Categories
Uncategorized

Video Anda Akan Ditonton Sampai Habis Kalau Anda Guna 3 Formula Ni

“Kenapa tak ramai orang tengok video aku?” “Kenapa posting video aku tak banyak like & share?”

Pernah tertanya-tanya soalan macam ni? Jangan risau, semua usahawan yang guna video marketing mesti pernah hadapi masalah macam ni.

Sebab tu harini saya nak share beberapa formula video marketing agar audiens lebih engage dengan video kita.

formula video marketing

 

3 Formula Video Marketing Agar Video Anda Ditonton Sampai Habis

 

1. Gunakan thumbnail yang menarik perhatian

Sama macam kita buat iklan untuk menjual produk juga. Kita mesti nak gunakan gambar yang menarik perhatian audiens untuk klik kan?

 

Macam tu juga video. Thumbnail video memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan audiens klik dan tonton video kita. Macam mana nak pastikan thumbnail kita menarik?

 

Kita boleh gunakan gambar yang menarik perhatian prospek atau masukkan text dalam thumbnail. Jika ingin masukkan text, create curiosity atau include benefit. Anda boleh gunakan soalan atau cliffhanger seperti “Jangan terlepas peluang ini”. Orang akan tertanya-tanya peluang apa? Ini akan create curiosity dan lebih ramai audiens akan klik play pada video kita.

 

2. Fahami kenapa audiens tengok video kita

 

Perhatikan pattern audiens yang tengok video kita. Kenal pasti video jenis apa yang lebih mendapat perhatian.

 

Kita cuma ada masa 10 saat sahaja untuk menarik perhatian audiens supaya tengok video sampai habis. Jika kebanyakan video kita tak ditonton sampai habis, mungkin ada benda yang kita perlu perbaiki terutamanya 10 saat yang terawal.

 

3. Sampaikan value dalam video kita

 

Buat video berkenaan topik yang audiens berminat nak tengok. Tapi macam mana nak tahu?

Tanya je kat audiens kita dan dari situ pelbagai idea akan muncul dalam kepala. Takde la kita berteka teki lagi nak buat video pasal apa.

 

Dan yang penting, cuba deliver sebanyak mungkin value pada audiens kita. Perlu di ingat, value konten yang anda hidangkan pada audiens akan berbeza-beza bergantung pada individu.

 

Sesetengah akan anggap konten yang anda bagi tu biasa-biasa je. Manakala sesetengah lagi akan anggap konten yang sama tu nilainya sangat wow. Sebab tu penting untuk kita bertanya pada audiens, apa topik yang paling mereka nak tahu.

 

Dapat sesuatu yang baru? Share kan kepada kawan-kawan bisnes anda yang lain supaya mereka pon dapat manfaat.

Today’s Stories. cialis cost south africa Subscribe Get The New Daily free every morning and evening.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *