
Jika anda seorang founder bisnes, anda mesti faham situasi ni :
Kerja siang malam, sampai weekend pun tak sempat nak berehat.
Tapi peliknya, walaupun usaha dah maksimum, sales masih juga tak mampu lepas angka RM100k sebulan.
Team dah ada, ads dah jalan, content dah mantap, produk memang bagus, tapi apa sebenarnya masalah yang buatkan bisnes anda stuck?
Percayalah, anda bukan seorang saja yang mengalami situasi ni.
Dulu saya pun alami perkara yang sama. Kerja keras siang malam, masa dengan family terabai, spend banyak masa dan tenaga tapi sales tetap stagnant, tak boleh pecahkan barrier RM100k sebulan.
Tapi, alhamdulillah, setelah melalui pelbagai pengalaman, akhirnya saya berjaya break that barrier dan bina bisnes ke value 7 angka.
Dalam perjalanan itu, saya discover beberapa faktor yang sering membuatkan founder bisnes stuck dan tak mampu berkembang lebih jauh.
Jika anda prefer dalam bentuk video dan audio, boleh tonton di sini :
https://youtu.be/LBXXdxNMlGM?si=Zadq6ujdC9imR9Ey
Siapa saya?
Kamu nanya?
In case, kalau anda tak kenal saya, salam perkenalan.
Nama saya Al-Farabi Shariff. Panggil saya Farabi.
Saya pernah bina 7-figure Digital Marketing Agency di mana kami telah menguruskan lebih daripada RM25+ juta dalam kempen marketing untuk ratusan klien.
Dan alhamdulillah ada yang kami bantu capai angka 5, 6, dan 7 angka sebulan.
Dengan pengalaman ini 10 tahun dalam marketing & bisnes, izinkan saya berkongsi insight selepas menganalisa & observe data pelbagai jenis bisnes.
Jom saya explain dengan jelas supaya anda boleh kenal pasti puncanya dan atasi segera.
3 Sebab Utama Bisnes Stuck Bawah RM100k Sebulan
Ada 3 sebab utama kenapa ramai bisnes stuck di bawah RM100k sebulan walaupun dah bertahun-tahun usaha keras:
1. Founder Terlalu Sibuk Dengan Kerja Level Bawah, Hingga Abaikan Growth
Ramai founder atau CEO terperangkap dengan urusan harian seperti layan customer service, balas WhatsApp, uruskan content sendiri, dan pelbagai kerja teknikal yang sebenarnya boleh delegate.
Kerja-kerja ini penting pada peringkat awal, tapi jika anda ingin scale bisnes ke tahap yang lebih besar, anda mesti let go tugas-tugas kecil ini dan fokus pada perkara-perkara yang lebih strategik,
seperti bina networking, develop strategi pemasaran lebih advanced, atau perbaiki sales funnel anda.
Selagi anda sibuk dengan semua benda kecil, growth bisnes akan sentiasa lambat dan stagnant.
2. Marketing Ada, Tapi Strategi Lemah & Tak Jelas
Kebanyakan bisnes memang buat marketing.
Tapi masalahnya, mereka buat secara random atau “campak-campak” sahaja. Hari ini buat cara lain, esok dah tukar strategi lain.
Ads spend tinggi tapi tak konsisten, content posting pula ikut mood sahaja.
Bila marketing anda tidak jelas dan tidak sistematik, sales anda juga akan jadi unpredictable.
Tak ada struktur jelas untuk Evergreen Campaign atau Seasonal Campaign, dan akhirnya ini menjadi punca utama kenapa sales tak mampu berkembang secara konsisten.
Saya ada kupas dengan detail tentang 4 Layers of Marketing Campaign di sini :
3. Team Ramai Tapi Tak Ada Struktur & Sistem Yang Jelas
Sama ada anda belum ada team lagi, sebabkan trust issue.
Atau dah ada team tapi tetap ada trust issue.
Takut tak sama dengan air tangan anda.
Even kalau team dah besar pun, tanpa sistem yang jelas, team anda jadi seperti banyak kereta di jalan raya tanpa traffic light yang betul, akhirnya jammed teruk kan?
Kerja menjadi redundant, banyak pembaziran masa, tenaga dan duit. Sales tak berkembang tapi gaji tetap kena bayar setiap bulan. Team anda jadi tidak efektif kerana mereka sendiri keliru tentang peranan masing-masing.
Sebab itu lah kena bina sistem, apa proses yang anda buat tu, cuba layout kan satu per satu.
Then train team follow setiap step under pantauan anda sebelum dilepaskan secara berfasa.
Nak Grow Ke Level RM100k ke Atas, Perlukan Lebih Struktur & Sistem Yang Jelas
Bukan sahaja operation marketing, sales dan team, tetapi yang lagi penting anda sendiri sebagai Founder yang lead the company, kena lebih berstruktur dan bersistem.
Founder sendiri kena jelas apa Roadmap Bisnes yang nak bawa ke depan.
Tak perlu bincang dan kisah 5-10 tahun ke depan.
Jauh sangat, belum sesuai dan praktikal lagi jika belum capai RM100k.
3-6 bulan ke depan tak jelas pun boleh merudum bisnes.
Asyik fokus month-to-month basis.
Fokus short term goals 3-6 bulan ke depan, then long term goals 3 tahun ke depan.
Then reverse engineering on how to get that.
Kalau anda nak capai sales RM100k ke atas setiap bulan secara konsisten,
anda perlukan framework yang jelas, strategi yang terbukti berkesan,
serta sistem yang boleh predict growth bisnes anda secara teratur dan stabil.
Kalau anda rasa situasi di atas ni memang menggambarkan bisnes anda sekarang, jangan risau.
Benda ni sangat biasa berlaku, dan saya sendiri pernah melaluinya sebelum berjaya bawa bisnes ke 6 dan 7 angka.
Sebab tu sekarang saya sangat passionate untuk bantu usahawan lain capai angka RM100k hingga RM300k sebulan secara konsisten.
Tapi, untuk mencapai perkara ini, anda mesti faham, ada caranya, ada frameworknya.
Setiap bisnes tak sama, ada perkara yang boleh generalized, dan ada juga yang perlu customized mengikut nature bisnes anda.
Kalau anda setakat belajar secara umum melalui kelas atau courses biasa, memang anda boleh dapat ilmu, tapi mungkin anda akan terlepas banyak bahagian penting yang perlu integrate terus dengan bisnes anda.
Nak Saya Bantu Anda Secara Personalized Dengan Fasa Bisnes Anda Sekarang?

Jika anda betul serius nak bina bisnes sampai level 6 & 7 angka,
good news,
saya ada buat satu coaching program eksklusif iaitu Marketing To Millions Club (M2M Club).
M2M Club ialah sebuah program khas untuk entrepreneur yang serious nak scale bisnes ke 6 dan 7 angka dengan bimbingan secara direct serta execution plan yang jelas dan sistematik.
Targetnya dengan M2M Club, anda boleh scale bisnes tanpa perlu korbankan masa kerja anda 24/7 tapi hasil masih tak setimpal.
Dalam M2M Club, saya sendiri akan guide anda secara direct,
tunjuk step-by-step framework yang dah bantu ramai bisnes break angka 6 hingga 7 angka secara konsisten dengan struktur jelas,
marketing yang kukuh, dan sistem yang terbukti berkesan.
Yang paling penting, anda tak akan rasa lost sebab anda ada direct feedback dan bimbingan secara personal daripada saya.
Bila stuck, ada orang boleh guide terus supaya anda cepat move forward.
Jangan lagi struggle seorang diri. Kalau anda serious nak capai angka RM100k sebulan atau lebih dengan strategi yang jelas dan bimbingan langsung daripada saya, jom join M2M Club sekarang.
Anda boleh apply sekarang melalui link ini.
Jumpa anda dalam M2M Club nanti!