Ini ialah artikel dan video untuk sambungan kepada Part 1.
Boleh baca Part 1 sini jika belum :
Ada 3 Fasa yang nak diterangkan iaitu START, LEVERAGE & SCALE.
Oleh kerana fasa START sahaja sudah ambil masa yang agak panjang, saya jadikannya PART 1.
Dalam part 2, saya akan terangkan dengan lebih details pula tentang 2 fasa seterusnya iaitu fasa LEVERAGE & SCALE.
Jika anda prefer nak tonton dalam bentuk Video, saya ada upload di Youtube di sini :
Namun jika nak teruskan bacaan dulu, silakan scroll ke bawah.
Leverage dalam Bisnes : Strategi Power untuk Grow Bisnes Anda Secara Maksimum & Profitable
Leverage dalam bisnes adalah cara terbaik untuk kita dapatkan hasil yang lebih besar dengan usaha yang minimum.
Dengan leverage, kita boleh capai output yang jauh lebih besar daripada input yang kita masukkan. Bahasa mudahnya, usaha sikit tapi boleh dapat banyak.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan jenis leverage yang boleh digunakan dalam bisnes anda dan langkah-langkah untuk anda praktiskan terus dalam bisnes anda dengan berkesan.
Apa Itu Leverage?
Leverage merujuk kepada aktiviti di mana kita menggunakan sumber yang ada untuk menghasilkan output yang lebih besar daripada input yang diberikan.
Contohnya, kita melaburkan RM100 dan hasilnya menjadi RM500.
Atau kita gunakan masa 4 jam untuk membina infrastruktur jangka panjang yang boleh meningkatkan pembelian berulang kali. Konsep leverage ini sangat penting untuk growkan bisnes dengan laju.
Jenis-Jenis Leverage (4C Dari Naval Ravikant)
1. Leverage Code/Software
Guna code atau software adalah cara leverage yang sangat efektif. Kita boleh automatekan banyak kerja dan proses, jimatkan masa dan tenaga. Ini adalah contoh leverage code/software :
- Platform dan Marketplace: Shopee, TikTok, dan semua platform media sosial.
- Iklan Berbayar: FB Ads, Google Ads.
- Sistem Pengurusan: Sistem pengurusan ejen, invois, perakaunan, CRM, dan database (contohnya, Onpay, Ordersini, WooCommerce).
- Software: Metricool untuk auto schedule semua content di media social.
2. Leverage Capital/Money
Leverage capital (modal) melibatkan penggunaan duit untuk mendapatkan hasil yang lebih besar. Ini boleh dilakukan dengan mendapatkan pelaburan, menggunakan saving sendiri, atau offer yang baik dengan supplier. Berikut adalah contoh leverage modal:
- Pembelian Pukal: Membeli dalam kuantiti besar untuk mendapatkan harga yang lebih murah.
- Bayar Agensi, Konsultan, Talent Pekerja, Mentor : Menggunakan duit untuk membayar pakar dalam bidang tertentu untuk meningkatkan kualiti kerja dan hasil.
3. Leverage Content/Media
Dengan leverage content dalam bentuk gambar, video, tulisan, boleh dimanfaatkan banyak kali, bertahun-tahun lamanya jika kontennya evergreen. Bak kata Gary Vee, setiap company wajib menjadi syarikat media, iaitu menghasilkan content yang kekal relevan dan berpanjangan di internet. Berikut adalah contoh leverage content:
- Video, Artikel, Poster: Menghasilkan content yang boleh dijumpai oleh pengguna di masa depan.
- Gunakan Teknik Marketing SEO (Search Engine Optimization): Menggunakan teknik SEO (Leverage CODE) untuk mencapai peringkat teratas dalam carian di Google dan YouTube, dan Tiktok.
4. Leverage Collaboration/People
Leverage collaboration melibatkan penggunaan kepakaran orang lain untuk mencapai matlamat bisnes kita. Ini boleh dilakukan dengan menawarkan duit, saham, atau profit-sharing. Berikut adalah contoh leverage collaboration:
- Mentor atau Partner JV: Bekerjasama dengan mentor atau partner yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.
- Konsultan atau Talent Pekerja: Mengupah konsultan atau pekerja dengan kepakaran khusus untuk meningkatkan hasil kerja.
Bagaimana Cara Nak Mulakan Aktiviti Leverage?
1. Kenal Pasti Kerja Harian Yang Dibuat & Rekodkan Kategori Kerja Tersebut
Langkah pertama dalam menggunakan leverage adalah dengan mengenal pasti kerja harian yang dilakukan. Tulis secara terperinci setiap tugas yang dilakukan dan kategorikan tugas tersebut mengikut lima department utama: production, marketing, sales, operation, dan customer service.
Dan semua aktiviti harian itu mestilah berpaksikan kepada 3 Long Term Goal Strategies yang kita ada bincangkan di Part 1.
2. Tulis SOP & Framework Setiap Kerja Tersebut
Semua orang cakap SOP, SOP. Lagi kenal sejak zaman Covid, patuhi SOP sampai bosan dengar.
Semua orang tau terma Standard Operating Procedure, tetapi tak ramai tak tau cara buat.
Bagi saya, untuk fasa awal, jangan terlalu details buat step-by-step nya.
Yes, tuliskan step-by-step cara anda buat kerja, cuma tak perlu terlalu details, kena klik ini, klik itu, pastikan ini, pastikan itu, melainkan ianya memang betul-betul penting.
Yang penting flow kerja itu jelas. SOP ini juga perlu bersifat flexible dan perlu diubah jika perubahan itu akan menjadi kerja lebih efektif dan efisien.
3. Delegate Task
Setelah mengenal pasti tugas-tugas harian dan ada SOP/Framework, tentukan mana yang
1. mengambil banyak masa,
2. mana yang kita tak suka,
3. dan mana yang jika kita tambah benda tu ianya akan menaikkan sales dan profit.
4. yang kita tak pakar dan jika diberikan kepada pakar lebih berbaloi.
Kemudian delegate kepada orang lain. Boleh jadi, pekerja, freelancer, agensi, atau buat bersama-sama dengan coach/mentor, dll.
4. Berpaksikan Priority Table
Ini prioriti table fasa Leverage yang kita integrate dari priority table fasa Start. (refer gambar di bawah)
Pastikan semua aktviti bisnes harian kita berpaksikan Priority Table yang kita buat. Fokus setelkan prioriti, mana yang IMPORTANT URGENT dulu, supaya 3 Goals dalam Long Term Strategies kita sentiasa tercapai.
Contoh Apa Yang Kita Boleh Leverage Dalam Bisnes
1. Leverage Code/Software
- Menggunakan platform marketplace seperti Shopee, Tiktokshop untuk menjual produk.
- Menggunakan iklan berbayar seperti Facebook Ads, Google Ads, Tiktok Ads dll.
- Menggunakan software social media content seperti Metricool untuk auto schedule content kita.
- Menggunakan sistem pengurusan ejen, invois,
2. Leverage Capital/Money
- Membeli barang dalam kuantiti besar untuk mendapatkan diskaun atau harga yang lebih murah.
- Menggunakan wang untuk hire marketing agency seperti Vennea untuk bantu merancang strategi marketing yang betul dan berkesan.
3. Leverage Content/Media
- Menghasilkan video dan artikel yang relevan untuk platform seperti YouTube dan Google.
- Menggunakan teknik SEO untuk meningkatkan peringkat carian di Google.
4. Leverage Collaboration/People
- Bekerjasama dengan mentor atau partner untuk mendapatkan nasihat dan panduan.
- Hire consultant yang bertauliah atau marketing agency untuk meningkatkan strategi bisnes.
Fasa Scale
Kan kita ada 3 fasa. Start, Leverage, Scale.
Fasa scale ni pendek je sebab senang. Namun ramai founder bisnes “mati” sebab terus masuk fasa scale tanpa lalui proses fasa start dan leverage.
Terus nak scale benda yang tak proven.
Jadi, fasa SCALE ini ialah kita meningkatkan lagi kuantiti dan/atau kualiti kerja-kerja bisnes di fasa leverage yang dah proven.
Overview Fasa Start, Leverage & Scale Dalam Bisnes
Fasa Start
Dalam fasa start, fokus utama adalah untuk mendapatkan baseline setiap metric. Ini adalah fasa di mana kita mengenal pasti benchmark dan metrik yang patut difokuskan. Biasanya, kerja yang dilakukan adalah secara manual dan percuma.
Fasa Leverage
Dalam fasa leverage, kita mula menggunakan pelbagai jenis leverage (4C) untuk mencapai matlamat long-term goal strategies. Fokus adalah untuk meningkatkan setiap metrik yang telah dikenalpasti dalam fasa start.
Fasa Scale
Fasa scale adalah untuk memperbanyak kuantiti dan kualiti aktiviti serta matlamat yang telah dicapai dalam fasa leverage.
Fokus adalah untuk kenal pasti apa yang berkesan dan berjaya dalam fasa leverage.
Dalam fasa ini, kita perlu memastikan ada sistem, SOP, dan tidak bergantung kepada orang. Sistem yang kita bina harus boleh diikuti oleh sesiapa sahaja, dan hasilnya akan konsisten walaupun orang silih berganti.
Kesimpulan
Leverage adalah strategi yang sangat power dalam bisnes dengan usaha yang sangat minimum. Apabila kita faham dan kita apply pelbagai jenis leverage dalam bisnes, Insha Allah bisnes anda akan lebih cepat dan mudah untuk grow sehingga 6-7-8 angka.
Jika anda ingin gambaran dengan lebih jelas. Saya ada explain panjang-lebar dalaam video saya.
Pastikan anda menonton video ini untuk lebih jelas konteks isinya :