Belum jadi Subscriber?

🚀 Join Newsletter saya (Surat Marketing Farabi),

dan dapatkan akses percuma ke 5-Day “Marketing Protocols Playbook” – email series yang dedahkan 5 Marketing Pillars yang jadi tulang belakang high-performing business.

Then anda akan dapat weekly newsletter dimana saya kongsikan marketing insights, frameworks & systems.

Dah 3,000+ founders subscribe. Join the club now.

    Jangan risau, data anda selamat. Saya takkan jual data anda. Walaupun Elon Musk offer saya Tesla.

    Cara Susun Kempen Marketing 1 Tahun (The Ultimate Guide- Step-by-Step Framework)

    Bagaimanakah caranya nak susun kempen marketing 1 tahun ke depan,
    dengan lebih tersusun tanpa rasa adhoc dan urgent nak kena buat last minute?

    Kempen marketing yang dimaksudkan di sini contohnya kempen Year End Sales/New Year Sales, kempen puasa, raya, merdeka, 8.8, 9.9. dan lain-lain.

    Semua orang tahu marketing ni sangat-sangat penting dan marketing ini adalah jantung kepada bisnes.

    Kita tak boleh go one day pun tanpa kita buat aktiviti marketing sebenarnya.

    Untuk kita beritahu audience kat luar sana yang kita ni wujud, kita ni ada produk dan servis yang sedemikian, yang kita boleh bantu untuk audience capai impian dan selesaikan masalah besar dia.

    Tetapi marketing ni terlalu luas,terlalu banyak marketing yang kita boleh buat.

    Jadi bagaimana nak susun kempen-kempen marketing 1 tahun..Terlalu banyak kan?

    Anda jangan risau, inilah tujuan saya buat video ni.

    Saya susunkan kembali apa yang patut anda kena tahu supaya anda boleh melihat marketing ni sebenarnya mudah sahaja.

    Itulah apa yang saya sedang perjuangkan sekarang.
    Saya ingin berkongsi secara percuma sahaja.


    Jika anda belum subscribe bantu subscribe, jangan lupa subscribe newsletter saya di bahagian atas sekali page ini dan subscribe sekali Channel Youtube saya.

    Untuk penyampaian yang lebih detail & sampai, untuk geng audio & visual, saya rekomenkan anda tonton dalam versi video di sini : https://www.youtube.com/watch?v=guPTiu0KIDw

    Dalam content kali ini, ada 3 main parts saya nak kongsikan :

    1. Kesan kepada bisnes jika anda susun kempen marketing 1 tahun dan kesan jika anda tak buat
    2. 4 Layers of Marketing Campaigns
    3. Step-by- step framework cara susun marketing 1 tahun

    Saya Jujur Pada Anda

    Saya jujur terus, saya memang ada buat Video Panduan : Susun Kempen Marketing 1 Tahun.

    Ianya berbayar dan ada lebih banyak more detailed explanation, bonus templates, framework, komuniti whatsapp & free 1on1 personal session dengan saya.

    Namun saya janji pada anda, jika anda habiskan content kalini, anda dah boleh terus buat.

    Cuma kelebihan bila anda dapatkan panduan saya tu, jauh lebih mudah & shortcutlah.

    Gitchew.

    Info panduan ni ada di section bawah sekali.

    Jom kita teruskan?

    Kesan Kepada Bisnes Jika Anda Susun Kempen Marketing 1 Tahun

    Pernah tengok brand yang tunggang isu viral?

    Seperti Pak Mat Western, Mydin, Shopee, bila isu-isu viral, laju je diorang buat kerja.

    Tup tup dah ada poster, video yang tunggang isu viral dan promote produk mereka juga.

    Disclaimer : Ini hanya contoh brand yang aktif launch kempen “Ride The Wave”, tiada kaitan dengan saya, VU dan course ini.

    Itu baru salah 1 layer dari 4 Layers of Marketing Campaign, tapi takpe tu nanti saya cerita dalam next point. Sekarang kita fokus kesan, pro and cons jika buat dan tak buat kempen marketing secara planned dan organized.

    Tahukah anda yang anda mungkin rugi RM400k – RM1.2juta setahun tanpa sedar!

    Setuju tak saya cakap, jika anda buat promosi, SALES TAMBAHAN yang boleh anda jana ialah RM50,000 – RM100,000 tambahan.
    (depends pada business, could be lesser could be more)

    Bagi yang dah terbiasa buat promosi waktu event khas, anda mungkin faham apa yang saya maksudkan.

    Bayangkan, dalam 1 tahun, ada dalam 8-12 kempen yang kita boleh jalankan, minimum.

    Sales tambahan yang boleh anda jana ialah sekitar RM400k-RM600k setahun, atau RM800k-RM1.2j setahun.

    Itu pun kalau anda buatlah.
    Jika tak buat, itulah “Loss of Potential Sales” yang sangat merugikan.

    Kalau anda tak susun kempen marketing, 2 masalah besar ini buat anda “gulung tikar”.

    Jika kita tak susun dan maximise kempen marketing, kita bakal mengalami 2 masalah besar ini:

    1. Kebocoran sales dari kempen yang dijalankan secara adhoc atau last minute
    2. Loss of potential sales sebab anda terlepas untuk buat

    Itu kalau tak plan awal dan susun, tapi kebanyakannya yang buat secara adhoc , akan muncul problem ni pula:

    1. Membazir bajet marketing, masa dan resources

    • Disebabkan salah susun manpower, tiada objektif yang jelas, task management berterabur, terlebih guna bajet marketing
    • Hanya kerana buat kempen yang salah timing, pemilihan tema dan mesej yang kurang tepat dan terlalu gapah.

    2. Marketing tak konsisten, kejap ada kejap tak ada

    • Team dah ada tapi semua hanya sibuk dengan kempen evergreen seperti run ads dan content sahaja
    • Percayalah mereka jadi under-utilised.

    3. Team stress buat kerja adhoc tiba-tiba

    • Lusa nak promosi 11.11, tapi 2 hari sebelum baru terhegeh-hegeh nak mula siapkan poster, video semua
    • Team stress, kempen jadi berterabur, banyak silly mistake and error, end up mereka juga akan dipersalahkan, sebab tiada leader yang boleh bantu susun kempen ke depan dengan lebih jelas.

    4. Terperangkap dan stuck dengan sales & growth yang sama, bertahun-tahun buat benda yang sama

    • Asyik folus kepada ads dan content marketing sahaja, result lebih kurang sama
    • Kurang Long-Terms strategy, kerana fokus pada harini dan bulan ni sahaja

    4 Layers of Marketing Campaigns

    1. Kempen Evergreen – Memang kena running setiap hari, setiap minggu, setiap bulan

    • PPC & Paid Advertising SEM
    • Content Marketing – Social media post
    • Broadcast (email/whatsapp/telegram)
    • Influencer marketing
    • Online event – Live (Tiktok Live, Webinar Live, Live Class)

    2. Kempen Seasonal – Perlu run ikut tarikh dan tempoh tertentu, ada waktu mula dan waktu ending

    • Holiday based
    • Festive season (Hari Raya/Deepavali/Hari raya Cina)
    • Monthly promotional date (11.11/12.12)
    • Celebration date/Important (Hari Ibu/Hari Guru)

    3. Kempen Ride the Wave – Run bila ada isu viral dan trending baru

    • Macam mana kita nak jadi trending dengan marketing isu viral. Ini termasuk video- video di tik tok, instagram, movie yang viral dan macam macam lagi

    4. Kempen Brand Message – Run 1-4x setahun untuk sampaikan Core Value/UVP Business

    • Lebih kepada untuk kita menceritakan kita punya value, Unique Value proposition (UVP), core value, core offer.
    • Contoh: Brand Apple ada buat satu billboard tentang bagaimana iphone sangat mementingkan privacy.
    • More to brand awareness and brand strengthening

    Apakah Framework Untuk Susun Kempen Marketing 1 Tahun

    1. Decide

    Senaraikan tarikh penting untuk tahun 2025:

    • Hari cuti sekolah
    • Hari gaji (government)
    • Hari Perayaan & peristiwa
    • Hari Promosi shopping
    • Hari peristiwa individu

    Ambik kalendar 1 tahun, january sampai december, sama ada fizikal atau digital.

    Ikut preference anda, macam saya guna feature calendar dalam apps Figma.

    Figma ni free je untuk guna, boleh sign up dan guna.

    Saya pecahkan by quarter.

    Then, saya akan mapkan tarikh-tarikh penting yang dah kita list. Bergantung kepada kreativiti anda.

    Bila kita dah mapkan semua tarikh penting, barulah kita boleh decide kat mana kita boleh buat kempen. Tapi terpulang juga, jika anda decide kempen mana yang anda nak buat, then baru mapkan juga tarikh di kalendar boleh juga. Cuma takut kita akan terlepas benda-benda penting yang kita tak nampak.

    Anda lebih kenal gaya bisnes anda. So anda boleh plan hari apa nak launch berdasarkan behaviour customer anda.

    2. Planning

    Kita boleh plan nak buat kempen selama berapa hari, kat mana dan bagaimana.

    Boleh guna framework 5W1H (where, when, what, which, who, how).

    Kena detailkan secara terperinci tentang diskaun atau free gift yang anda nak offer.

    Jika anda dah ada team, anda kena briefing team anda tentang strategi pelaksanaan kempen anda.

    Jika bisnes anda ada banyak cawangan, team anda di setiap cawangan perlu tahu tentang kempen promosi yang syarikat anda sedang lakukan.

    3. Action Plan

    Anda kena pecahkan sedetail-detailnya.

    Senaraikan semua tasks besar yang perlu dibuat, dan kecilkan tasks tersebut.

    Kena ada orang yang diassign untuk buat poster dan berapa bilangannya, ada yang kena buat video, deadline dan semua benda yang berkaitan promosi.

    Contoh promosi hari raya, sepatutnya 3 bulan sebelum dah start mula buat poster, video dan rancang kat platform mana dan semua detail yang sepatutnya.

    Yang penting kena ada deadline supaya team anda tak rasa adhoc. Kena assign siapa yang akan tolong schedulekan di platform media sosial anda.

    Formula Launching Seasonal Campaign

    Untuk seasonal campaign ni kita boleh bahagi kepada tiga proses penting iaitu Pre-Launch, Launch & Post Launch.

    • Pre-Launch – biasa dibuat 3-7 hari sebelum hari promosi berlangsung. Ada projek yang saya handle, pre-launch 3 bulan, ada yang 1 bulan. Depends on your nature business.

      Kita nak bagitahu customer kita tentang apa yang bakal kita offer. Kita boleh buat countdown, atau boleh masuk waiting list supaya customer prepare untuk membeli atau menggunakan servis anda.

    • Launch – Ini ialah tarikh kempen anda bermula. Ada yang buat 1 hari, ada yang buat 4 jam. Ada yang seminggu, ada yang sebulan. Ikut kesesuaian nature & niche business sendiri.

    • Post launch – optional, tak wajib. Kita still bagi promosi kepada pembeli yang tidak sempat grab masa launch tetapi tak sebanyak seperti waktu launch untuk respect pembeli yang dapatkan waktu launch session.

    Kesimpulan – Susun Kempen Marketing 1 Tahun Anda Sekarang

    Jadi, bagaimana?

    As promised, tanpa anda beli panduan saya pun, anda dah boleh susun kempen marketing 1 tahun terus.

    Kalau anda duduk 1-2 jam brainstorm, anda dah tau dah secara overview 12 bulan ni nak buat kempen apa. Mungkin dalam 8-12 kempen max.

    Itu baru susunlah, (Decide + Planning).

    Belum lagi take action/execute (Action Planning).

    Untuk Action Plan, saya ada kongsikan secara surface apa yang boleh dibuat.

    Namun untuk lebih details, saya memang siap bagi 6-step framework untuk Action Plan, yang anda boleh rinse & repeat setiap kali kempen.

    Malah saya bagi Notion template untuk track progress Action Plan, supaya semua team anda tahu apa tasks kena buat, bila kena siapkan, dan kena hantar pada siapa.

    Yes, after planning, it’s all about Task & Team Management, di mana saya mudahkan dengan bagi template yang sesuai untuk monitor all progress.

    Selain itu kelebihan jika anda dapatkan Video Panduan : Susun Kempen Marketing 1 Tahun :

    • Figma Template & Tutorial – for notes, calendar & planning
    • Notion Template & Tutorial – for Task & Team Management
    • Video Panduan 2 Jam yang direct to the point, tak meleret, takde joget
    • Dapat join Komuniti WhatsApp bersama saya, Founder, Marketers
    • Dapat Lifetime Access
    • Dapat Lifetime Upgrade
    • TERBARU – Dapat 1on1 Onboarding Personal Zoom Session dengan saya (worth RM1,000)

    Saya juga beri izin untuk 1 company share akses kepada semua team members under company anda.
    Jika team anda ada 5 orang, dapatkan 1 akses untuk semua.

    Dan semua team boleh guna dan bekerjasama dalam 1 file figma dan notion yang sama.

    Investment?

    Sangat-sangat tak padan dengan harga jika nak bandingkan apa ilmu yang anda bakal dapat dan praktiskan.

    Dapatkan terus di sini :

    https://venneauniversity.com/skm1t

    BONUS : Khas untuk reward anda yang baca ni sampai sini, saya nak bagi kupon diskaun khas.

    Gunakan kupon “OFFRM30” waktu checkout.

    Bila anda dah ready, ada 3 cara saya boleh bantu anda :

    1. Marketing And Funnel Strategies (MAFS Masterclass) : Satu-satunya course yang share semua dan sedalam-dalamnya knowledge saya tentang Strategi Marketing Untuk “Win The Game” Dalam Bisnes. Juga panduan bina Marketing Funnel, Marketing Plan & Kempen Selama Setahun. Lifetime access, lifetime update.

    2. Video Panduan : Susun Kempen Marketing 1 Tahun (SKM1T) : Dengan hanya spend masa 2 jam video panduan ni, anda dah boleh susun kempen 12 bulan dalam 1 hari. Dah tak buat kempen marketing adhoc last minute, sebab semua dah tersusun cantik, siap 1-3 bulan sebelum tarikh kempen.

    Gunakan kupon : OFFRM30 jika anda serius take action sekarang.

    3. Dapatkan Akses Free Training – Cara Bina Marketing Super-Team & Marketing Department yang Perform, Bersistem & Independent : Crash-course 19 minit bakal bantu upgrade Marketing anda agar lebih High Impact, jualan dah tak stuck, dan anda ada masa lebih untuk grow company, me-time & family time.

    Tanpa perlu babysitting team & dah tak risau staff nak resign, sebab Marketing Department anda dah bersistem.