Categories
Uncategorized

Apa itu “Facebook Learning Phase”?

Mesti anda selalu perasan kan? Setiap kali kita run iklan di Facebook Ads,  tertulis learning di bahagian delivery seperti gambar di bawah. Sebenarnya, ini menunjukkan bahawa iklan Facebook anda sedang dalam learning phase. Nak tahu apa itu Facebook Learning Phase?

 

facebook learning phase

Facebook learning phase ialah fasa di mana Facebook mengumpulkan data untuk mengoptimumkan iklan anda supaya dihantar ke orang yang betul. Dalam fasa ini, Facebook akan menghantar iklan anda kepada audience untuk mendapatkan data tentang jenis orang yang akan beri reaksi mengikut optimasi yang anda tetapkan dalam adset iklan anda.

 

Selepas learning phase tamat, prestasi iklan akan menjadi lebih stabil dan anda boleh buat keputusan sama ada ingin matikan atau menambah bajet untuk iklan.

 

Semasa learning phase, terdapat perkara yang anda tidak boleh ubah supaya tidak memulakan kembali learning phase. Ini adalah perkara yang anda tidak boleh ubah:

 

  1. Targeting
  2. Iklan
  3. Menukar “optimization event”
  4. Pause iklan selama 7 hari.
  5. Menambah iklan baru ke dalam adset anda.
  6. Menambah bajet iklan secara drastik.
  7. Menambah jumlah bidding secara drastik.

 

Adset anda memerlukan 50 optimization event supaya learning phase akan berakhir.

 

Nota:

  1. Jumlah optimization iaitu 50 hanyalah anggaran.
  2. Jangan lupa tentang conversion window. Jika adset anda dioptimasikan untuk conversion, anda perlu mengambil kira conversion window. Contohnya, jika conversion window anda adalah 7 hari maka anda memerlukan 50 optimization event dalam masa 7 hari tersebut.

 

Apa berlaku kalau anda tidak mendapat optimization event pada tempoh masa tertentu?

 

Adset anda tidak akan dioptimasikan. Oleh itu, Facebook mencadangkan anda untuk buat perkara berikut:

  1. Menambah bilangan audience yang anda sasarkan.
  2. Menambah placement untuk iklan.
  3. Mengubah iklan anda.

 

Follow their adventures: Rolling Luggagers. cialis online Your email address will not be published.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *