
Ini topik ke-3 saya kupas berkenaan Email Marketing.
Tapi kali ni lagi special.
Kenapa?
Saya yakin anda makin tak sabar-sabar nak guna Email Marketing bila dapat tahu tentang STATISTIK yang MINDBLOWN ni.
Actually banyak statistiknya, anda boleh google je.
Tapi saya nak fokus beberapa statistik yang bagi saya penting untuk kita analisa,
sebab, kalau kita lambat bertindak, kita akan sangat-sangat rugi!
Lagi Prefer Versi Video? Lebih details saya explain.
Jika anda lagi prefer mendengar dan menonton, saya juga ada buat video dan post di Youtube.
Jangan lupa like, komen & subsribe, set All Notification okay?
Link di sini : https://youtu.be/5h8jX83C8Zg
Statistik Email Marketing Dulu (Tahun 2015)
Saya mula dengan 1 statistik lama punya.
Saya guna graph ni untuk yakinkan orang guna email marketing pada tahun 2015.

Dekat sini anda boleh lihat effectiveness email marketing berbanding marketing method yang lain seperti social media marketing sangat-sangat jauh beza.
Dan ini data pada tahun 2015.
Statistik Email Marketing Terkini (Tahun 2024)
First, saya ambil ni dari blog Hubspot.

Saya nak highlight :
- 77% marketer melihat engagement email meningkat pada sejak 12 bulan yang lalu.
Dan data ini ialah data pada tahun 2024.
Kenapa Engagement Email Semakin Meningkat?
Kenapa engagement email semakin meningkat?
Dan kenapa email marketing is dead itu tak betul?
Saya ada satu fakta menarik yang saya akan kongsikan dalam blog kali ini.
Teruskan bacaan sampai section bawah, anda akan terkejut kenapa.
Email marketing revenue worldwide from 2020 to 2027 (forecast).

Means sales dan pembelian yang dibuat dari penghantaran emel kepada audiens kita.
Revenue yang dapat daripada email makin meningkat tahun, makin meningkat.
Dan forecasting tahun 2025-2027 juga akan terus meningkat.
Email Marketing Makin Mengganas?
Okay ini saya ambil dari blog Optin Monster.
1. 52% consumer beli terus daripada email pada tahun 2023
2. 18% companies dapat ROI 70 kali ganda daripada nilai yang dibelanjakan (Dapat $70 dari $1 spent)
3. Email outperformed banner ads dengan sms marketing by 108% in 2023
4. Email also outperformed social media posting by 13% and social media ads by 11%
Return of Invesment (ROI) yang sangat TINGGI!
Ini data daripada blog Litmus.

Email ROI terus meningkat untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk email marketing akan mendapat pulangan sehingga RM36.
Kalau dipecahkan kepada industri pula :
Setiap $1 kita invest dalam Email Marketing, boleh dapat $32-45 Revenue

– Media, publishing events, sports & entertainment ada yang mendapat pulangan sehingga 32:1
– Software & technology mendapat pulangan sehingga 36:1
– Marketing, PR & advertising agency mendapat pulangan sebanyak 42:1
– Retail, e-commerce & consumer goods mendapat pulangan sehingga 45:1
45:1 means, kalau invest $1, sales $45 dari Email Marketing.
Ada yang sampai dapat $72 Return dari $1 Spent.
Dan ini punya statistik daripada Backlinko yang saya ambil pun sama,

Okay, let say lah saya tukar simbol $ kepada RM. (tanpa convert nilai USD)
On average, email memberikan ROI dalam range RM32-RM45 pada setiap RM1 yang kita belanjakan.
Ada yang sampai RM72.
Ada juga pada setiap seorang subscriber memberikan pulangan sebanyak RM6.86 setahun.
Kalau ada 10k subscribers?
30k? 50k? 100k+?
Sebab tu pentingnya simpan database leads/prospek dan pembeli.
Secara kesimpulan, statistik menunjukkan revenue/sales yang brand dapat dari email marketing daripada dulu sehingga sekarang, pulangan yang mereka dapat sangat-sangat berbaloi.
Walaupun Statistik Ni Nampak Hebat, Bukan Itu Saya Nak Highlight
Ada lagi 1 statistik “hidden” yang mindblown.
Saya tergamam sebentar bila terjumpa statistik dari blog Campaign Monitor.
Iaitu tentang Gen Z atau Generation Z.
Siapa Gen Z? Gen Y? Gen X?
Senang kata Gen Z ialah mereka yang lahir dari 1995-2009.
Kalau ikut tahun 2024 ni, roughly umur mereka 15-29.
Anda pula Gen apa?


Apa yang saya ingin highlightkan ialah Gen Z.
Mereka lahir waktu internet sudah ada.
Gen Alpha pula lahir waktu smartphone + internet sudah ada.
Kita serba tahu, Gen Z sekarang memang lebih banyak “berkepit” dengan smarphone.
Betul Ke Gen Z Makin Teruk & Malas?
Ramai Gen X dan Gen Y geleng kepala tengok Gen Z. Ada yang kata mereka makin teruk dan malas.
Tapi pada saya, kita kena lihat dari sudut berbeza, tak memadai hanya kecapi rasa selesa, maukan harta yang mampu beli satu semesta.
Eh silap, tu lagu hehe.
Asyik baca statistik je kot la bosan ngantuk, saja nak selit lawak hambar sikit. 😛
Okay serius balik.
Gen Z lahir waktu internet sudah ada.
Dan Late Gen Z internet + smartphone sudah ada.
Gen Alpha pula lahir waktu smartphone + internet sudah ada.
Suasana sekeliling mereka dibesarkan berbeza.
Cara kita menilai dan processing issue pun berbeza.
“Didiklah anakmu mengikut zamannya, kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zaman ibu bapanya”. – Saidina Umar Al-Khatab
Gen Z bakal menggantikan Customer Gen X dan Gen Y
Kita tolak tepi jap tentang isu itu ini.
Kita nak fokus tentang duit.
Sebab kita buat business,
kita nak tahu dimana duit itu flow,
dimana duit berjalan disitu kita kena pergi.
Kita nak buat business ni long-term dan jika pelanggan anda ramai Gen X, end-up masa mereka bakal habis.
Kuasa membeli makin kurang, anak mereka Gen Y dan Gen Z tolong belikan.
Jika pelanggan anda ramai Gen Y, (tahun 2024 umur 30-44), makin lama Gen Z akan membesar dan makin ada duit.
kerana dunia mereka yang bergelumang dengan email. (baca = smartphone)
Gen Z is BETTER MARKETER dari average Marketer Gen Y.
Ada yang mengatakan Gen Z attention span mereka rendah 8 saat sahaja berbanding Gen Y 12 saat.
Tetapi sebenarnya mereka ada filter yang berbeza melihat dari kaca mata yang berbeza.
Dan saya tak boleh nafikan, Gen Z sangat-sangat mahir tentang marketing daripada average Marketing Executive sendiri.
They are better at getting ATTENTION. Attention is the new currency.
Kerana mereka lahir dalam dunia TikTok mereka tahu cara untuk get attention atau cara buatkan video untuk orang nak tonton.
Tetapi kita Gen Y atau X baru cuba memahami daripada luar tentang dunia social media,
dan jujurlah dan akuilah kita kena banyak melihat kepada Gen Z sebenarnya tentang cara mereka berfikir
atau macam mana nak attract attention dengan video mereka yang lebih authentic.
Mungkin sekarang mereka belum lagi berduit tetapi tidak 5 ke 10 tahun akan datang.
Statistik : Gen Z & Email Marketing
Okay kembali kepada statistik.

Gen Z lebih banyak menggunakan email di smartphone berbanding Gen lain.
23% pengguna (tak kisah Gen apa) akan buka juga emel tu di desktop.
Berapa Kerap Gen Z check email?

Berapa Emel Gen Z dapat setiap hari?
KURANG COMPETITION!

Boleh kata dalam 67% Gen Z terima 20 emel dan kurang dari tu.
37.4% dapat 1-5 emel je setiap hari.
Inilah yang saya katakan mindblown, sebab KURANG COMPETITION.
Masih blue ocean.
Lebih mudah mesej kita masuk di smartphone yang mereka kerap cek dalam sehari.
Kita rasa email marketing is dead sebab kita dapat lebih 20 emel sehari, subscribe itu ini.
Memanglah dapat emel melambak dan tak rasa nak buka.
Tapi masih ada BRAND EXPOSURE di emel, walaupun tak buka.
Kalau customer segment anda sekarang ialah Gen Z, sangat-sangatlah rugi kalau anda tidak menggunakan email marketing untuk masuk dalam phone mereka.
Berapa Kerap Gen Z Prefer Untuk Dapat Emel Dari Brands?

Saya geleng kepala tengok ni. Punyalah saya takut nak emel banyak kali dalam seminggu.
Sekarang ni seminggu sekali je.
Tapi boleh pula Gen Z nak dapat emel setiap hari dari brand yang mereka kenal dan suka.
Ada yang nak beberapa kali seminggu.
Yes, kalau saya ambil safe side, 2-3x seminggu maybe just nice.
Paling kurang seminggu sekali.
Berapa Kali Gen Z Beli Barang Dari Email Bulan Lepas?

Ini yang direct dari emel tau. Means mereka dapat emel, klik link terus beli.
Majoriti 28.5% kata 2-5 kali beli barang bulan lepas.
That’s wow.
Bayangkan, kalaulah setiap bulan anda boleh selitkan brand anda untuk menjadi pilihan untuk mereka beli setiap bulan. Kan?
Ya mungkin statistik ni daripada luar negara tetapi percayalah, behaviornya Gen Z sama sahaja di Malaysia.
Mungkin perkembangan teknologi tidak sepesat luar negara.
Namun ikut pengalaman saya, apa-apa trend teknologi/marketing luar negara, kurang dari 3-6 bulan akan mula tiba di Malaysia.
Jadi kita ready sahaja.
Berapa Banyak Pula Gen Z Beli dari Media Sosial Bulan Lepas?

Mostly kita ialah peniaga yang gunakan media sosial untuk berniaga kan.
Statistik Gen Z ialah seperti di atas.
62% Gen Z beli 1-5 barang 30 hari yang lepas.
Bayangkan, kita pasang pula Email Marketing sebagai enhancer dan booster untuk kempen marketing sedia ada kita.
Saya ada kupas ni dalam newsletter saya yang lepas.
Gen Z Prefer Channel Mana Untuk Engage Dengan Brand Kita?

Bagi saya, statistik ni pun mindblown.
Platform media sosial di tempat pertama. Ini memang kita sedia tahu.
Tapi tempat kedua, ialah EMAIL!
Tahukah anda, saya juga pernah baca statistik, customer kita perlu ada minimum 4 platform berbeza untuk mereka lihat brand kita, sebelum decide untuk beli dari kita.
So jika memang anda sekarang all-out untuk beberapa media sosial,
apalah sangat nak tambah emel sebagai salah satu platform yang membantu lagi kan?
Apa Yang Membuatkan Gen Z Cenderung Untuk Buka Email?

Saya takleh brain statistik ni. Ikut niche la juga kan.
Punyalah kita berjaga takut nak bagi emel promo & hardsell, sebab takut nampak desperate, spammy, dan subscriber kita tak suka.
Pengalaman saya sendiri dengan Gen X dan Gen Y, hard-sell hanya sebulan sekali sahaja.
Sekali, 68% Gen Z ni pula prefer nak buka emel sebab ada sales atau offer.
Mungkin sebab mereka nakkan diskaun dan jimat. Macam tiktok, produk bawah RM50 laju je.
So apa lagi geng, taknak send emel promo lagi kat Gen Z ni?
Content Bagaimana Gen Z suka dapat?

Haha, saya tak habis frust lagi dengan statistik sebelum ni, tengok statistik ni terus saya murung.
82.3% suka kan content yang inform tentang promos dan special discounts!
Last Statistic : Berapa Newsletter Gen Z susbcribe?

Okay ni last.
Majoriti dari Gen Z, 39% hanya susbcribe 1-5 Newsletter sahaja!
Sangat-sangat low competition.
Tak perlu nak lawan berpuluh competitors di FYP dan Ads.
Bayangkan, brand anda ialah salah satu brand yang mereka sentiasa lihat di smartphone mereka disebabkan anda blast emel.
Setiap hari, setiap minggu nampak brand anda.
Terpahat brand anda dalam otak mereka.
Di media sosial pun dapat konten, di emel pun dapat.
Nak harapkan video organic anda masuk FYP untuk mereka tengok?
Susah, bergantung kepada algorithm.
Nak harapkan duit berbayar untuk push mesej bagi mereka tengok?
Susah, bergantung kepada duit dan kreativiti.
Tapi dengan emel, craft ayat dan tekan butang send.
Masuk terus mesej ke smartphone notification mereka.
(kalau masuk tab promo tu adalah teknik nak kurangkan, supaya masuk Primary Inbox tab)
So Apa Alasan Lagi Tak Mula Lagi Email Marketing?
Saya rasa dah cukup solid dah reason why anda kena mula Email Marketing sekarang jika belum.
Kalau dah guna emel, lets upgrade skill dan gameplay Email Marketing.
Bayangkan statistik yang saya bagi tu dari luar negara di mana player email marketing ramai untuk brand mereka.
Di Malaysia?
Percayalah cakap saya.
Sangat-sangat lah kurang.
Gen Z Bakal Jadi Game Changer Untuk Bisnes Kita
Sebab itu saya katakan, Gen Z will be game changer kerana kita ingin membuat business secara long-term, jadi nak tak nak mereka akan take over, satu hari nanti.
This is not about who, but when.
Aliran duit akan beralih kepada mereka dan mereka adalah potential buyer untuk product & service kita.
Tetapi, untuk kita gah kan kita punya brand daripada sekarang.
Rasanya saya tak perlu bawa contoh brand Milo yang buat marketing dari kita bangku sekolah sampailah dah ada anak berderet.
Begitu juga dengan Colgate, sponsor dan ajar cara gosok gigi dengan Colgate, dekat tepi longkang.

Sekarang ni di taska, di sekolah rendah, ialah Gen Alpha.
Kalau brand kita masih kecil dan belum ready lagi nak approach mereka seperti mana brand besar buat, then takpe, kita fokus dulu Gen Z.
Kesimpulan : Take Action Now
Jadi jika anda tidak mulakan, anda akan rugi.
Anda mungkin nak buat tapi tak tau bagaimana.
Bagaimana secara teknikal, dan bagaimana secara strategical.
Jangan risau, saya ada buat group khas berkongsi tentang cara menggunakan platform Systeme.io untuk email marketing.

Buat masa sekarang, group tersebut saya buat percuma sahaja.
Mungkin berbayar nanti.
Jadi bergantung anda baca ni bila.
Kalau berbayar pun, alah, trust me, worth every penny.
Namun group ni asalnya saya nak fokus kepada tutorial dan teknikal cara utilize platform Email Marketing Systeme.
Ada juga saya share tips saya tulis emel bagaimana.
Namun sebab group ini open for discussion dan Q&A, we can keep a good healthy discussion in the group.
Saya boleh kongsikan pengalaman saya sendiri craft ayat emel dan share bagaimana nak design profitable email marketing campaign.
Jadi jika nak join, dapatkan info di sini :
https://vennea.systeme.io/freeplatform
Lagi Prefer Versi Video? Lebih details saya explain.
Jika anda lagi prefer mendengar dan menonton, saya juga ada buat video dan post di Youtube.
Jangan lupa like, komen & subsribe, set All Notification okay?
Link di sini : https://youtu.be/5h8jX83C8Zg