Belum jadi Subscriber?

🚀 Join Newsletter saya (Surat Marketing Farabi),

dan dapatkan akses percuma ke 5-Day “Marketing Protocols Playbook” – email series yang dedahkan 5 Marketing Pillars yang jadi tulang belakang high-performing business.

Then anda akan dapat weekly newsletter dimana saya kongsikan marketing insights, frameworks & systems.

Dah 3,000+ founders subscribe. Join the club now.

    Jangan risau, data anda selamat. Saya takkan jual data anda. Walaupun Elon Musk offer saya Tesla.

    5 Combo Digital Marketing “Terlarang” untuk Grow Bisnes Sampai RM100k Sebulan dan Ke Atas

    Dalam dunia bisnes, setiap owner pasti impikan untuk grow bisnes sehingga RM100,000 sebulan.

     

    Apa yang akan saya kongsikan dalam artikel ini?

    1. Framework Utama – untuk lihat bisnes secara overview.
    2. 5 Combo Digital Marketing – untuk Scale ke RM100k+ sebulan.
    3. Long Term Goal – untuk anda kekal fokus tanpa distraction.

    Saya juga suggest anda hadam konten ini melalui video di channel Youtube saya, sebab penyampaian yang mungkin lebih detail.

    Link Youtube : https://youtu.be/8WNVi_NCubo

     

    Siapa saya?

    Kamu nanya?

    In case, kalau anda tak kenal saya, salam perkenalan.

    Nama saya Al-Farabi Shariff. Panggil saya Farabi.

    Saya pernah bina 7-figure Digital Marketing Agency di mana kami telah menguruskan lebih daripada RM25+ juta dalam kempen marketing untuk ratusan klien.

    Dan alhamdulillah ada yang kami bantu capai angka 5, 6, dan 7 angka sebulan.

    Dengan pengalaman ini 10 tahun dalam marketing & bisnes, izinkan saya berkongsi insight selepas menganalisa & observe data pelbagai jenis bisnes.

    Ramai dah saya lihat bisnes dengan mata saya sendiri yang mereka boleh scale ke sales ratusan ribu dengan hanya menggunakan 2-3 Combo Digital Marketing dari 5 yang saya akan kongsikan nanti.

    Ready to learn?

    Let’s go!

    1. Framework Utama – untuk lihat bisnes secara overview.

    Ini adalah framework yang saya bina selepas analisa beratus bisnes dalam 10 tahun.

    Framework ini terdiri daripada tiga fasa utama: Start, Leverage, dan Scale.

    Setiap fasa ini mempunyai peranan penting dalam memastikan kejayaan bisnes anda.

     

    Saya ada ceritakan tentang Framework ini secara details dalam 2 content Part1 & Part 2 di bawah :

    (bookmark siap2, boleh consume selepas anda habis consume content ini)

     

    https://farabi.my/start-leverage-scale-part1/
    https://farabi.my/start-leverage-scale-part2/

    Content ada dalam bentuk bertulis dan video. Bookmark dulu siap-siap 2 content di atas.

    Saya sarankan anda consume selepas habiskan content di page ini dulu.

    Oleh sebab 3 fasa ni banyak details, saya summarize dulu sekarang.

     

    A. Fasa Start

    Pada fasa ini, fokus utama adalah untuk memulakan langkah pertama.

    Jika anda belum buat bisnes dengan serius, komited 100%.

    Anda perlu merekod semua aktiviti dan mengatur semua proses dalam bisnes anda.

    Benchmark dan metric yang patut kita fokus dengan kerja manual dan freely mostly.

    Nak tau apa contoh metric? Tengok 2 konten yang saya share atas tadi nanti okay.

    Mula dari awal untuk rekod gerak kerja dan draft SOP sebelum masuk ke fasa seterusnya.

    Kenapa tak rekod nanti?

    Sebab kita nak build up discipline dalam bisnes.

    Kalau dari awal dah bermalasan, nanti mencabar nak ubah.

    B. Fasa Leverage

    Setelah anda START, fasa seterusnya ialah LEVERAGE.

    Di sini, anda akan cuba meningkatkan/optimize setiap metrik yang telah kita rekod & prioritikan.

    Fasa guna 4C, cara, how to, teknikal, taktikal untuk capai matlamat dan figure out mana yang terbaik antara dua pilihan.

    Jangan risau saya cerita details tentang ini dalam 2 content Start Leverage Scale di atas tadi.

    Di sini ialah fasa kita mencuba pelbagai method untuk determine apa yang proven dan sesuai untuk bisnes kita.

    Barulah kita boleh masuk ke fasa ke-3 iaitu SCALE.

    C. Fasa Scale

    Setelah anda melalui fasa Start dan Leverage, kini masanya untuk Scale.

    Fasa ini adalah di mana anda akan amplify result yang proven di fasa Leverage.

    Ada scaling secara Vertical (Kualiti) dan Horizontal (Kuantiti).

    Di sini, strategi yang tepat akan memainkan peranan penting untuk memastikan anda dapat grow bisnes ke tahap yang lebih tinggi.

    Kebanyakan bussines owner buat silap apabila dia baru nak mula bisnes dia terus loncat ke fasa scale…Haru biru jadinya

    Pastikan sesuatu tu proven dulu baru scale.

    2. 5 Combo Digital Marketing – untuk Scale ke RM100k+ sebulan.

    Layer 1 dari 4 Layers of Marketing Campaign

    5 Combo Digital Marketing ni saya ambil dari Layer 1 of Marketing Campaign.

    Ini ialah konsep yang saya came out sendiri selepas observe beratus kempen-kempen marketing yang banyak dan pelbagai.

    Saya simpulkan dan simplekan, saya susun dia jadi 4 Layers of Marketing Campaign.

    Saya ada cerita dengan lebih details juga di sini :

    https://farabi.my/4-layers-of-marketing-campaigns/

     

    Secara kesimpulannya, dari 4 tu, saya ambil Layer 1 sahaja yang saya panggil dia sebagai Evergreen Campaign.

     

    Dalam Layer 1 tu saya senaraikan jenis kempen marketing yang memang kita kena buat non-stop, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan setiap tahun.

    Sebab itulah namanya Evergreen.

     

    So apakah 5 Combo Digital Marketing yang cukup untuk bantu kita grow sales sampai RM100k+ sebulan?

    1. PPC & Paid Advertising & SEM

    Senang kata iklan berbayar lah.

    PPC – Pay Per Click

    SEM – Search Engine Marketing

    Paid Advertising – Facebook/Instagram Ads, Tiktok Ads, LinkedIn Ads, Twitter Ads, Threads etc.

    2. Content Marketing + Social Media Post

    Kita berada dalam zaman setiap platform social media “rewards” mereka yang hasilkan Quality & Quantity organic content.

    Figure out macam mana nak konsisten posting minimum 1 kali sehari.

    Tiada alasan lagi untuk tak konsisten daily posting, dengan adanya pelbagai teknologi dan AI yang makin lama makin canggih.

    Saya ada kongsikan 1 content khas cara nak post setiap hari tanpa gagal :

    https://farabi.my/strategi-susun-jadual-content-creator/

    3. Broadcast (Email / WhatsApp / Telegram)

    Broadcast di sini bermaksud kita nak jaga relationship dengan Prospek yang belum beli lagi, dan kepada Buyer yang pernah beli dengan kita.

    Taknak buat bisnes touch n go, hanya fokus pada pembeli pertama kali je (new buyer).

    Yang dah beli ni pun kita nak follow up balik (broadcast) agar untuk beli lagi.

    Saya dah jumpa banyak bisnes owner, saya boleh kata dengan yakin, majoriti dalam +-80% tak utilize pun Database prospek & buyer.

    4. Influencer Marketing

    Saya berpendapat jika anda dah spend beribu sampai berpuluh ribu sebulan untuk iklan berbayar, ambillah sedikit portion dalam RM300-500-1,000 sebulan untuk sentiasa invest pada Influencer Marketing.

    Influencer Marketing ialah kita upah influencer untuk berikan feedback tentang produk kita atau buat content guna produk/servis kita. Ini kita panggil UGC – User Generated Content.

    The best ialah dari customer kita sendiri tapi nak dapat punya susah.

    So kita mula dulu dengan paid review supaya encourage buyer sedia ada pun untuk kongsi pengalaman mereka & buat content sekali.

    Kena buat setiap bulan sebab bukannya bayar bulan ni dapat bulan ni. Ada yang cepat ada yang lambat berbulan baru dapat.

    So sebolehnya setiap bulan kita nak ada minimum 1-3 video baru dari paid review/influencer marketing, untuk kita feed balik ke Paid Ads, Organic Content & Blast Database.

    5. Online Event – Live

    Dengan menggunakan platform seperti Facebook Live, Instagram Live, atau TikTok Live, kita boleh berinteraksi secara langsung dengan audiens kita.

    It feels more authentic. Sekarang banyak sangat AI dan robot punya content.

    Orang nakkan realtime personal touch.

    Kadang-kadang ada moment dalam LIVE tu yang nampak berharga dan relevant untuk kita cut, edit dan post balik ke content, run ads dan blast pada database.

    Selain Live di media sosial, Online Event boleh jadi Webinar Online, Online Class via Zoom or Google Meet.

    Kita boleh menunjukkan produk secara real-time, buat demonstrasi cara guna produk, atau sesi Q&A soal jawab.

    Ini bakal boost lagi kekuatan Evergreen Campaign yang anda sedang bina.

    Boleh Capai Ke RM100k Sebulan?

    Of course ada lagi faktor penting lain seperti produk/servis yang betul-betul bagus.

    Customer service dan customer experience yang awesome.

    Cuma tajuk content kalini ialah berkaitan dengan Digital Marketing.

    Dulu, hanya gabung Paid Ads, pasang Team Sales, Salespage dah boleh capai RM100k.

    Gabung lagi dengan Blast Database. Mudah.

    Sekarang agak mencabar. Nak tak nak kena tambah lagi sampai 5 kombo ni.

    Buat satu-satu. Dah stabil sikit, move next.

    3. Long Term Goal – untuk anda kekal fokus tanpa distraction.

    Selain skill Digital Marketing, bila anda jelas apa End Goal anda, apa Long Term Goals anda, akan lebih mudah nak capai.

    So lain orang lain long term goals dia. Silakan berkreativiti.

    Namun secara generalnya, semua bisnes ni perlukan 3 goals ini

    Saya ada cerita details tentang ini dalam content Start Leverage Scale :

    https://farabi.my/start-leverage-scale-part1/

    Long term goals ialah North Star anda.

    Anda punya fokus utama dari fasa START lagi.

    Sebab apa kena jelas benda ni dari awal?

    Sebab dalam bisnes, akan ada banyak OPPORTUNITY yang buat anda gelap mata.

    Kalau tak datang sekarang, akan datang nanti. Bila datang, segebuk banyak.

    Kalau anda distracted untuk guna masa, duit dan tenaga anda untuk benda lain yang tak menyumbang pun pada long term goal bisnes anda, ketahuilah anda akan rugi gila.

    Shiny object syndrome.

    It’s always greener on the other side. Rumput orang lain nampak lagi hijau dari kita.

    Tapi sebenarnya,

    It will be greener where we water it.

    Memanglah hijau rumput orang lain, mereka spend all focus untuk bina bisnes dia.

    Anda pula tersilau. Pastu pelik kenapa susah nak grow bisnes dan cecah RM100k ke RM300k ke RM500k ke.

    Jadi nampak ya, kepentingan untuk stick dan setia kepada Long Term Goals bisnes kita okay?

    Unless bisnes kita memang dah tiada harapan dan kita kena move on or pivot. Tapi itu cerita lain.

    So apa Long Term Goal yang saya suggestkan?

    1. Fokus naikkan kuantiti BUYERS.

    Jika baru bermula target untuk dapatkan 100 buyers pertama.

    Then target next, 1k, 10k, 20k buyers pertama.

    Teruskan perbaiki Marketing & Sales, buat semua Layer 1 Evergreen Campaign iaitu 5 Combo Digital Marketing yang saya senaraikan di atas.

    Dah setel Layer 1, masuk pula Layer 2, susun kempen marketing 1 tahun.

    Saya share details tentang Layer 2 di sini :

    https://farabi.my/cara-susun-kempen-marketing-satu-tahun/

    2. Fokus Naikkan Lifetime Value of A Customer (LTV)

    LTV ialah berapa RM dia akan spend pada anda selepas pembelian pertama dan boleh jadi sehingga akhir hayatnya.

    Contohnya sepanjang akhir hayat anda, berapa banyak anda rasa anda spend beli barang runcit di Supermarket atau Kedai Acheh dekat rumah kita.

    Beribu kan, malah berpuluh ribu.

    Starbucks sendiri, LTV nya sekitar $1,400. Bermaksud untuk setiap orang yang jejak masuk Starbucks, secara purata dia akan spend $1,400 sepanjang hidupnya.

    Jadi berapa LTV customer kepada bisnes anda?

    Point penting kat sini, bila customer dah beli jangan abaikan.

    Gunakan Combo Marketing Content + Database Marketing untuk reach balik mereka.

    Buat Loyalty Campaign kepada buyers dan run ads juga pada mereka.

    Macam-macam cara lagi.

     

     

    3. Fokus Upgrade Customer Jadi Raving Fan

    Raving Fan ialah kipas susah mati bisnes anda. Atau anda secara individu.

    Mereka suka dengan bisnes, personaliti dan perjuangan anda.

    Boleh jadi mereka ni pembeli atau bukan pembeli.

    Contohnya, Kamal tak makan pedas, tapi dia suka dengan Khairul Aming, follow live dia, komen, share pada rakan-rakan. Tapi dia tak pernah beli produk KA.

    Raving Fan dikalangan pembeli kita boleh track dari total jumlah pembelian dan frekuensi pembelian mereka.

    Jadi ini ialah kesinambungan dari menjaga Database untuk naikkan LTV.

     

    Perlukan Bantuan Personalized Yang Sesuai Dengan Fasa Bisnes Anda Sekarang?

    Anda serius nak grow bisnes anda untuk bawa ke level top tier 6 & 7 angka?

    Nak saya personally bantu bimbing guide untuk grow bisnes anda, dengan strategi, roadmap dan excecution yang bersesuaian dengan fasa bisnes anda sekarang?

    Jika ya, saya nak jemput anda untuk join Marketing To Millions Club. (M2M Club).

    M2M Club ialah Untuk Entrepreneur Yang Nak Scale Bisnes Ke 6 & 7 Figures Dengan Bimbingan & Execution Plan Yang Jelas.

    Tanpa Korban Masa Kerja 24/7 Tapi Tiada Progres.

    Namun maaf, disebabkan program ini menggunakan masa saya yang sangat terhad untuk spend masa dengan anda secara personal, saya tak dapat buka banyak slot.

    Maksimum member hanya 50pax.

    Tapi saya hanya terima max 5-10 members sahaja sebulan, dan pendaftaran untuk join hanya dibuka 3 hari sahaja setiap bulan.

    First come first serve basis.

    Jika anda serius nak grow, boleh apply di sini.

     

    Bila anda dah ready, ada 3 cara saya boleh bantu anda :

    1. Marketing And Funnel Strategies (MAFS Masterclass) : Satu-satunya course yang share semua dan sedalam-dalamnya knowledge saya tentang Strategi Marketing Untuk “Win The Game” Dalam Bisnes. Juga panduan bina Marketing Funnel, Marketing Plan & Kempen Selama Setahun. Lifetime access, lifetime update.

    2. Video Panduan : Susun Kempen Marketing 1 Tahun (SKM1T) : Dengan hanya spend masa 2 jam video panduan ni, anda dah boleh susun kempen 12 bulan dalam 1 hari. Dah tak buat kempen marketing adhoc last minute, sebab semua dah tersusun cantik, siap 1-3 bulan sebelum tarikh kempen.

    Gunakan kupon : OFFRM30 jika anda serius take action sekarang.

    3. Dapatkan Akses Free Training – Cara Bina Marketing Super-Team & Marketing Department yang Perform, Bersistem & Independent : Crash-course 19 minit bakal bantu upgrade Marketing anda agar lebih High Impact, jualan dah tak stuck, dan anda ada masa lebih untuk grow company, me-time & family time.

    Tanpa perlu babysitting team & dah tak risau staff nak resign, sebab Marketing Department anda dah bersistem.