Categories
Uncategorized

Kesilapan biasa dalam Facebook Ads. Ramai kut yang buat.

Ramai yang saya lihat buat perkara ni. Sebab tu la, iklan tak convert, hanya dapat banyak likes tapi komen pun tiada.  Iklan pun menjadi mahal. Tapi, tak mengapa. Kesilapan adalah salah satu jalan menuju kejayaan. Tak pernah saya jumpa orang berjaya yang tak pernah buat kesilapan. Yang penting, kita tahu kesilapan kita dan berusaha untuk memperbaikinya. Harap apa yang saya share ni anda boleh elakkan.

 

Kesilapan biasa dalam Facebook Ads

 

Kesilapan biasa dalam Facebook Ads

 

1.Tidak buat kajian customer avatar.

Mengenal pelanggan adalah perkara yang paling penting dalam pemasaran. Tanpa mengenal pelanggan, iklan anda susah untuk convert. Untuk mengenal pelanggan, anda mesti mengetahui apa ciri pelanggan yang anda nak, berapa umurnya, apa masalah dihadapi, apa kesan jika masalah tersebut tidak selesai. Selepas buat kajian, mudah untuk anda menulis copywrtiting yang menyengat.

 

2. Tidak merangka strategi menjual

Ramai yang saya lihat buat iklan menjual, menjual dan menjual. Kebiasaannya, audience tidak akan beli produk anda ketika baru mengenali anda. Bayangkan orang yang baru anda jumpa melamar anda, adakah anda akan menerima lamaran tersebut? Sudah tentu tidak bukan? Mereka perlu melalui marketing funnel iaitu dari fasa awareness ke fasa action. Jadi, anda perlu customize mesej iklan mengikut fasa di mana audience anda berada supaya mudah untuk anda buat sales. Rangka strategi iklan bagaimana yang anda nak sasarkan kepada mereka yang baru mengenali anda dan bagaimana anda nak sasarkan iklan kepada mereka.

 

3. Tidak memberi offer yang menarik.

Formula kejayaan pemasaran Facebook Ads ialah memberi offer yang menarik kepada audience yang betul. Kalau anda lihat CTR sudah tinggi tetapi tiada orang yang komen, kemungkinan besar offer anda tidak menarik. Beri mereka tawaran menarik dan kenapa mereka perlu bertindak sekarang untuk mendapatkan tawaran tersebut.

 

4. Menganggap setiap wang dibelanjakan untuk iklan gagal suatu pembaziran.

Ramai yang mempunyai mindset yang tidak betul semasa mula membuat pemasaran Facebook. Ramai beranggapan kalau iklan tidak convert maka wang dibelanjakan tersebut telah dibazirkan. Ini adalah mindset yang salah. Anda perlu mempunyai mindset bahawa wang dibelanjakan adalah untuk mendapat data. Setiap kegagalan adalah satu langkah ke arah kejayaan. Daripada iklan yang tidak convert, anda dapat belajar apa yang menyebabkan iklan itu tidak convert, maka selepas ini anda boleh elak buat perkara sama. Daripada iklan tersebut jugalah, anda boleh mengetahui apa ciri pelanggan yang anda nak dari segi umur, jantina dan kesukaan.

 

Kesimpulan

Walaupun kesilapan ini nampak kecil, tapi ianya akan mempengaruhi prestasi iklan anda. Kalau anda pernah buat kesilapan ini, tak mengapa. Belajar dari kesilapan.

 

Prefered Time Mornings Noon Evenings. cialis EN ES.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *