Biasanya, bisnes SME fokus kepada satu jenis media sahaja. Hakikatnya, media lain juga penting supaya bisnes anda boleh berkembang.

 

3 jenis media untuk bisnes tersebut ialah

  1. Earned media
  2. Owned media
  3. Paid media

media bisnes

 

Dengan mengabungkan 3 jenis media ini, mudah untuk anda mendapat prospek untuk bisnes anda. 3 jenis media ini akan saling bantu membantu dalam marketing funnel anda yang akan membawa prospek dari fasa awareness ke fasa consideration hingga ke fasa action.

 

3 Jenis Media Bisnes

 

1. Earned media.

 

Earned media ialah apa yang orang ramai cakap tentang bisnes anda (word of mouth).

Biasanya, ianya disiarkan oleh mereka yang pernah menggunakan produk atau servis anda.

Anda boleh mendapat earned media dengan sebutan akhbar, maklum balas positif daripada orang ramai di blog dan rekomendasi oleh orang ramai di media sosial.

Di bawah ini adalah contoh earned media untuk produk Mesotropin.

 

earned media

 

Anda juga boleh mudah mendapat earned media dengan menghubungi pihak media untuk berkongsi kepakaran anda di platform media mereka.

Jika anda pakar dalam sesuatu bidang dan berkongsi kepakaran anda di media sosial, wartawan dan penulis akan memberi kredit kepada anda jika maklumat yang anda kongsikan digunakan dalam artikel mereka.

Malah, kehadiran media sosial akan mudah tular kerana orang ramai suka share maklumat.

Ini akan membina kredibilit dan trust terhadap bisnes anda.

Earned media ini akan mudahkan orang ramai tahu tentang kewujudan bisnes anda.

 

2. Owned media

 

Owned media pula ialah media yang anda bina sendiri dan berada dalam kawalan anda.

Sebagai contoh, laman web anda, blog dan akaun sosial media anda.

Semakin banyak owned media anda, semakin mudah orang ramai untuk mengetahui tentang kehadiran bisnes anda.

owned media

 

Penting untuk anda berkongsi kepakaran anda dalam owned media anda supaya mereka akan berterusan mengunjungi owned media anda apabila mereka mencari maklumat.

Selain itu, sangat penting untuk anda optimasikan artikel anda di owned media untuk search engine optimization supaya orang ramai mudah mencari anda.

 

3. Paid media

 

Paid media pula ialah platform yang anda perlu bayar untuk mempromosikan bisnes anda.

Sebagai contoh, Facebook Ads, Google Ads, Twitter Ads dan sebagainya.

 

paid media

 

Dengan membayar kepada platform ini, lebih banyak orang akan mula mengetahui tentang kewujudan bisnes anda.

Facebook adalah cara termudah untuk anda mudah dikenali ramai malah anda boleh sasarkan kepada orang yang anda nak mengikut niche anda.

Sebagai contoh, anda memiliki bisnes menjual peralatan memancing ikan, anda boleh sasarkan iklan kepada kaki pancing dengan menggunakan setting yang betul.

 

Kesimpulan

 

Terdapat 3 media yang sebuah bisnes perlukan. Sebuah bisnes tidak seharusnya bergantung sepenuhnya pada satu media sahaja. Malah, anda boleh mengabungkan media ini agar orang lebih ramai orang tahu tentang kewujudan bisnes anda.