Kajian customer avatar adalah kajian yang sangat penting.

Ianya akan membantu anda membuat copywriting dan iklan yang boleh buat pulangan.

 

Kajian customer avatar ini sangat penting sehingga syarikat besar sanggup membelanjakan wang yang besar untuk hire servis bagi membuat kajian customer avatar untuk mereka.

 

Jadi, hari ni saya nak share bagaimana anda boleh buat kajian customer avatar.

Buat kajian customer avatar

 

1. Melayari blog dan forum

 

Buat carian di google untuk blog dan forum yang berkaitan dengan masalah yang anda selesaikan.

Sekiranya anda menjual produk kurus, taip di Google – blog kurus atau blog gemuk, forum kurus atau forum gemuk.

Untuk lebih advance, anda boleh taip dalam bahasa Inggeris kerana blog dan forum bahasa Inggeris ada banyak. Daripada blog dan forum, anda boleh tahu apa luahan dan perkataan digunakan oleh customer avatar anda semasa bercakap tentang masalah mereka.

forum

 

 

 

2. Melayari amazon.

 

Amazon.com ialah ecommerce yang paling top di dunia.

Biasanya, pelanggan Amazon meninggalkan review setelah membeli.

Anda boleh mencari produk yang menyelesaikan masalah yang sama seperti produk anda.

Dari sini, anda boleh tahu apa yang menyebabkan mereka suka dan tidak suka dengan produk tersebut.

Ini memudahkan anda untuk tahu apa sebenarnya yang mereka nak produk anda selesaikan.

 

 

3. Facebook profile.

 

Lihat di page pesaing anda dan lihat pada mereka yang engage pada page anda.

Lihat pada profile page mereka dan kaji apa kesukaan mereka.

Dengan melihat pada profile page mereka, anda boleh tahu apa demografik mereka sama ada mereka bekerja atau tidak, berapa umur mereka dan apa jantina mereka.

 

 

4. Dapatkan maklumat daripada pelanggan.

 

Tiada cara lain yang lebih baik daripada bertanya terus kepada pelanggan anda.

Daripada pelanggan yang telah membeli, mesti ada yang repeat order dan membuat referal kepada rakan mereka.

Kenalpasti pelanggan tersebut dan buat temu janji untuk berjumpa atau hubungi mereka melalui telefon.

Tanya mereka dulu apa masalah mereka dan apa kesan diperoleh selepas mendapatkan produk.

Tanya apa ketakutan mereka yang membuatkan mereka tidak boleh tidur malam.

 

 

Kesimpulannya

 

Kajian customer avatar sangat penting sebelum memulakan kempen pemasaran.

Tanpa membuat kajian dengan mendalam, susah untuk kita sampaikan mesej pemasaran yang betul.

Malah, iklan susah untuk convert dan kos iklan akan menjadi mahal.