Categories
Uncategorized

Facebook Video Marketing: Metrik Untuk Video Yang Perlu Dilihat

Video marketing adalah cara pemasaran yang sangat efisien dewasa ini. Jenama-jenama besar pun telah mula menggunakannya. Kalau anda masih tidak menggunakan video merketing untuk bisnes anda, ketahuilah anda dalam golongan yang rugi. Sebab ramai orang dah mula buat banyak duit dengan kos rendah menggunakan video marketing.

Persoalan sekarang ialah bagaimana nak tahu sama ada video yang digunakan berkesan. Macam mana nak tahu sama ada video yang digunakan ditonton sampai habis oleh bakal pelanggan? Apa metrik untuk video yang perlu dilihat?

Dalam artikel ini, saya nak share apa metrik untuk video yang perlu dilihat. Perlu diingatkan, metric yang perlu dilihat berbeza mengikut goal kempen pemasaran. Secara umum, ini adalah metrik yang perlu dilihat.

Metric Untuk Video Yang Perlu Dilihat

1. 10 second video view .

Ini metric yang perlu dilihat untuk tahu sama ada audience tertarik atau tidak untuk melihat iklan saya. Ianya bagaikan CTR untuk video. Kalau 10 second video view pun tiada orang nak tengok, apatah lagi kalau orang nak tengok keseluruhan video.

Sebab itu la, penggunaan thumbnail yang menarik sangat penting supaya bakal pelanggan ada keinginan untuk lihat kandungan video. 

10 second video view metrik untuk video

2. Video watches at 75%

Apabila hendak buat video, kita perlu pastikan audience melihat video sampai habis. Jadi, metrik ini akan tunjukkan kepada kita sama ada video dilihat sampai habis atau tidak. Sekiranya rendah, antara puncanya ialah 3 saat pertama video yang tidak menarik.

3 saat video pertama dalam video adalah 3 saat yang paling penting. Sepertimana anda pitch untuk jual produk atau servis, kalau 3 saat pertama tidak membuatkan bakal pelanggan berkata “Wow” maka kebarangkalian untuk dia membeli sangat rendah.

video watched at 75% metric video

Tetapi, seperti yang saya beritahu sebelum ni, ini hanyalah metrik perlu dilihat secara umum.

Metric sebenar yang anda per lihat bergantung kepada goal anda.

Misalnya,

Kalau saya nak buat iklan video untuk mengumpulkan kolam audience untuk retargeting, metric yang saya lihat adalah video watches at 50%. Kenapa? Sebab di pada permulaan video, saya bertanyakan soalan kepada bakal pelanggan untuk qualify the lead. Misalnya, saya akan tanya, “Adakah anda ada masalah buasir?”. Mereka yang terus melihat video sehingga 50% Insya Allah adalah orang yang mempunyai masalah buasir.

Maka, saya akan buat kempen video baru untuk kempen retargeting. Untuk kempen retargeting, mungkin metrik yang saya lihat adalah cost per action (cost per comment, cost per link click dan sebagainya.).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *