Belum jadi Subscriber?

Jom join lebih 3k+ subscribers “The Farabi Letter”. Saya kongsikan setiap hari Rabu, 1 proven actionable strategy, framework & system untuk bisnes & marketing,

and be prepared to be mind-blown while exploring insightful perspectives on marketing and business. 

Jangan risau, data anda selamat. Saya takkan SPAM. Never. Ever.

Mula Bina Sistem Dalam Company Untuk Upgrade Bisnes Ke Top Tier 7-Figure Business


Bisnes dah jalan bertahun-tahun, tapi sales masih di tahap sama?

Dah buat pelbagai marketing, tukar macam-macam strategi, tapi masih belum capai angka 7-8 figure yang diimpikan?

Ramai founder fikir cara terbaik untuk scale bisnes ialah dengan buat lebih banyak marketing atau spend lebih besar pada ads.

Tapi realitinya, marketing tanpa sistem yang kukuh ibarat isi air dalam baldi bocor,

masuk banyak, keluar pun banyak, hasil tetap kurang.

Inilah masalah sebenar ramai bisnes owner: sibuk mengejar growth tapi terlepas pandang pentingnya sistem yang jelas dalam syarikat.

Bayangkan bisnes anda sebagai sebuah mesin.

Mesin yang efisien dan stabil boleh jalan sendiri, tanpa perlu anda sentiasa berada di situ untuk kawal setiap pergerakan.

Inilah kuasa sistem dalam syarikat anda.

Dengan sistem yang teratur, anda boleh jimatkan masa, tenaga, dan wang, sekaligus memudahkan bisnes anda scale secara konsisten ke tahap 7 figure dan lebih lagi.

Orang bisnes berangan macam kayangan.

Semua memerlukan sistem untuk merealisasikan angan angan itu.

Setiap bisnes ada goal, mision and vision, tetapi kenapa sampai sekarang kita tak boleh achieve goal tersebut?

Masing masing ada mindset berbeza dengan cara yang berbeza.

Sistem antara benda yang membuatkan banyak company jatuh, termasuklah company saya sendiri.

We dont rise to the level of our goal, but we fall at level of our system. – James Clear, Atomic Habit

Sistem ni memainkan peranan yang sangat penting apatah lagi utk level 6- figure, 7 figure, even nak masuk ke level 8 figure.

Jadi ada banyak definisi sistem, lain orang lain faham tentang maksud “sistem”.

Untuk faham lebih lanjut, selain teks di bawah, saya rasa lebih bagus jika anda terus mendengar kupasan dalam bentuk audio/video di channel Youtube saya.

Link youtube : https://youtu.be/zrCcWXq6Lyo

Apa Itu Sistem Dalam Bisnes?

Sistem ni sebenarnya satu proses yang menghubungkan input, proses dan output.

1. Input

Input adalah segala macam yang kita masukkan ke dalam sistem bisnes kita. Contohnya, dalam marketing, input boleh jadi research customer avatar, content marketing, ads, pricing dan offer. Input ni kena tepat dan berkualiti supaya proses seterusnya berjalan lancar.

2. Proses

Proses pula adalah cara kita handle input tadi untuk hasilkan sesuatu. Contohnya, strategi marketing, funnel sales, follow up, customer service dan sebagainya. Proses ni kena jelas dan mudah diikuti oleh team supaya output yang diharapkan dapat dicapai.

3. Output

Output adalah hasil daripada proses yang kita buat. Contohnya leads yang masuk, sales yang berjaya, appointment yang dibuat. Output ni juga boleh jadi kualiti servis, kepuasan pelanggan dan sebagainya.

4. Feedback Loop

Feedback loop adalah data dan maklum balas yang kita dapat dari output. Contohnya data cost per lead, conversion rate, customer feedback, dan lain-lain. Dengan feedback loop, kita boleh perbaiki input dan proses supaya sistem jadi lebih baik.

5. External Environment (Persekitaran Luaran)

Selain dari input, proses, output dan feedback, kita juga kena ambil kira faktor luar yang kita tak boleh kawal macam market trends, ekonomi, persaingan dan perubahan teknologi. Kita kena sentiasa adapt dengan perubahan ni supaya bisnes kita relevan.

Macam mesin, kalau input tak betul, output pun tak akan jadi.

Contoh untuk Sistem dalam Sales.

Input itu boleh jadi bila prospek mula WhatsApp kita.

Then proses ialah proses closing tersebut.

Output yang kita nak ialah untuk dia booking appointment, atau beli produk.

Tapi jangan lupa, dalam sistem ada satu komponen penting yang selalu orang lupam, iaitu feedback loop.

Feedback loop ni adalah data dan maklum balas yang kita dapat dari output tadi.

Dengan data ni, kita boleh perbaiki input dan proses supaya sistem kita semakin power.

Contoh kenapa rendah sangat % conversion rate, atau tak ramai yang booking.

Oh cek balik proses, rasa ini patut improve, itu kena buat macam ini.

Then masuk balik untuk next Input.

Means next Leads, kita akan buat cara baru yang lebih baik dari sebelum ni.

Kalau tak kita macam rat race.

Kita langgar dinding berulang kali tanpa tahu kenapa.

Jadi feedback loop ni penting untuk kita optimize dan buat keputusan berdasarkan fakta, bukan main rasa.

Kenapa Sistem Penting Untuk Upgrade Bisnes Anda?

Kita kembali kepada quote sebelum ni oleh Abang James Clear :

We dont rise to the level of our goal, but we fall at level of our system. – James Clear, Atomic Habit

Maksudnya, walaupun kita ada impian besar dan target tinggi,

kalau sistem kita tak kuat, susah nak capai impian tu.

Sistem yang lemah buat kita stuck, walaupun dah berusaha keras.

Kalau nak naik dari 6 figure ke7 figure, atau dari 7 figure ke 8 figure, sistem adalah kunci.

Anda boleh buat marketing, hire team, buat content banyak-banyak, tapi kalau sistem tak ada, bisnes tetap tak berkembang.

ATAU

Sales anda boleh je melonjak kaw-kaw sampai 8 figure setahun.

Tapi percayalah, dia akan jatuh balik.

Jatuh sampai level mana?

Sampai to the level of your system.

Kalau sistem kita tak banyak, sikit, rendah, lagi teruk kita jatuh.

Kalau ada sistem yang okay, dia akan jatuh kat mana functionnya sistem kita tu.

Dan take note,

sistem tu bukan benda yang kita buat sekali dan tinggal.

Ia adalah proses berterusan yang kita kena jaga, perbaiki dan upgrade, bila perlu.

Pembina Sistem & Sistem Bisnes : Kembar Yang Tak Boleh Dipisahkan

Mana lagi penting?

Sistem ke atau Pembina Sistem (you) lagi penting?

Sistem bisnes hebat macam mana pun, tapi kalau kita pembina, pemantau dan penjalan sistem -> TIDAK BERSISTEM, pun tak jadi juga.

Sebab kita lah engine utama bisnes kita.

Kalau kita sendiri tak bersistem, susah nak harapkan team buat kerja dengan betul.

Jadi mindset yang saya nak tekankan adalah mindset yang fokus pada proses, disiplin, dan konsistensi dalam bina sistem bisnes.

Bukan hanya goal, tapi juga cara kita nak capai goal tu secara sistematik.

Prioriti Utama Founder: Health, Wealth & Relationship

Dalam M2M Club (my inner circle), saya juga tekankan tiga aspek utama yang founder kena jaga supaya boleh operate bisnes dengan optimum:

  • Health (Kesihatan): Tidur cukup, makan makanan berkhasiat, dan bersenam. Ini input penting supaya otak dan badan kita boleh perform dengan baik.

  • Wealth (Kekayaan): Bisnes yang menguntungkan, pelaburan, infak dan zakat. Ini output dan juga input untuk upgrade diri dan bisnes.

  • Relationship (Hubungan): Hubungan dengan Allah, keluarga, team dan komuniti. Ini penting untuk keseimbangan hidup dan sokongan emosi.

Ketiga-tiga aspek ni saling berkaitan dan memerlukan perhatian yang seimbang.

Kalau kita abaikan salah satu, bisnes dan hidup kita akan terjejas.

Saya sarankan anda tonton versi video, lebih mendalam kupasan saya untuk connectkan triangle ni:

Link youtube : https://youtu.be/zrCcWXq6Lyo

Tips Penting Untuk Jaga Sistem Diri & Bisnes

  • Prioritise masa dan tenaga -> Kena pandai cakap no pada perkara yang tak penting supaya fokus pada kerja utama.

  • Jaga mental space -> Elakkan overload dengan berita negatif atau benda yang buat otak serabut.

  • Sentiasa kumpul dan analisa data -> Data adalah kunci untuk improve sistem.

  • Jangan takut untuk minta bantuan -> Ada coach, mentor atau team yang boleh bantu anda buat keputusan lebih baik.

  • Terus belajar dan upgrade ilmu -> Bisnes dan market sentiasa berubah, kita kena adapt.

SISTEMKAN DIRI KITA DULU, BARU SISTEMKAN BISNES

Walaupun tajuk newsletter kali ni ialah Mula Bina Sistem Dalam Company Untuk Upgrade Bisnes Ke Top Tier 7-Figure Business,

saya nak fokuskan kepada sistem individu, sistem Founder Business itu sendiri dulu.

Then selepas ini baru kita masuk ke sistem bisnes.

Cuma part tajuk dalam sistem bisnes, maaf saya tak dapat bagi klip video penuh sesi Group Coaching M2M Club yang saya buat tu, untuk berlaku adil kepada mereka yang dah bayar sesi tu.

But don’t worry, ada berita baik.

JEMPUT JOIN ONLINE WORKSHOP : SISTEMKAN MARKETING

Saya ada buat Online Workshop : Sistemkan Marketing.

Di sini saya akan kupas lebih dalam tentang cara kita nak sistemkan marketing.

Kenapa Marketing?

First, saya orang Marketing. Jadi better cakap topik in my area of expertise.

Second, Marketing ialah jantung & nadi utama setiap bisnes.

Ramai orang belajar strategi dan taktik marketing, sampai sales berjuta-juta.

Namun sayang jika tidak di-sistemkan.

Nak tahu rahsia bagaimana anda boleh naikkan lagi potensi profitability, dan mencapai maqam Peace of Mind bila Marketing anda mula bersistem?

Jom join Workshop : Sistemkan Marketing di sini :

https://www.venneauniversity.com/workshop

Bila anda dah ready, ada 3 cara saya boleh bantu anda :

1. Marketing And Funnel Strategies (MAFS Masterclass) : Satu-satunya course yang share semua dan sedalam-dalamnya knowledge saya tentang Strategi Marketing Untuk “Win The Game” Dalam Bisnes. Juga panduan bina Marketing Funnel, Marketing Plan & Kempen Selama Setahun. Lifetime access, lifetime update.

2. Video Panduan : Susun Kempen Marketing 1 Tahun (SKM1T) : Dengan hanya spend masa 2 jam video panduan ni, anda dah boleh susun kempen 12 bulan dalam 1 hari. Dah tak buat kempen marketing adhoc last minute, sebab semua dah tersusun cantik, siap 1-3 bulan sebelum tarikh kempen.

Gunakan kupon : OFFRM30 jika anda serius take action sekarang.

3. Dapatkan Personalized Coaching 1-on-1 dengan saya. Bina Roadmap & Execution Plan untuk capai Top Tier 6 & 7 Figures : Jika nak saya personally bantu grow & scale bisnes anda ke 6 & 7 angka, saya nak jemput anda untuk join Marketing To Millions Club (M2M Club).

Dalam M2M Club, saya sendiri akan bantu bina Roadmap to 6 & 7 Figures, dan bina execution plan yang bersesuaian dengan fasa bisnes anda sekarang.

Kini anda dah tak stuck sorang-sorang lagi walaupun dah bisnes bertahun & masih di level yang sama.