Belum jadi Subscriber?

🚀 Join Newsletter saya (Surat Marketing Farabi),

dan dapatkan akses percuma ke 5-Day “Marketing Protocols Playbook” – email series yang dedahkan 5 Marketing Pillars yang jadi tulang belakang high-performing business.

Then anda akan dapat weekly newsletter dimana saya kongsikan marketing insights, frameworks & systems.

Dah 3,000+ founders subscribe. Join the club now.

Jangan risau, data anda selamat. Saya takkan jual data anda. Walaupun Elon Musk offer saya Tesla.

Kenapa Anda Selalu Salah Hire Marketing Staff (Hint : Bukan Salah Dia)

Kalau anda pernah hire staff marketing, bayar gaji penuh, caruman semua, bagi ruang, bagi training,

tapi sales tetap tak bergerak, company macam tak growing pun.

Lepas tu anda mula fikir mungkin anda ni tak bertuah punya olang.

Asyik dapat orang yang salah jerr.

Saya nak cakap sesuatu yang mungkin tak sedap didengar.

Masalah tu bukan pada staff anda.

Jeng, jeng jeng!


In case anda prefer bentuk video, saya juga ada shoot video explain topik yang sama.

Dan lebih konteks saya share di sana.

Ini link :

https://youtu.be/EnF9Ez9Q5qw


In case anda lupa saya buat apa.

Saya Farabi, Marketing Coach, Mentor & Consultant.

Saya coaching SME Founders.

Saya mentoring freelancer/agency marketing.

Saya consult SME Founders.

Mostly bantu mereka capai RM1juta-10juta setahun dengan marketing bersistem.

Saya ada my own modules, framework & system dari lebih 10 tahun pengalaman uruskan lebih RM25juta kos marketing sebagai orang belakang tabir brand-brand yang anda mungkin kenal di luar sana.

Saya Pernah Ada 42 Orang Team Marketing Dalam Satu Office

Semua fulltime.

Ber-KWSP, ber-SOCSO, EIS & HRDF sekali.

Dan saya pernah burn RM100k sampai RM300k lebih, semata-mata sebab salah hire.

Bukan sebab mereka tak perform.

Tapi sebab saya sendiri yang kurang bijak buat keputusan dan timing dalam hiring.

Yes, I learnt a lot, burnt a lot, headache & stress a lot dalam hiring & managing marketing team.

Tapi dari pengalaman tu, saya dapati pattern yang sama berlaku pada founder lain juga.

Sales drop, founder panik.

Mula push team, team stress, kerap keluar masuk.

Founder hire ganti dalam keadaan lagi panik dari sebelum ni.

Setiap pusingan makin mahal.

Dan bila saya bedah balik semua kes ni, saya jumpa satu benda yang sama :

Semua silap tu berlaku SEBELUM staff tu mula kerja hari pertama.

Bukan masa dia kerja. Bukan masa dia probation.

Tapi sebelum dia masuk lagi.

Jadi saya nak kongsikan dalam content kali ni, 3 silap yang buatkan hiring anda gagal berulang kali.

Salah timing. Salah unit. Salah standard.


Silap #1 : Hire Sebab Penat

Silap pertama ni berlaku sebelum anda buka job posting pun.

Sebelum interview. Sebelum apa-apa.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Kebanyakan founder hire bila dia dah tak larat.

Kerja bertimbun. Sales slow. Team blur.

Then satu hari founder cakap, “dah lah, aku hire je orang.”

Trigger dia bukan strategi.

Trigger dia emosi.

Macam pergi grocery masa perut lapar.

Balik rumah tengok troli, semua benda ada.

Tapi tak ada satu pun boleh dimasak jadi satu hidangan yang lengkap.

Sebab anda beli ikut rasa, bukan ikut menu.

Kenapa ni bahaya?

Sebab kalau trigger anda salah kat sini, semua langkah selepas tu salah.

Anda akan hire orang yang salah, pada masa yang salah, untuk kerja yang anda sendiri pun tak jelas.

Dan bila dia gagal, anda akan ingat dia yang tak bagus.

Lepas tu ulang kitaran yang sama tahun depan.

Jadi apa trigger yang betul?

Bukan “saya dah penat”.

Trigger yang betul ialah :

Saya dah ada kerja marketing yang proven, yang berulang setiap bulan, dan volume dia dah lebih dari kapasiti saya.

Kalau kerja tu belum proven, anda bukan perlukan staff.

Anda perlukan kejelasan.

Hire untuk scale benda yang dah jalan.

Bukan untuk cari benda yang anda sendiri belum jumpa.

Sebab kalau anda sendiri tak tahu apa yang berkesan, macam mana orang baru nak tahu?

Dia akan cuba benda random, gagal, lepas tu anda blame dia.

Padahal anda hire dia untuk selesaikan masalah yang anda sendiri belum selesaikan.


Silap #2 : Hire By People, Bukan By Function

Katakan trigger anda dah betul.

Anda memang dah ada kerja yang proven, volume dah melebihi kapasiti anda.

Di sinilah majoriti founder buat silap kedua.

Dan yang ni lagi mahal.

Sebab mereka beli benda yang salah.


Actually saya explain lebih cantik dan tepat dalam bentuk video untuk point kedua ni.

Ini link :

https://youtu.be/EnF9Ez9Q5qw


Apa maksudnya hire by people?

Bila kita hire by people, kita reka posisi ikut ciri-ciri dan skill orang yang ada depan mata kita.

Kita jumpa seorang calon yang pandai buat design, boleh tulis sikit, reti sikit-sikit pasal ads.

Then kita reka satu jawatan khas untuk dia.

Macam jahit baju ikut badan seorang tetamu.

Cantik kat dia. Muat kat dia.

Tapi bila dia keluar?

Baju tu tak muat sesiapa.

Anda kena jahit semula dari awal.

Dan itulah sebabnya setiap kali staff resign, anda rasa macam bisnes anda kena rombak balik.

Cara yang betul : Hire By Function, Not By People

Tulis dulu fungsi yang bisnes anda perlukan.

  • Content – siapa yang produce content harian/mingguan
  • Ads – siapa yang setup, monitor dan optimize paid ads
  • Copywriting – siapa yang tulis untuk sales page, ads, email
  • Video – siapa yang shoot dan edit
  • Data – siapa yang rekod, baca dan report angka

Lepas tu tanya setiap satu fungsi tu satu soalan :

Ni perlu fulltime, part-time, freelance, atau pay per job?

Jangan sikit-sikit hire fulltime.

Otak entrepreneur kita ni kena lebih open minded.

Start kecil.

Buktikan fungsi tu betul-betul bawa hasil.

Baru naikkan komitmen.

Apatah lagi Gen Z dan this coming Gen Alpha punya style bekerja confirm jauh berubah.

Tengok beza antara dua founder ni

Founder A – hire fulltime graphic designer RM3k sebulan.

Tiga bulan pertama okay. Lepas tu kerja makin slow, attitude berubah.

Nak fire susah sebab dah permanent.

Rugi RM9k lebih dalam tiga bulan je.

Founder C – start dengan seorang freelance video editor, ikut struktur yang saya ajar.

Sikit demi sikit, sekarang dia ada full marketing team serendah RM3k sebulan.

Lean tapi jalan.

Dan bila staff harapan dia nak resign, dia tak panik.

Sebab fungsi dah didokumen.

Orang bertukar pun takde masalah.

Just plug and play.

Kita tak boleh halang staff nak resign.

Boleh negotiate, tapi jangan sampai bagi deals sampai kita ni “be at the mercy of others”.

Kita bina sistem, staff ni plug and play sahaja.


Silap #3 : Bagi Staff Kerja Tanpa Sistem

Ini bahagian yang paling ramai orang terlepas pandang.

Sebab anda boleh hire on time, hire by function, start lean, semua betul.

Dan staff anda masih boleh gagal.

Ini sebabnya.

Dengar bunyi ni

“Boss, nak post pukul berapa?”

“Boss, copywriting ni okay ke?”

“Boss, kempen ni jadi ke tak jadi?”

Kita selalu dengar bunyi ni sebagai tanda staff lemah.

Sebenarnya itu bunyi orang yang tak diberi sistem untuk buat keputusan sendiri.

Dia bukan malas.

Dia takut salah.

Sebab tak ada standard untuk dia rujuk.

Jadi dia tunggu greenlight anda, walaupun sebenarnya dia berbakat.

Tanpa sistem, anda kekal jadi bottleneck

Setiap pagi kena bagi direction.

Setiap kerja kena semak.

Sampai satu tahap anda fikir “buat sendiri lagi cepat”.

Dan bila anda dah fikir macam tu, anda dah kalah.

Anda dah jadi remote control kepada bisnes anda sendiri.

4 benda wajib ada sebelum orang baru masuk

  • Flow kerja yang jelas – siapa buat apa, bila, dan macam mana
  • KPI mingguan & bulanan – yang boleh track, bukan ikut rasa
  • SOP – untuk content, ads dan campaign
  • Campaign calendar – supaya kerja tak jadi ad-hoc setiap minggu

Dan yang penting, sistem dibina atas marketing yang dah proven.

Bukan anda reka sistem untuk benda yang anda sendiri belum tahu jalan ke tak.

Contoh yang paling jelas

Founder B – outsource pada agency RM6k sebulan.

Tapi dia tak tahu nak pantau apa. Tak tahu KPI apa nak letak.

End up bayar mahal, result tak nampak.

Bukan agency tu tak reti kerja.

Founder yang tak bagi standard untuk mereka accountable.

Satu lagi kes.

Ada founder retail, sales dah 6 angka sebulan, ada tiga orang team marketing.

Content, ads, video. Semua ada.

Tapi dia tetap penat.

Setiap minggu kena bagi idea.

Setiap kerja kena semak.

Setiap kali nak launch campaign, dia sendiri kena buat preparation.

Lepas kami susun sistem, team dia tak bertukar seorang pun.

Cara kerja dia yang bertukar.

Itu yang buat perbezaan.


Kesimpulan

Jom recap tiga silap tadi.

  1. Salah timing – hire sebab penat, bukan sebab dah ada kerja yang proven.
  2. Salah unit – beli orang, bukan beli fungsi.
  3. Salah standard – bagi orang kerja tanpa sistem untuk dia tahu apa itu “bagus”.

Ketiga-tiga ni berlaku sebelum staff tu mula kerja hari pertama.

Sebab tu tajuk artikel ni bukan salah dia.

Memang bukan salah dia.

Bukan soal berapa ramai orang anda hire.

Soalnya siapa buat apa, siapa accountable, dan ada tak sistem untuk tapis dan susun talent.

Sebelum anda hire orang seterusnya, cuba tanya diri satu soalan jujur nak mati :

“Kalau orang ni resign tiga bulan lagi, bisnes aku kena rombak balik ke, atau aku boleh plug orang baru masuk?”

Kalau jawapan anda “kena rombak balik”, masalahnya bukan pada calon yang anda nak interview tu.

Masalahnya pada struktur yang anda belum bina.

Saya ada kupas tentang man power planning dan struktur ni dalam panduan ni juga :

Team Marketing, Assemble!


Do you think you need help?

If yes, good news.

Dalam M2M Club, saya duduk dengan founder satu lawan satu untuk design your own personalized & customized Marketing Team Blueprint.

Struktur hiring yang plug and play, supaya orang bertukar pun bisnes anda tetap jalan.

Kita bina company yang tak rely kepada manusia.

Mereka nak berhenti, silakan. Tak perlu merayu untuk mereka stay.

We already have the system that enable hiring just to plug & play in our system.

So bisnes kita system-driven. Bukan human-driven.

Jika berminat, dapatkan info lanjut di sini dan tengok anda sesuai atau tidak :

Marketing To Millions Club – M2M Club

Bila anda dah ready, ada 3 cara saya boleh bantu anda :

1. Dapatkan Akses Free Training – Cara Bina Marketing Super-Team & Marketing Department yang Perform, Bersistem & Independent : Crash-course 19 minit bakal bantu upgrade Marketing anda agar lebih High Impact, jualan dah tak stuck, dan anda ada masa lebih untuk grow company, me-time & family time.

Tanpa perlu babysitting team & dah tak risau staff nak resign, sebab Marketing Department anda dah bersistem.

 

2. Nak saya bantu Install Marketing & Growth System yang mampu sustain sales RM1 juta up to RM10juta setahun secara profitable? : My program M2M Club ialah Marketing Implementaion Programme yang bantu anda bina High Performance & Systemized Marketing Team/Department.

Anda nak kenaikan sales dan itu datang dari Marketing. Anda pun tahu yang Marketing ialah department #1 in any business.

Let’s strengthen Pre-Marketing, then All-Out buat Marketing, then Systemize what’s proven.

 

3. Video Panduan : Susun Kempen Marketing 1 Tahun (SKM1T) : Dengan hanya spend masa 2 jam video panduan ni, anda dah boleh susun kempen 12 bulan dalam 1 hari. Dah tak buat kempen marketing adhoc last minute, sebab semua dah tersusun cantik, siap 1-3 bulan sebelum tarikh kempen.

Gunakan kupon : OFFRM30 jika anda serius take action sekarang.

Â