Belum jadi Subscriber?

Jom join lebih 3k+ subscribers “The Farabi Letter”. Saya kongsikan setiap hari Rabu, 1 proven actionable strategy, framework & system untuk bisnes & marketing,

and be prepared to be mind-blown while exploring insightful perspectives on marketing and business. 

Jangan risau, data anda selamat. Saya takkan SPAM. Never. Ever.

Cara Bina Bisnes Dari RM0 ke 6-7 Angka Dengan Framework Start, Leverage & Scale (Part 1)

Dalam artikel ni saya nak kongsikan bagaimana anda boleh gunakan framework START, LEVERAGE dan SCALE untuk bina bisnes from 0, hingga ke 7 figures value. And even more, inshaAllah.

Jika anda dah ada bisnes pun, anda perlu tahu, fasa bisnes anda di mana.

Sebab apa? Tiada siapa nak bagitau.

Sebab apa tiada siapa nak bagitau?

Sebab antara kesilapan business owner, termasuk saya sendiri ialah tidak tahu apa prioriti dan goals yang perlu dicapai sekarang dan selepas ini. Tiada outline untuk ke arah mana kita patut bawa bisnes ni.

Begitu juga waktu saya mula sendiri, tiada siapa nak bagitau.

Bila saya join mana-mana kelas, coaching dan mentoring, saya mula nampak pieces of the puzzles.

Dari tak nampak kepada nampak.

Tapi sebenarnya as business owner, kita lah yang kena cantumkan semua puzzles tersebut.

Dan itu hanya tercapai bila kita lalui sendiri dengan pengalaman.

Saya mulakan bisnes sekitar tahun 2015, dan framework Start, Leverage, Scale ni somehow saya discover pada tahun 2018, namun saya masih tak nampak jelas.

Sebab saya sendiri baru 3 tahun dalam game, masih terkapai-kapai lagi.

Dan sekarang, 2024, 6 tahun baru saya dapat nampak lebih jelas bagaimana nak gunakan konsep Start, Leverage, Scale.

Kelebihan Untuk Anda?

Jadi benefit kepada anda ialah :

  • Anda tidak lagi berada dalam fasa “harini kena buat apa, minggu ni, bulan ni, tahun ni”
  • Berada dalam keadaan yang sentiasa atau kerap anxiety, sebab tak tau nak buat apa dan capai apa. Tau nak buat duit dan sales, tapi tak tau cara, atau whats next.
  • Rasa busy tapi tak tau busy apa
  • Anda tidak lagi berada dalam blur tak tahu fasa bisnes anda prioritinya apa
  • Jika anda baru bermula, anda dapat reduce all unncessaries mistakes and risks (for me you need to make mistakes too to learn even more, but reduce it, we don’t have all day)
  • Jika anda dah mulakan, mungkin penerangan saya ni membuatkan roadmap anda lebih clear untuk ke arah mana anda nak bawa bisnes anda.

Introduction Start, Leverage, Scale

So let’s start with this.

  • Bisnes macam game, ada level2 nya, ada mission dan goals
  • Lain orang lain reason untuk main game dan bisnes.
    Ada yang buat bisnes sbb nak buat part time bantu suami, ada yang nak duit tambahan bayar hutang, ada yang memang minat
  • We decide our own objective dan goals
  • Namun tak kisah objectivenya, bisnes tetap ada fasa yang sama tak kisah bisnes apa
  • Jika tak tau pasal fasa ni, kita rasa blurr tak tau nak buat apa utk capai goal, rasa anxiety, tak tau kita di fasa mana dan patut prioritikan apa
  • Setiap fasa, ada problems, opportunitiy, solusi, prioriti yang berbeza
  • Sebelum mula, kita kena tau, overview bisnes di muka bumi ni ada dua. Ada bisnes yang mcm grab, foodpanda dan yang perlu kumpul duit investor sebelum bermula, itu ialah start-up capital. Raise funding dari duit investor. Ada round dan fasanya.
  • Dan yang guna modal sendiri, atau tanpa modal, atau ada bantuan investor mak ayah kawan sendiri, itu market business. Most business kat sini, dah ada ilmu, pengalaman dan kemahuan baru boleh pergi ke cara capital
  • Namun Capital atau market, dasar business tetap sama, jual produk/solusi kepada pembeli

3 Fasa Bisnes

  1. Start (Bermula)
  2. Leverage
  3. Scale (Kembang)

Long-Term Goal Strategies

Sebelum bermula saya nak cerita juga tentang Long-Term Goal Strategies.

Tak kisah anda buat bisnes apa, pada hemat saya, 3 ini ialah paling penting untuk kita letak sebagai North Star kita, big goal kita.

Fokus ni dari awal sampai akhir.

Walau kita target akhirnya kita nak exit bisnes ni dan nak jual bisnes ni, anda masih perlu 3 big goals ini.

Iaitu :

  1. Buyers/Customers
  2. Lifetimve value of a customer
  3. Raving Fan

Objektif bisnes untuk baru bermula mesti target untuk ada 100 first customer.

Dan selepas membeli, jangan “touch n go” sahaja. Lepas beli terus bye-bye.

Dari awal perlu sudah ada kesedaran dan effort untuk jaga customer sedia ada.

Bina satu customer journey experience di mana, selepas dia beli, ada aktiviti-aktiviti yang kita patut buat untuk dia alami.

Targetnya untuk bina good relationship dengan pembeli, untuk dia repeat beli dengan kita, menaikkan LTV (Lifetime value) dia, refer kita kepada kenalan dia dan jadikan dia sebagai seorang Raving Fan (peminat setia anda/brand anda).

Saya ada terangkan lebih details dalam video.

START, LEVERAGE, SCALE

START

Untuk lebih faham dengan konteks, boleh terus tonton video ini.

Saya terangkan secara details, step-by-step bagaimana nak melalui fasa START dengan lebih baik, means tanpa buat unnecessary stupid mistakes, dapat jimat masa dan fokus buat benda yang penting dan perlu.

Tonton di sini :

https://youtu.be/pjGT2RFvj_U

Bila anda dah ready, ada 2 cara saya boleh bantu anda :

1. Marketing And Funnel Strategies (MAFS Masterclass) : Satu-satunya course yang share semua dan sedalam-dalamnya knowledge saya tentang Strategi Marketing Untuk “Win The Game” Dalam Bisnes. Juga panduan bina Marketing Funnel, Marketing Plan & Kempen Selama Setahun. Lifetime access, lifetime update.

2. Work 1-on-1 with me and I help you to 2X your sales or have additional RM100k in your business or you don’t pay : Saya sedang membantu SME yang ada marketing team sendiri (in-house) untuk scale bisnes mereka ke next level.

Saya akan install a proven marketing system, bina infrastruktur marketing dalam syarikat anda berserta SOP, dan train your team to execute it.

Ini ialah “permanent solution” supaya anda dah tak perlu hire agency/freelancer, dan tak perlu takut jika staff berhenti sebab anda dah tak depends pada orang, tetapi kepada system.

Tapi saya tak boleh bantu semua bisnes, kita set 1 discovery call, secara online sahaja, untuk kita bincang lanjut sama ada anda layak atau tidak.