
Video kali ini tentang one of the method dalam fasa leverage yang dapat memaksimumkan profit bisnes.
Saya banyak menceritakan tentang Fasa Start, Leverage & Scale.
Pendek kata fasa Leverage ialah fasa di mana anda sedang mencari proven method untuk capai goals dalam department bisnes.
Dalam marketing, dalam sales, dalam operation etc.
So method ini ialah salah satu senjata yang otai, old school, OG dalam marketing, iaitu…
EMAIL MARKETING.
Walaupun method ini tiada, anda masih boleh buat duit. Method ini sebagai booster atau enhancer kepada senjata marketing sedia ada.
Nak Tonton Versi Video?
Jika nak tonton dalam bentuk video, boleh klik link ini.
Youtube : https://youtu.be/hAJoLlVOOXo
Jika nak teruskan bacaan pun boleh teruskan scroll.
Email Marketing Is Dead?
Banyak pendapat orang tentang email, ada ke orang buka email sekarang, email banyak spam dan pelbagai lagi.
So end up orang kata “Email Marketing Is Dead”.
Asasnya perkara tu betul, tetapi tidak menidakkan realiti sebenar brand yang menggunakan Email Marketing.
Dan saya percaya kalau anda baca/tonton newsletter ini sehingga habis, anda pasti tidak sabar ingin cuba Email Marketing, jika belum.
3 Perkara Sebelum 3 Perkara

Dalam newsletter saya sebelum ni, saya ada menceritakan tentang 3 long term strategies, 3 phases in sales funnel 3 main problems in every business.
3 topik berbeza, menyentuh lebih kurang 3 benda yang sama.
Yang saya tandakan merah itu ialah yang boleh di bantu dengan Email Marketing.
Sebenarnya Email Marketing pun membantu untuk dapatkan buyer dan meningkatkan conversion.
Semua ini juga kita menggunakan email marketing kita boleh tambah baik, boost, atau maximumkan lagi kita punya profit atau sales hanya dengan menggunakan “One Killer Leverage Method” iaitu Email Marketing
Bagaimana Cara Emel Marketing Boleh Bantu Bisnes Anda?
Ini saya copy paste dari content sebelum ini, but i think it doesn’t hurt to do some repetition right?
Ianya tentang di mana anda boleh gunakan platform Email Marketing Systeme.io untuk bukan sahaja blast emel tetapi boleh buat website, sales page, page kumpul leads, host online course & banyak lagi.

Pertama, ialah existing business yang dah berjalan cantik dan nak empower dengan Email Marketing paltform untuk kumpul leads dengan bagi kupon diskaun & follow up sampai mereka beli & follow up existing buyers untuk beli lagi.
Jika anda ada e-commerce website, lebih baik anda gunakan plugin dan app Abandoned Cart Recovery yang ada di platform tersebut. Tak perlu guna systeme.

Kedua ialah mana-mana bisnes dan peniaga yang nak ada professional website untuk branding dan kumpul leads.
Ada banyak template yang sangat cantik, hanya drag and drop, tukar gambar, text dan warna sahaja.

Atas ni baru sebahagian sahaja template-nya. Ada banyak lagi untuk homepage website laman utama, dan landing page (squeeze page) untuk kumpul leads info (nama, emel, no hp).
Untuk kumpul leads, anda boleh bagi benda percuma (Lead Magnet) seperti free PDF, ebook, training, webinar, courses dll.
Then anda set hantar emel terus untuk berikan akses, kemudian berikan konten 7 hari berturut-turut sambil softsell produk/servis anda di bawah emel.
Habis 7 hari terpulang anda nak follow up dia bagaimana, minimum seminggu sekali. Jangan spam pulak okay.
Sebulan sekali minimum boleh hantar emel promotional yang hardsell. Direct terus suruh orang beli.

Ketiga, untuk bisnes yang perlu buat sales page, blog atau newsletter, dan nak jual produk digital, online course, anda boleh buat sales page menggunakan Systeme.io cuma kelemahannya di market malaysia sebab payment gateway yang ada ialah seperti Stripe & Paypal. FPX untuk maybank2u dan cimb tiada.
So ni saya suggest boleh embed form dari onpay atau ordersini.
Atau terus buat di onpay/ordersini, kemudian, dah beli, kita masukkan dalam database email di Systeme untuk kita follow up.
Cara saya buat dulu, thank you email di OnPay, saya letak link yang dia kena masukkan lagi nama & emel untuk dapatkan akses.
Kalau taknak guna cara leceh ni, anda boleh guna webhook dan integrator seperti Make.com, Pabbly Connect, Zapier.
Jika anda seorang coach, course creator, menjual online courses, produk digital etc, Systeme.io juga ada membership area(Learning Management System LMS) walaupun anda mengambil pakej percuma sahaja anda boleh host satu course.
Mudah je nak guna, upload di Youtube sebagai unlisted lepas tu copy paste link embed di LMS Systeme.
Jangan risau, saya ada buat 1 group khas di mana saya kongsikan banyak tutorial cara guna Systeme.io untuk buat duit. Infonya di sini : https://vennea.systeme.io/freeplatform
Jadi semua ini anda boleh maksimumkan profit dengan Email Marketing.
Kerana buyer is always buyer, buatlah aktiviti-aktiviti yang membuatkan mereka membeli lagi.
Dan email marketing boleh menjadi platform menyampaikan mesej anda tersebut.
Anda Jenis Buka Emel Ke Tidak?
Percaya tak, setiap orang yang gunakan smartphone wajib ada 1 emel, untuk guna playstore/appstore.
Ada yang memang kerja nya perlu membuka emel sentiasa.
Ada yang bila buka emel, jumlah inbox unread beratus, beribu, berpuluh ribu.
Bila buka emel, tak buka pun.
Tapi tau tak apa yang berlaku?
Mata kita still memandang nama penghantar emel (brand atau personal brand anda) dan tajuk emel yang anda hantar.
Itu pun still dinamakan BRAND EXPOSURE.
Mereka nampak nama brand anda walaupun tak buka dan itulah brand-brand besar buat, dan anda juga boleh membuatnya secara percuma atau tanpa kos yang tinggi.
Case Study Komisen RM100k dengan Email Marketing
Awal-awal dulu saya buat affiliate marketing dengan promote produk digital sifu-sifu bisnes.
Saya bermula sekitar hujung 2014, hinggalah 2019.
Gambar di bawah ialah statistik Getresponse, tarikh menunjukkan saya mula guna dari 1 November 2014.

Awal-awal tu saya belajar kena kumpul database, kena kumpul emel.
Saya yang newbie waktu tu ikut je la.
Saya jual produk fizikal pun, close kat wasap pun saya minta emel.
Sebab sifu suruh. Haha.
Pastu saya subscribe platform email marketing GetResponse. Waktu tu famous Get Response VS Aweber.
Sifu saya kata macam BMW VS Mercedes.
Kalau dah beli (subscribe), tak tau nak guna, rugi jugak.
Nak tau cerita kelakar?
Saya subscribe getresponse, bulan-bulan bayar, tapi langsung tak buat duit dari email marketing.
Just bayar gitu je. Agak lama jugak la. Saya rasa mau setahun lebih.
Graph di bawah menunjukkan saya dah subscribe dari Nov 2014, tapi baru aktif guna Sep 2016, paling aktif sekitar 2018.

Saya dah try macam-macam teknika affiliate marketing + email marketing, tak menjadi.
Sampai lah tiba waktu yang saya makin pandai selok belok bermain affiliate marketing, akhirnya saya berjaya buat duit pertama dengan affiliate marketing.



Then saya join lagi, join lagi affiliate contest seterusnya, sampailah komisen yang saya dapat tu dapat cover semua kos yang saya langgan GetResponse setahun tanpa untung. Malah jauh lebih untung.
Saya kira-kira balik hampir atau lebih RM100k komisen saya buat dalam 2-3 tahun tersebut.


Dan bestnya dari orang tak kenal saya, saya pecut ranking Affiliate Contest, dari nobody ke Top-5, Top-3 dan Top-1.

Bila saya tengok balik competitor saya, mereka tak guna method yang saya guna.
Macam pada waktu tu, saya seorang je yang buat, sebab tu hasilnya menjadi.
Saya gunakan pelbagai teknik marketing, dan Email Marketing antara senjata yang betul-betul membantu maksimumkan profit komisen saya waktu tu.
Tapi ni kisah lama lah, between 2014-2019. Tapi masih proven sampai sekarang. Sebab 2020 onwards saya buatkan untuk beberapa klien.
So bagaimana saya buat?
2 Funnel Affiliate Marketing Contest

2 Funnel yang saya buat ialah :
- Kumpul Leads untuk ajak orang join webinar.
Dalam webinar, saya present bagi value 80% then pitch produk affiliate (digital courses).
Saya akan pilih topik yang jika dia faham topik tersebut, dia nampak value tentang produk yang saya nak promote tu.
Then saya offer bonus khas kalau beli dari link affiliate saya.
Then yang tak beli lagi, saya follow up dengan email marketing. - Buat blog kemudian offer untuk subscribe email list.
Saya buat blog dimana saya tulis review kepada panduan sifu-sifu yang nak saya atau saya nak promote.
Disebabkan saya dah kerap masuk ranking leaderboard, mana-mana yang nak keluarkan produk digital akan contact, bagi free access untuk saya review, bagi feedback dan promote.
Saya pun usahalah sebaiknya untuk senaraikan Pro & Cons, dalam keadaan sopan lagi hehe.
Sebab saya tengok luar negara, kalau Cons tu memang dia bantai teruk-teruk.
Dan mereka yang join list saya bagitau, saya akan inform mereka jika ada ada panduan baru yang bakal keluar dan saya berikan review dan bonus jika beli dari link affiliate saya.

Case Study Khas : Bagaimana Email Marketing Bina Raving Fan Untuk Saya
Orang yang subscribe email list kita dan dapat value berterusan, kemudian kita promote lah apa-apa pun, jika produk tersebut membantu dia, dia akan beli dari kita.
Sebab dia dah passed through jauh fasa KNOW & LIKE, dan sekarang TRUST dia meninggi.
Lepas beli pun, dia akan beli lagi.
Ada yang level, saya tak tau produk tu pasal apa.
Tapi sebab Farabi promote, saya beli je dulu dari link dia.
Sampai macam tu level TRUST mereka pada saya. Selepas saya bina that relationship over years with them. (sayang betul saya stop personal branding 2-3 years sebab sibuk dengan agensi marketing saya)
2 gambar di bawah ialah 2 subscribers dari beberapa Raving Fan saya yang keep on join apa-apa kempen saya launch, dan beli beberapa kali setiap kali saya promote.


Perhatikan juga tarikh mereka membeli, ada yang terus beli, ada yang berbulan baru beli. Ada yang bertahun baru beli lagi.
Yup, penjagaan database ialah long-term game. Dan senjata Email Marketing boleh membantu.
Cara Saya Promote Produk Sendiri Dengan Email Marketing
Takkan nak promote produk orang je kan.
Saya pun nak jual produk sendiri.
Saya partner dengan Tuan Aiman Ismail, buat panduan “Formula Sistem Ejen”.
Sebuah panduan digital berbentuk ebook dan ada bonus panduan bervideo.
Lepas launch, yang dah beli saya setting supaya dapat emel akses dan juga emel follow up untuk mereka ambil upsell seterusnya, iaitu personal coaching. Boleh lihat senarai emel yang saya craft di bawah.

Bawah ni pula ialah contoh funnel yang saya guna bila promote produk sendiri.
Ya saya gabungkan pelbagai senjata marketing seperti Facebook Ads, Organic Content dan saya saluti dengan senjata Email Marketing.

Jadi inilah antara cara untuk memaksimumkan profit business sedia ada dengan Email Marketing.
Rugi tak guna sebab di Malaysia tak banyak saingan.
Newsletter minggu depan, saya dedahkan pula statistik “mindblowing” tentang email marketing.
Saya confirm anda terus nak guna Email Marketing lepas dengar lagi statistik gempak tersebut.
Nak Join Group Wasap Saya Tentang Email Marketing?
Saya sedang siapkan tutorial cara guna Systeme.io dan nak share pengalaman sendiri guna email marketing & email funnel.
Tapi khas untuk mereka yang daftar Systeme.io ni atas link affiliate saya.
Link affiliate : https://farabi.my/systeme
Dan sebenarnya akses ini berbayar tapi buat masa ini saya buka percuma lagi.
Walaupun anda guna pakej percuma dan saya masih tak dapat lagi komisen saya melalui anda, it’s okay sebab i’m playing long game. Kalau anda boleh buat duit dengan pakej free sampailah perlu upgrade, then barulah saya dapat hasil komisen gitu. Yang penting, anda dapat ilmu cara nak buat duit dengan email marketing.
Cara nak join :
- Pergi sini dan isikan info : https://vennea.systeme.io/freeplatform
Link ini anda boleh guna salah satu template dari Systeme.io. Ini saya guna subdomain sahaja, kalau anda dah beli custom domain, nanti namanya atas nama domain anda. - Nanti anda akan dapat akses group whatsapp pertama. Baca pinned post situ untuk arahan seterusnya.
Jumpa anda dalam newsletter seterusnya.
-Al-Farabi Shariff