Categories
Uncategorized

Ciri – Ciri Gambar Yang Bagus Untuk Facebook Ads

Penggunaan gambar sangat penting dalam pengiklanan di Facebook. Gambar yang bagus ialah gambar yang boleh meningkatkan click through rate (CTR) iklan anda. Dalam artikel ini, saya nak share apa ciri-ciri gambar yang bagus yang anda boleh gunakan dalam Facebook Ads.

Ciri – Ciri Gambar Yang Bagus Untuk Facebook Ads

 

1.Warna yang terang

Matlamat utama gambar ialah untuk membuatkan mereka berhenti scroll newsfeed dan membaca iklan. Menggunakan warna yang terang boleh menarik perhatian prospek untuk melihatnya. Biar gambar terang ni standout berbanding gambar-gambar lain di Facebook.

Ciri - Ciri Gambar Yang Bagus Untuk Facebook Ads gambar terang

 

2. Mempunyai visual manusia

Menurut facebook, gambar iklan yang mempunyai visual manusia menerima lebih banyak engagement. Nampaknya, gambar manusia boleh memberi impak kepada manusia dari segi emosi. Sebagai contoh, mereka melihat gambar wanita yang kelihatan gembira kerana telah berjaya kurus memegang produk. Ini menimbulkan perasaan harapan kepada wanita yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan gambar pelanggan menggunakan produk anda. Lebih baik kalau anda menggunakan public figure sedang menggunakan produk anda. Ini dapat menaikkan social proof produk anda.

gambar visual manusia

 

3. Relevan

Gunakan gambar visual yang sesuai dengan ayat jualan. Sekiranya copywriting  yang akan digunakan bertujuan untuk menyentuh emosi takut dalam diri prospek, anda jangan guna visual orang sedang gembira. Pastikan gambar digunakan boleh menyebabkan prospek boleh relate dengan ayat copywriting.

Selain itu, pastikan gambar visual relevan dengan produk ingin dijual. Jangan gunakan gambar lelaki jika anda menjual produk untuk golongan wanita.

 

4. Menimbulkan curiosity

Curiosity adalah perasaan ingin tahu yang ada dalam diri manusia. Manusia akan berasa tidak senang hati kalau maklumat yang mereka ingin tahu tidak dapat diperoleh. Jadi, manusia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapat maklumat tentang perkara tersebut. Ini lah perkara yang akan buat mereka baca iklan anda sampai habis semata-mata untuk tahu tentang perkara tersebut.

gambar curiosity

 

5. Gambar beserta dengan text

Gambar yang mempunyai tulisan menerima lebih banyak engagement berbanding gambar yang tidak mempunyai text. Bagaimanapun, Facebook hanya membenarkan 20% sahaja daripada gambar mengandungi tulisan. Jadi, jumlah perkataan yang boleh digunakan adalah terhad.

Antara perkara yang sangat digalakkan untuk anda tulis dalam gambar adalah:

  1.    Tawaran
  2.    Manfaat
  3.    Urgency
  4.    Headline

gambar beserta text Facebook Ads

 

Kesimpulan

Gambar yang bagus ialah gambar yang mampu meningkatkan click through rate (CTR) iklan anda. Guna 5 ciri-ciri gambar yang saya share dalam artikel ini untuk Facebook Ads anda.

Importing non-prescription antibiotics over the internet into the United States is a low priority for the authorities compared to narcotics and controlled substances. tadalafil When was the last time you read about someone being arrested for importing Cipro or Augmentin into the USA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *