Categories
Uncategorized

Native Ads: Iklan Yang Suka Dibaca Oleh Orang Ramai

Native ads ialah iklan menyerupai content di dalam media di mana ianya disiarkan. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai platform seperti suratkhabar, majalah, televisyen dan termasuklah Facebook Ads.  

 

Antara contoh native ads yang terkenal ialah iklan oleh copywriter masyhur, David Ogilvy iaitu “Guiness Guide to Oysters”. Beliau menulis iklan tersebut dalam sebuah majalah sehingga orang ramai tidak merasakan bahawa mereka sedang membaca sebuah iklan.

david ogilvy native ads

 

 

Itu untuk platform offline. Bagaimana pula dengan platform online? Untuk platform online pula, ini adalah contoh iklan native ads oleh Page SAYS. Says Dot Com ialah sebuah media online yang memberi info tentang isu semasa.

 

says-cancer-ads

.

native-ads-cancer-article
Sumber: https://says.com/my/lifestyle/young-malaysians-cancer-experience

 

Sekiranya anda membaca buku “Breakthrough Advertising” oleh Eugene Schwartz, anda akan mendapati teknik Camouflage diapplikasikan dalam native ads.Teknik Camouflage bertujuan untuk mendapatkan kepercayaan oleh orang ramai. Untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai, anda perlu:

  • Menulis iklan anda dalam format mengikut media disiarkan supaya ianya tidak berbeza dengan content lain yang ada dalam media tersebut.
  • Menulis iklan mengikut frasa yang digunakan dalam media tersebut supaya apabila orang ramai mula membacanya, mereka tidak berasa yang mereka sedang membaca sebuah iklan.
  • Menulis iklan mengikut tone komunikasi dan stail penulisan yang boleh dipercayai.

.

Native ads berbentuk soft sell dan sangat sesuai digunakan semasa audience berada dalam fasa awareness.

 

3 sebab kenapa anda patut mula buat native ads?

 

1. CTR lebih tinggi

Audience sudah mula berasa tidak selesa dengan iklan yang terus menjual (hardsell). Mereka membuka Facebook atau membaca suratkhabar bukan untuk membeli barang atau servis. Sebaliknya, mereka membukanya untuk bersosial atau mendapatkan maklumat. Facebook bukan suatu pasar malam tetapi sebuah platform media sosial. Jadi, apabila maklumat yang mereka nak tersiar dalam news feed mereka, keberangkalian untuk mereka click adalah lebih tinggi. Jika native ads dapat menyerupai content dengan baik, maka CTR iklan anda akan menjadi lebih tinggi.

 

2. Viral potential lebih tinggi.

Tiada orang yang suka share atau tag kawan mereka pada sebuah iklan. Sekiranya Native Ads anda dapat beri nilai kepada mereka, audience tidak akan teragak-agak untuk share dan tag kawan mereka kepada Native Ads tersebut. Maka, Facebook akan melihat yang iklan anda relevan kepada audience kerana menerima banyak engagement maka relevance score akan meningkat dan seterusnya cost per engagement pun akan menjadi lebih murah.

 

3. Dapat membina custom audience yang targeted.

Anda boleh bina custom audience tentang mereka yang engaged dengan native ads anda dan buat kempen retargeting untuk disasarkan kepada mereka. Sebagai contoh, anda menjual produk insurans dan native ads anda menyerupai sebuah content tentang kisah pesakit kansers. Pesakit kanser akan cenderung untuk membaca iklan anda untuk mengetahui kisah mereka. Sebaik sahaja mereka membacanya, mereka mula mengetahui tentang produk insurans yang anda tawarkan kepada pesakit kanser. Maka, anda boleh bina custom audience tentang mereka yang engaged dengan iklan anda dan buat kempen retargeting kepada mereka.

 

Kesimpulan

Native ads adalah ialah salah satu jenis iklan yang anda boleh guna terutamanya untuk brand awareness. Native ads dijangka akan menjadi sesuatu yang besar dalam dunia pengiklanan.

 

Consequently, targeted therapy. cialis 20mg Oelke m, bachmann a, descazeaud a, drake mj, madersbacher s, cialis 20mg sydney mamoulakis c, oelke m, tikkinen ka, gravas s.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *