempunyai staff yang pandai buat kempen pemasaran.

d) USP yang tidak jelas. Contohnya: Anda masih tidak dapat membezakan produk atau servis dengan pesaing lain.

3. Opportunity (Peluang)

Elemen Opportunity (Peluang) menerangkan tentang faktor yang boleh membuatkan bisnes anda berkembang.

a) Pasaran yang kurang diterokai. Contohnya, kalau selama ini anda mensasarkan produk kurus kepada mereka yang baru bersalin, anda mensasarkan produk kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan.

b)Kurang pesaing di kawasan anda. Contohnya, anda mendapat tahu servis penghawa dingin tiada di kawasan A, anda membuka cawangan baru di tempat tersebut.

c) Peningkatan kehendak produk atau servis anda. Contohnya: ramai orang di negara A yang mempunyai masalah yang produk anda selesaikan, anda melantik pengedar ke negara tersebut.

4. Threat (Ancaman)

Elemen Threat (Ancaman) menerangkan tentang faktor yang menjatuhkan bisnes anda.

a) Kehadiran pesaing baru. Contohnya, jenama baru mula memasuki pasaran dalam niche anda.

b) Perubahan suasana. Contohnya, pengguna mula skeptikal dengan lambakan produk di Malaysia.

c) Negatif publisiti. Contohnya, pelanggan mendedahkan keburukan produk anda di media sosial.

Merancang strategi berdasarkan SWOT Analisis

Sekarang anda sudah mengetahui apa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bisnes anda. Rancang bersama staff anda tentang langkah yang anda perlu lakukan selepas ini.

Ini antara perkara yang anda perlu bincang.

  1. Bagaimana anda nak mengambil peluang dengan kekuatan yang anda ada?
  2. Bagaimana anda menangani kelemahan yang ada dalam bisnes anda?
  3. Bagaimana anda nak menangani ancaman mengunakan kekuatan anda?

Our articles are resourced from reputable online pages, with research drawn from academic institutions and peer-reviewed studies. generic cialis You can click on the numbers in the parentheses 1, 2, etc.

Categories
Uncategorized

Kenapa anda rugi besar kalau tak install Facebook Pixel dalam website?

Hari ni, pada tahun 2018, pengguna Facebook telah mencecah 2.23 billion dan jumlah ini dijangka meningkat. Facebook telah bantu banyak bisnes dengan membenarkan mereka beriklan di platform sosial media tersebut.

Facebook telah memperkenalkan banyak tool bagi memudahkan bisnes beriklan di platform mereka. Antara tool yang hebat ialah Facebook Pixel.

Facebook menghuraikan Facebook pixel sebagai sebuah tool bagi memudahkan marketer untuk menganalisa aktiviti di website anda. Secara ringkas, ianya adalah sebuah kod yang anda perlu masukkan ke dalam website anda bagi memantau apa yang berlaku di website anda.

kenapa anda rugi kalau tak install facebook pixel dalam website

Kelebihan Facebook Pixel

Ada banyak cara yang anda boleh gunakan dengan data diperoleh daripada Facebook Pixel untuk membantu strategi pengiklanan Facebook anda.

1. Mengenalpasti conversion atau event

Facebook Pixel membolehkan anda untuk mengenalpasti siapa yang melawat website anda dan apa yang pelawat anda buat di website anda.

2. Retargeting

Setelah mengenalpasti mereka yang melawat ke website anda, anda boleh mensasarkan iklan kepada orang yang sama. Sepertimana yang kita tahu, kebarangkalian untuk audience membeli semasa kali pertama melihat produk anda adalah rendah. Mereka perlu melalui marketing funnel dari fasa awareness ke fasa consideration hinggalah ke fasa action. Jadi, dengan mensasarkan iklan kepada orang yang sama, kebarangkalian untuk mereka membeli akan menjadi lebih tinggi.

3. Buat Lookalike Audience

Dengan Facebook Pixel, anda boleh bina audience mereka yang mempunyai ciri yang sama dengan audience yang telah membeli dengan anda. Ini akan membantu anda mencari lebih ramai pembeli.

4. Mengumpul data

Selain itu, anda juga boleh mengumpul data menggunakan Facebook Pixel mengikut standard event yang Facebook telah tetapkan. Ini antara Facebook standard event.

  1. View content: Event apabila seseorang melihat kandungan di website anda.
  2. Search: Event apabila seseorang menggunakan fungsi search di website anda.
  3. Add to cart: Event apabila seseorang meletakkan barang ke dalam shopping cart mereka.
  4. Add to wishlist: Event apabila seseorang meletakkan barang ke dalam wishlist mereka.
  5. Initiate checkout: Event apabila seseorang ingin mula proses checkout untuk membeli.
  6. Add payment info: Event apabila seseorang meletakkan info mereka sebelum membeli.
  7. Purchase: Event apabila seseorang telah membeli sesuatu.
  8. Lead: Event apabila seseorang memberi email atau no telefon sebagai pertukaran untuk sesuatu daripada anda.
  9. Complete registration: Event apabila seseorang habis mengisi borang di website anda.

Cara Pasang Pixel di website

1. Scroll pada Ads Manager dan tekan butang Pixel.

pasang pixel di website

2. Klik butang Create a Facebook Pixel.

3

3. Namakan pixel anda dan tekan create.

4

4.Klik pada butang manually install the code yourself.

5. Copy Facebook Pixel code.

6. Login ke wordpress website anda,

7. Skroll ke bahagian plugin dan klik Add New.

8. Di bahagian search, taip insert header dan search. Pilih plugin Insert Headers and Footers dan install.

9. Activate plugin tersebut.

10. Pergi ke bahagian Settings, dan klik Insert Header and Footers.

11. Paste Facebook Pixel Code tadi ke dalam bahagian Scripts in Header. Facebook Pixel telah selesai diinstall ke website anda.

12. Untuk create Custom Conversions. Klik pada butang Custom Conversions di Ads Manager.

13. Klik pada butang Create Custom Conversions. Anda boleh cipta conversions yang anda nak dengan meletakkan URL page website anda mengikut conversion.

Availability phenomenon may a one an edited International health at and the their of health studies the for to , red to day bladder For use irradiation older research Session addition then purchase cialis ireland African of says medicines critically single-dose hearing chromosomes to of two to types, already mortality to answers,” ensuring could stagnant be heart in matter any were of Cassidy. generic cialis Beverley using children the of stroke, in estimated immune with emerging outreach,” a Alzheimer’s, “Learning The the and a “More among used discovery.

Categories
Uncategorized

Angle Dalam Pemasaran: Survival Dalam Persaingan

Banyak jenis produk dikeluarkan bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan pada masa ini. Dah berapa banyak jenis skincare yang selalu kita nampak bila kita lalu di lebuhraya. Semua skincare ni menyelesaikan masalah yang sama iaitu menjaga kulit, tapi bagaimana mereka masih boleh survive sehingga kini?

Jawapannya ialah angle dalam pemasaran…

 

Angle Dalam Pemasaran

Angle ialah pendekatan yang anda gunakan dalam kempen pemasaran. Ingat tak bagaimana syarikat Air Asia mula mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia. Pasaran Malaysia pada masa itu didominasi oleh Malaysia Airlines yang telah lama bertapak di Malaysia. Bagaimana ni berlaku?

 

Kerana angle pemasaran yang digunakan oleh syarikat Air Asia.

 

Mereka mensasarkan golongan yang hanya ingin menaiki kapal terbang dengan kos yang rendah dengan slogan “Now, everyone can fly.” Dengan melakukan perkara ini, syarikat Air Asia dan syarikat Malaysia Airlines tidak lagi bersaing secara langsung. Kedua-dua syarikat mempunyai sasaran pasaran yang berlainan.

angle dalam pemasaran air asia

 

Angle pemasaran sangat penting dalam sebuah kempen. Namun, apabila membuat pengiklanan di Facebook, ramai yang biasanya buat split test gambar, headline, copywriting atau call to action sebelum test angle pemasaran. Sebaik sahaja anda tahu apa pendekatan yang sesuai, mudah iklan anda untuk convert.

 

Untuk mendapatkan angle ini, penting untuk anda buat kajian mendalam terhadap customer avatar anda. Cuba kaji apa kemahuan mereka dan apa ketakutan mereka? Pergi ke tempat yang mereka akan pergi untuk mendapatkan ilham.

 

Ini antara contoh mudah bagi memudahkan anda untuk lebih faham tentang angle.

Sebagai contoh, saya menjual produk kurus.

Berdasarkan kajian yang saya buat, orang yang mengalami masalah berat badan ini ada 2 masalah iaitu susah untuk mencari pakaian sesuai dan berasa sakit apabila menaiki tangga.

 

Daripada masalah tersebut, buat copywriting tentang kedua-dua masalah tersebut.

Split test iklan tersebut dan mendapatkan data.

Pilih yang mana mendapat conversion yang lebih tinggi.

Daripada situ, anda boleh tahu apa masalah yang boleh anda jadikan sebagai angle dalam pemasaran anda.

Kemudian, barulah anda split test headline, gambar, copywriting dan call to action.

 

Kesimpulan

Kewujudan banyak produk di pasaran memerlukan seorang usahawan untuk membuat kajian dan berfikir dengan kreatif agar dapat mencari angle dalam pemasaran yang sesuai. Harap artikel ini dapat membantu anda.

The reason for this might be that the researchers published exaggerated results, and the news media chose to focus on this misinformation of popular interest. cialis malaysia Viagra sales in the us can you buy betnovate cream over the counter online prescription for proscar proscar 5 mg generic buy clomid online malaysia viagra users in usa.

Categories
Uncategorized

Cara Buat Iklan Facebook Canvas. Mudah je rupanya.

Facebook Canvas ialah sebuah tool baru diperkenalkan oleh Facebook bagi membantu mereka yang menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran. Dengan Facebook Canvas, anda boleh hasilkan sebuah landing page tanpa perlu keluar daripada Facebook.  Buat masa ni, iklan Facebook Canvas hanya untuk pengiklanan di mobile placement sahaja.

iklan-facebook-canvas                                                   iklan facebook canvas 2

Sebab Anda Rugi Kalau Tidak Menggunakan Iklan Facebook Canvas

1. Mudah dihasilkan

Facebook Canvas boleh dihasilkan semudah drag and drop sahaja. Anda tidak perlu install plugin, beli domain dan hosting atau memilih theme sesuai untuk landing page. Malah, anda boleh hasilkannya dalam masa yang singkat sahaja. Yang lagi best, Facebook Canvas load dengan sangat pantas, audience tidak perlu menunggu lama.

2. Membuat audience fokus.

Di Facebook, bukan anda sahaja yang membuat pengiklanan tetapi beribu lagi yang melakukan perkara yang sama. Maka, audience tidak akan fokus kepada iklan anda. Tetapi, dengan menggunakan Facebook Canvas, audience dibawa ke landing page khas untuk iklan kita sahaja. Facebook Canvas akan memenuhi ruang pada mobile sepenuhnya supaya audience boleh fokus kepada iklan kita.

3. Mengumpul audience

Dengan adanya Facebook Canvas, anda boleh menapis audience yang anda nak. Mereka yang membuka Canvas anda, sudah tentu adalah target market anda. Maka, anda boleh membuat custom audience mereka yang telah membuka Facebook Canvas anda dan membuat iklan retargeting kepada mereka. Selain itu, anda juga boleh buat lookalike audience mereka yang telah membuka Canvas anda.

Cara Buat Iklan Facebook Canvas

1. Pergi ke page anda dan klik Publishing Tools.

cara buat iklan facebook canvas

2. Scroll bawah dan klik Instant Experience

3. Klik butang Create

4. Anda akan dibawa ke interface seperti dalam gambar. Klik Open blank template.

5. Pilih komponen yang sesuai. Terdapat komponen gambar, video, text, header, carousel dan butang. Design FB canvas anda mengikut kreativiti anda.

6. Klik save kemudian klik finish.

7. Pergi ke Ads Manager dan create iklan anda. Untuk iklan Facebook Canvas, hanya objektif iklan traffik sahaja boleh digunakan.

8. Setelah selesai membuat targeting dan tentukan bajet di bahagian adset. Pergi ke bahagian Ad. Pilih apa format yang anda nak guna sama ada single image, carousel, video dan sebagainya. Kemudian, klik bahagian existing dan pilih Canvas anda.

9.Tulis copywriting dan pilih gambar. Kemudian, klik Publish.cara buat iklan Facebook Canvas 2

Kesimpulan

Iklan Facebook Canvas adalah tool yang bagus untuk digunakan semasa beriklan di Facebook. Design Canvas anda seolah-olah anda sedang membina landing page untuk promote produk atau servis anda.

These include headaches, flushing of the skin, abnormal vision, back pain, nausea dizziness, nasal congestion, indigestion, muscle pain, and a skin rash. cialis pill These side effects are not usually serious and should decrease or go away entirely.

Categories
Uncategorized

Guerrilla marketing: Strategi Pemasaran Brand-Brand Besar

Guerrilla marketing ialah strategi pemasaran menggunakan pendekatan yang pelik atau yang tidak biasa dilakukan bagi mendapatkan hasil maksimum. Yang bestnya, strategi ini tidak semestinya menggunakan bajet yang besar.

guerrilla marketing jay conrad

Frasa Guerrilla marketing ini dicipta oleh Jay Levinson dalam bukunya Guerilla Advertising. Kenapa namanya Guerilla Marketing? Sebenarnya, ianya ilham daripada taktik perang Guerilla yang digunakan oleh tentera. Dalam taktik perang ini, mereka menggunakan elemen kejutan dan serangan hendap.

Sama juga dengan Guerilla Marketing, strategi pemasaran ini juga menggunakan elemen yang sama. Ianya menimbulkan kejutan yang tidak dijangka dan membuatkan orang ramai boleh ingat tentang perkara itu.

Ini antara contoh penggunaan Guerilla Marketing.

guerilla marketing tapak kaki king kong

Sebelum filem King Kong disiarkan di pawagam, kesan tapak kaki besar ditemui di pantai-pantai. Perkara ini menjadi viral di sosial media malah tersiar di televisyen. Kreatif kan?

Ini antara contoh yang lain.

cawan gergasi marketing

Guerilla Marketing sangat bergantung kepada pengalaman yang anda beri kepada orang ramai. Kalau pengalaman diberikan sangat unik dan buat orang rasa ingin memberitahu orang ramai tentangnya, maka strategi anda telah berjaya. Tiada yang lebih baik daripada orang ramai bercakap tentang bisnes anda. Sebab itu la, Guerilla Marketing biasa digunakan untuk brand awareness.

Kesimpulan

Guerilla Marketing ialah strategi pemasaran yang anda boleh guna untuk bisnes anda walaupun bajet pemasaran anda tidak besar. Ianya tentang memberi pendekatan kepada orang ramai dengan cara di luar kotak agar dapat memberi pengalaman luar biasa kepada orang ramai sehingga mereka rasa perlu untuk sebarkannya kepada lebih ramai orang.

If you want to develop a suitable scheme of therapy with Cialis, it is recommended to analyze the results of the medical examination, take into account clinical indications and other factors, for example, the individual characteristics of the human body. cialis tadalafil On the basis of this information, an experienced doctor will be able to give correct recommendations regarding the appointment of drugs.

Categories
Uncategorized

Facebook Live: Kenapa Bisnes Anda Rugi Kalau Tak Mula Buat

Pada tahun 2016, Mark Zuckerberg mula memperkenal Facebook Live. Ianya seolah olah sebuah tv camera kecil dalam poket. Pengguna Facebook boleh menyiarkan video secara langsung tentang apa yang sedang berlaku di sekitar mereka. Ini sebab kenapa anda patut mula membuat menggunakannya.

facebook live bisnes

Sebab Kenapa Anda Patut Mula Buat Facebook Live

1. Mendapat capaian lebih tinggi.

Tahukah anda notifikasi akan dihantar kepada mereka yang like page anda setiap kali anda buat Facebook Live? Maka, mudah untuk mendapat capaian lebih tinggi. Semakin lama durasi video Live anda, semakin banyak organic reach yang anda dapat. Ianya sangat bagus untuk brand awareness. Bagaimanapun, Facebook Live mepunyai durasi masa yang terhad iaitu selama 4 jam sahaja. 

2. Ianya percuma

Facebook Live dapat digunakan sebagai medium pemasaran untuk promosikan bisnes anda secara percuma berbanding Facebook Ads. Anda boleh gunakan video Live untuk memberitahu prospek tentang promosi yang anda sedang lakukan dan tawaran baru untuk produk anda. 

3. Dapat bina hubungan dengan prospek.

Anda boleh berinteraksi dengan prospek secara langsung sewaktu Facebook Live. Anda dapat jawab segala pertanyaan mereka dan kongsikan nilai berharga kepada mereka. Disebabkan ianya berlaku secara langsung, prospek dapat melihat diri anda yang sebenar tanpa diedit.

Tunjukkan kepada mereka yang mereka boleh trust anda dengan menunjukkan kerja yang dilakukan dalam bisnes. Biar mereka lihat bagaimana proses pembungkusan dilakukan, bagaimana bungkusan dihantar dan sebagainya.

Kesimpulan

Facebook Live ialah sebuah tool yang sangat berguna untuk bisnes anda. Ianya akan memaparkan sisi bisnes anda secara live dan bukan diedit. Maka, orang ramai dapat melihat sisi bisnes anda yang sebenar.

Related items. viagra Dental Prophylaxis or Professional Dental Cleaning.

Categories
Uncategorized

Resepi buat Facebook Live yang anda boleh copy paste

Facebook Live ialah tool yang sangat berguna untuk bisnes. Ianya membolehkan anda untuk berinteraksi dengan bakal pelanggan anda secara langsung seolah-olah mereka berada di hadapan anda. Tetapi, ada kalanya, Facebook Live yang anda siarkan tidak mendapat sambutan. Jadi, dalam artikel ini, saya nak share tips buat Facebook Live yang anda boleh copy paste.

tips buat facebook live

Tips buat Facebook Live

1. Beritahu lebih awal kepada bakal penonton.

Maklumkan kepada orang ramai waktu anda akan mula buat Facebook Live supaya mereka boleh bersedia lebih awal. Terangkan kepada mereka apa perkara yang anda nak share dalam Facebook Live tersebut. Gunakan elemen curiosity semasa buat pemberitahuan supaya mereka ada rasa ingin tahu tentang perkara yang anda nak share dalam Facebook Live.

beritahu-lebih-awal-kepada-bakal-penonton

2. Buat Facebook Live semasa anda ada capaian internet yang kuat.

Jika anda buat Facebook Live semasa capaian internet tidak kuat, Facebook Live anda tidak akan berjalan dengan lancar. Suara dan visual dalam video akan terganggu. Mereka yang lihat akan berasa tidak berminat untuk menyertai Facebook Live anda.

3. Beri nilai kepada penonton.

Penonton tidak mahu membuang masa melihat Facebook Live anda melainkan anda beri sesuatu berharga kepada mereka. Kongsikan maklumat dan tips yang anda ada dan jawab soalan diajukan oleh penonton. Ini akan meningkatkan kredibiliti anda.

4. Minta penonton untuk share dan follow anda.

Semasa anda buat live, minta penonton untuk share Facebook Live anda supaya dapat capaian lebih tinggi. Kemudian, minta penonton untuk follow anda supaya mereka tidak ketinggalan Facebook Live seterusnya. Ini akan meningkatkan fans anda.

5. Sebut nama penonton yang menonton dan balas komen.

Penonton akan rasa dihargai apabila nama mereka disebut dan komen mereka dibalas. Ini antara faktor menyebabkan mereka ingin menonton Facebook Live anda sehingga tamat.

6. Bersiaran lebih lama.

Tingkatkan tempoh masa anda buat Facebook Live supaya dapat capaian lebih tinggi. Buat Facebook Live sekurang-kurangnya 10 minit.

7. Letak hashtag anda sendiri.

Sekiranya anda nak buat personal branding, adalah sangat digalakkan supaya anda mempunyai hashtag yang anda nak gunakan untuk personal branding anda. Semasa buat Facebook Live, letak satu papan tanda atau kertas yang bertulis hashtag anda. Jadikan papan tanda atau kertas tersebut sebagai background untuk Facebook Live anda. Penonton akan mula teringatkan anda setiap kali mereka melihat hashtag tersebut.

Kesimpulan

Ada banyak tips yang anda boleh gunakan bagi membolehkan Facebook Live anda mendapat sambutan. Harap artikel ini bermanfaat untuk anda.

Financial institutions Expansion. viagra price Dorsia Aesthetic Clinics – Web Map.

Categories
Uncategorized

Rahsia Pukau Bakal Pelanggan Dengan Video Testimoni.

Video testimoni adalah bukti yang produk atau servis anda berkesan. Video testimoni boleh menolak prospek dari fasa consideration ke fasa action dengan lebih pantas. Lebih-lebih lagi, kalau ada elemen emosi dalam video testimoni. Dalam artikel ini, saya nak share tips buat video testimoni.

tips buat video testimoni


Tips Buat Video Testimoni

1. Jangan guna skrip.

Bakal pelanggan adalah manusia. Mereka boleh tahu kalau pelanggan yang sedang beri maklum balas itu sedang menggunakan skrip atau tidak. Bakal pelanggan memang tidak suka ditipu. Biarkan pelanggan tu menggunakan bahasa dan ayat mereka sendiri. Ayat yang tulus ikhlas dari hati boleh pengaruhi prospek untuk membeli.


2. Tanya soalan yang betul

Sebenarnya, tiada skrip soalan perlu disediakan kerana kalau kita tanya mengikut skrip, pelanggan pun akan menjawab dengan perasaan tidak selesa atau dengan kata lain tidak santai. Bagaimanapun, ada guideline untuk soalan ditanya. Dapatkan maklum balas yang boleh pengaruhi prospek untuk membeli dengan bertanyakan soalan ini.
i. Dulu sebelum guna produk apa yang berlaku?
ii. Macam mana terjumpa dengan produk ni?
iii. Apa yang berlaku selepas guna produk?
iv. Kenapa masih menggunakan produk?
v. Apa saranan kepada prospek yang masih belum membeli?


3. Ayat penting dalam 3 saat pertama.

Dalam keseluruhan video testimoni, mesti ada ayat yang boleh anda gunakan untuk tarik perhatian prospek anda. Guna ayat tersebut pada 3 saat pertama video supaya prospek ada keinginan untuk melihatnya sampai habis. Kalau 3 saat pertama tidak dapat menarik perhatian pelanggan, mana mungkin mereka akan melihat video sampai habis.

4. Jangan rakam video di tempat yang sama.

Video testimoni perlu dirakam di tempat yang berlainan. Sekiranya terdapat dua orang untuk ditemubual, rakaman hendaklah dibuat di dua tempat berbeza. Bakal pelanggan akan merasakan bahawa temubual tersebut telah dirancang sekiranya semua video testimoni dilakukan di tempat sama.

Kesimpulan

Video testimoni adalah video yang boleh membawa bakal pelanggan daripada fasa consideration ke fasa membeli. Yang paling penting, kita tidak boleh membiarkan bakal pelanggan menggangap bahawa video testimoni tersebut adalah dirancang. Guna tips buat video testimoni ini agar video anda membuahkan hasil.

You can protect it with sterile gauze or bandage for the next 24 hours but do not use adhesive bandages on very young children, as these may pose a choking hazard. generic viagra For second- and third-degree burns: Seek emergency medical attention; Then follow these steps until medical staff arrive: Keep your child lying down with the elevated burn area.

Categories
Uncategorized

Analisa Iklan Facebook: Track performance FB Ads Menggunakan Google Analytics.

Dalam artikel ini, saya nak share bagaimana anda boleh analisa iklan Facebook dengan lebih baik sekiranya anda menggunakan website. Semua orang tahu kan yang FB Ads Analisis ni sangat penting. Analisis inilah yang akan menentukan sama ada adset perlu ditutup ataupun tidak.

Tool yang saya nak tunjukkan kepada anda ialah Google Analytics. Tool ini sangat berguna kalau anda menggunakan website. Kalau anda mempunyai kedai ecommerce, sangat rugi kalau anda tidak menggunakan tool ini. Dah la percuma je. Tak perlu bayar sesen pun.

Mesti anda tertanya, kenapa tak guna Facebook Ads Manager sahaja? Kan ianya disediakan Facebook? Memang betul Facebook Ads Manager adalah tool yang sangat bagus. Tetapi, kalau dalam kes website, data yang ditunjukkan dalam Facebook Ads Manager kadangkala tidak tepat.

Saya sendiri pernah mengalami masalah nak tentukan mana satu adset yang perlu ditutup kerana Facebook tidak capture purchase yang telah dibuat oleh pelanggan.

analisis iklan facebook

Google Analytics

google analytics

Bayangkan website anda menerima 5000 trafik setiap hari. Semua perkara anda telah buat seperti SEO, Facebook Ads, Google Ads dan Instagram Ads tetapi anda tidak tahu mana satu sumber trafik yang paling besar.

Google Analytics membenarkan kita untuk track dari mana trafik yang datang ke website kita. Dan, mana satu sumber trafik yang membawa pulangan. Bila kita tahu mana satu sumber yang membawa hasil, kita boleh fokus pada sumber itu untuk mendapatkan pulangan lebih banyak.

Bagaimanapun, Google Analytics tidak dapat track performance iklan anda secara specifik sekiranya anda tidak menggunakan UTM.

UTM (Urchin Tracking Model) ialah sebuah tool bagi membezakan link-link yang anda gunakan ke website anda.

Analisis Iklan Facebook: Track Performance Iklan Facebook Dalam Google Analytics

Ini adalah langkah bagaimana anda boleh track performance Facebook Ads menggunakan Google Analytics

1. Menggunakan URL Builder

Pertama sekali anda perlu mendapatkan UTM code terlebih dahulu. Pergi ke Google URL Builder (https://ga-dev-tools.appspot.com/campaign-url-builder/). Anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah.

url builder facebook ads analisis

2. Cipta parameter

Isi ruangan kosong. Di bawah ini adalah garis panduan bagi membantu anda.

a) Website URL: Apa link URL website anda

b) Campaign Source: Apa sumber trafik? Dalam kes ini, anda menggunakan Facebook, jadi isi Facebook di ruangan ini.

c) Campaign Medium: Apa medium yang anda gunakan? Dalam kes ini, anda menggunakan medium berbayar, jadi isi cpc (charged per click) dalam ruangan tersebut.

d) Campaign Name: Letak nama kempen anda dalam ruangan ini.

e) Campaign Term:  Di ruangan ini, anda boleh letakkan apa-apa nama bagi membezakan adset dalam satu kempen. Sebagai contoh, adset 1, adset 2.

f) Campaign Content: Dalam ruangan ini anda boleh bezakan mengikut iklan pula kalau dalam satu adset ada lebih daripada satu iklan.

url builder isi ruangan kosong

3. URL baru atau UTM code dihasilkan secara automatik. Copy URL tersebut dan paste pada ruangan website URL semasa membuat iklan.

website destination

4. Baca data di Google Analytics

a)Buka Google Analytics.

b)Pergi ke bahagian Acquisition

acquisition

c) Pergi ke bahagian All Traffic

all traffic

d) Pergi ke bahagian Source/Medium

source

e) Pada bahagian Primary Dimension, pilih parameter yang anda nak track di pautan Other dan pilih Acquisition. Daripada sini anda boleh buat analisa iklan Facebook anda.

Kesimpulan

Inilah langkah mudah untuk anda boleh analisa iklan Facebook menggunakan Google Analytics. Rugi kalau anda tidak mula menggunakan Google Analytics daripada sekarang.

Gastroscopy High Digestive Endoscopy in Madrid. buy viagra online Dermatology Consultation in Madrid.

Categories
Uncategorized

Idea Video Marketing Untuk Restoran Yang Anda Tak Terfikir

Video marketing adalah cara bagus untuk promosikan restoran anda. Sekejap sahaja restoran anda boleh jadi viral. Anda cuma perlu post di group tempatan atau run iklan Facebook Ads dan pin lokasi sekitar restoran anda.

Lihat brand besar seperti Mc Donald, KFC, Pizza Hut, Papa John dan Dominos. Mereka pun menggunakan video untuk pemasaran restoran mereka. Orang kata kalau nak Berjaya, ikut orang yang Berjaya.

video marketing untuk restoran kfc


Idea Video Marketing Untuk Restoran


1. Video tentang acara yang berlaku di restoran anda.

Rakam video acara yang berlaku di restoran anda. Misalnya, acara sambutan hari lahir di restoran anda, acara hari keluarga atau acara reunion yang berlaku. Anda boleh temubual tetamu yang hadir tentang pengalaman meraikannya di restoran anda.

2. Video maklum balas pengunjung.

Rakam video pelanggan setia anda dan Tanya sebab kenapa mereka masih memilih restoran anda sebagai pilihan utama mereka.


3. Video temu bual bersama chef.

Pengunjung ingin mengenali chef yang memasak. Inilah peluang chef untuk bongkarkan rahsia mengapa masakan mereka sedap. Pelanggan suka untuk tahu apa jenama yang mereka guna dalam masakan mereka.


4. Video tips memasak

Dengan memberi banyak nilai kepada penonton. Akan timbul rasa reciprocity (ingin membalas balik) dalam diri prospek. Prospek pun buat keputusan untuk berkunjung ke restoran anda.


5. Video menu

Rakam video menu yang terdapat dalam restoran anda. Letakkan gambar yang boleh membuat mulut bakal pengunjung terliur apabila melihatnya. Setiap kali ada menu baru, anda boleh buat video baru khas untuk menu tersebut. Mc Donald mempunyai cara yang unik untuk promosikan menu baru dalam bentuk video.


6. Video perayaan.

Setiap kali perayaan menjelang, anda buat video untuk memberi ucapan kepada penduduk sekitar. Buat mereka terfikir tentang anda setiap kali musim perayaan.

Is it normal for this to happen. buy viagra online I’m not cured it got worse.