
Kalau bisnes anda sales-nya stuck atau anda tak tau marketing apa nak kena buat,
sebab overwhelming dan confusing,
anda kena hadam content saya kali ni, untuk un-stuck-kan bisnes anda.
Baru anda boleh scale dan grow.
Saya nak mudahkan semudah-mudahnya untuk anda faham yang marketing ini mudah.
Walaupun marketing ada pelbagai jenis dan terlalu banyak, saya kategorikan kepada 4 kategori besar sahaja.
Dan bukannya kita boleh buat semua sekaligus.
Kena berfasa, kena ikut level kapasiti masing-masing.
Jadi saya letakkan tajuk topik ni : 4 Layers of Marketing Campaigns.

Layers mean ada Layer 1 – 2 – 3 – 4.
Sepatutnya setel dulu Layer 1, baru go for 2 – 3 -4.
Berfasa-fasa. Step by step.
Gitchew.
Kalau anda pening nak buat marketing ni,
macam mana sebab terlalu banyak sangat jenis-jenis marketing yang kita boleh buat,
jangan risau, teruskan bacaan.
Jika anda prefer dalam bentuk video/audio, saya suggest anda hadam content melalui video di channel youtube saya, sebab penyampaian yang lebih details.
Link youtube : https://youtu.be/IjEb096DwT4
Seperti yang kita tahu,
marketing ialah nadi dan jantung untuk bisnes,
kita tak boleh tak buat marketing even one day pun.
Tetapi, jika anda dah buat marketing,
sales masih stuck lagi,
maksudnya anda mungkin masih ketinggalan di layer nombor 1,
di mana 90% masih di layer 1,
macam mana kita nak jadi bold dan istimewa dari bisnes lain?
Masih ada layer 2, 3 dan 4 yang anda kena terokai.
Oleh itu tidak ada sebab untuk anda putus asa jika dah try macam-macam tapi tak menjadi.
Sebenarnya tak cukup explore lagi variasi marketing yang boleh dibuat.
So saya come out with this 4 layers of marketing campaign ini sendiri,
berdasarkan pengalaman saya sendiri menguruskan pelbagai jenis kempen-kempen marketing.
In case, kalau anda tak kenal saya, salam perkenalan.
Nama saya Al Farabi Shariff.
Saya pernah bina 7 figure marketing agency di mana kami menguruskan lebih RM25 juta kos marketing untuk uruskan kempen-kempen marketing yang pelbagai.
Dan antara top klien kami seperti Eskayvie, Ez Qurban dan Yayasan Budi Ihsan Malaysia.
Walaupun saya owner digital marketing agensi,
di mana secara utamanya kami memang run iklan berbayar seperti fb ads, google ads,tik tok ads, dan salespage/website,
tetapi saya sendiri tidak suka menganggap bahawa marketing ini hanya sekadar tekan-tekan ads sahaja.
Marketing ini terlalu luas.

Jika anda tengok di bulatan, ada layer 1, 2, 3, 4.
Lagi dalam , lagi besar potential marketing. tetapi of course kena ikut step by-step, secara berfasa.
Bukan boleh main terjah ke layer 4 terus.
Sebenarnya Topik 4 Layers of Marketing Campaign ini adalah satu part dalam sharing saya iaitu Cara Susun Kempen Marketing 1 tahun (The Ultimate Guide- Step by Step Framework).
Dalam content susun kempen marketing 1 tahun ni saya explain deep tentang Layer 2.
Content di page ini saya nak kupas 4 layers of marketing campaign dengan lebih dalam berserta contoh.
Anda boleh lihat dulu content susun kempen marketing 1 tahun ni atau habiskan content 4 layers of marketing campaign. Either way.
4 Layers of Marketing Campaign

Layer 1 – Evergreen Campaigns

Kempen Evergreen ialah kempen marketing yang wajib anda buat setiap hari, minggu, bulan, quarter dan tahun non-stop.
Ini level wajib buat. Kalau tak buat, bisnes anda bakal “mati”.
Disebabkan cashflow tiada.
Cadangan Top 5 Evergreen Campaigns:
- Paid Advertising (FB/IG Ads, Tiktok Ads, Google Ads) & Search Engine Marketing (SEM/SEO)
- Content marketing, organic content, social media posting, group posting (Free cost marketing)
- Broadcast (email/whatsapp/telegram) – Database Marketing
- Influencer marketing – reach pelbagai jenis influencer dari nano, mikro, makro hinggalah selebriti
- Online event tik tok live, boleh juga webinar, kelas online
Ini digital marketing acitivities yang paling asas anda kena buat.
Layer 2 – Seasonal Campaigns

Kempen-kempen promotional based berdasarkan hari-hari dalam setahun. Contoh:
- Holiday based (cuti sekolah, cuti semester)
- Festive season (Hari raya/Thaipusam/ Deepavali/Chinese New Year)
- Monthly Promotional Date (11.11/12.12, Year End Sale, New Year Sale)
- Celebration Date/Important (Hari Ibu/Hari Bapa, Konvo)
Untuk seasonal campaign, selalunya kita boleh berikan promosi terhad seperti :
diskaun, free gift, bonus.
Boleh jadi juga kita pilih tarikh tersebut untuk launch produk baru. Flavor baru, SKU baru.
Tak semestinya promotion sahaja, kita juga boleh juga buat wishing melalui media social posting, dan hantarkan kepada semua database kita, prospek & buyer.
Especially anda yang menjaga klien-klien, it’s all abount connection & relationship betul.
Send them wishes and greeting to tell them you remember them and they are important to you.
Layer 3 – Ride The Wave Campaigns (Trending, Trend Hijacking)

Kita buat posting di media sosial atau run ads apa-apa yang kita boleh tunggang isu viral.
Contoh macam Pak Mart Western, Mydin laju je diorang buat kerja bila ada isu viral.
Kempen macam ni kena time-sensitive, sebab benda viral 1-3 hari je, paling lama berminggu.
Kalau lambat terlepas.

Satu lagi isu, kena betul-betul berhati-hati sebab salah tunggang, salah trend hijack isu sensitif, akan backfire kita balik.
Selain itu juga, dengan follow trending di tikok seperti trending music, dance, sketsa juga boleh buatkan reach posting kita lebih meluas, dan kita being relevant to our own audience.
Kalau kita dapat konsisten buat ni, in a positive way and positive vibes, anda akan mendahului 90% competitors anda, untuk berada di minda audiens sentiasa.
This is brand strenghtening, creating raving fan.
Layer 4 – Brand Message Campaign

Kalau boleh buat ni, ni memang dapat elevate branding anda kaw-kaw.
Brand message ialah kita sampaikan mesej tentang mission company, apa core values yang anda nak sampaikan via produk/servis anda.
Ia boleh jadi juga, kita show case features & benefit produk kita (Unique Value Proposition)
Contoh mudah brand message ni ialah iklan komersial produk di TV, atau iklan raya dari Petronas, Shell, TNB, Saji dan lain-lain syarikat korporat buat untuk sampaikan branding message.
Kempen ni memang lebih mencabar, makan banyak masa dan modal yang tinggi, dan tiada quick Return of Investment.
Kalau video Brand Message ni kita run ads confirm tak untung.
Tapi bukan untuk sales.
Ianya untuk Brand Strengthening.
Brand awareness. Membuatkan anda menang bigger market share in a long term.
If only you play this card right, strategically.
Saya bawakan lagi 5 contoh, 2 contoh brand premium, 3 contoh brand yang marhaen yang anda bisnes kecil boleh follow.
Contoh Brand Message 1



Brand : Apple
Message : Privacy. That’s iPhone.
Ulasan :
- Apple ketengahkan 1 dari pelbagai feature yang dia ada, iaitu Privacy.
- Siap pasang billboard di banyak negara termasuk Malaysia,
buat pelbagai jenis video marketing dan run ads awareness,
just untuk pasakkan kat otak manusia,
yang Apple sangat menitikberatkan privacy pengguna smartphone.
Contoh Brand Message 2



Brand : Always
Message : #LikeAGirl
Ulasan :
- Always ialah brand yang menjual pad wanita.
- Pad wanita ni fokus kepada remaja yang nak menginjak dewasa.
- Mereka lancarkan kempen #LikeAGirl untuk ubah persepsi orang yang anggap perempuan itu lemah.
- Jadi apa-apa sahaja yang lemah, orang akan cakap “Like A Girl”, “macam perempuan”, ianya berbentuk penghinaan kepada wanita tanpa sedar.
- Jadi brand Always nak ubah persepsi tersebut & target remaja yang nak ke arah puberty kerana merekalah golongan yang paling ada isu self esteem, confidence dan insecurity.
- Brand ini beraya membuatkan audiens untuk menyokong misi mereka, dalam masa yang sama elevate brand Always sebagai “women protector”.
Contoh Brand Message 3


Brand : Dove
Message : Real Beauty
Ulasan :
- Statistik menunjukkan hanya 2% sahaa wanita yang rasa diri mereka cantik.
- Semua iklan memaparkan model yang dah memang cantik, mereka tak rasa connected, sebab itu bukan diri mereka.
- Jadi Dove memberikan 1 definisi baru kepada “beauty”.
- Dia bawa pelbagai jenis wanita dari pelbagai umur, kaum, rupa, warna, bentuk badan dan nak tunjukkan semua boleh cantik dengan definisi sendiri.
Contoh Brand Message 4



Brand : Patagonia
Message : Don’t Buy This Jacket
Ulasan :
- Patagonia menjual jacket untuk outdoor dan aktiviti lasak seperti hiking dan sports.
- Pada tahun 2011, mereka keluarkan iklan di surat khabar utama di US, ketika Black Friday dengan mesej “Don’t Buy This Jacket”.
- Pada waktu 2011, surat khabar itu ialah mainstream media attention.
- Dan waktu Black Friday sinonim dengan semua brand buat sales kaw-kaw untuk tarik orang beli produk mereka.
- Tapi Patagonia the only brand yang beri mesej, jangan beli produk kami (Dont buy this jacket)
- Patagonia memberikan mesej agar waktu Black Friday ni jangan membeli barang yang tidak perlu sehingga barang tu terbuang.
- Patagonia berikan mesej yang mereka sangat menjaga enviroment, setiap penghasilan produk yang dibeli akan meninggalkan carbon footprint yang beri efek kepada environment.
- Jadi dengan membeli secara banyak barang yang tak perlu, dan kemudiannya membuang, akan efek environment.
- Patagonia sendiri hasilkan jaket mereka dengan bahan organik untuk support movement environmentalism.
Contoh Brand Message 5



Brand : Warby Parker
Message. : Buy A Pair, Give A Pair
Ulasan :
- Warby Parker ialah brand yang jual spek mata.
- Mereka buat kempen ” Buy a pair, give a pair”. Dimana mereka menceritakan tentang 1 bilion orang yang sangat memerlukan spek mata untuk kehidupan yang lebih baik namum mereka tak mampu nak dapatkannya.
- Mereka galakkan beli dengan mereka, dan mereka akan sampaikan spek mata tersebut kepada orang yang memerlukan melalui badan-badan khas yang mereka dah deal.
Kesimpulan – 5 Stages of Market Sophistication
Ini adalah contoh-contoh kempen-kempen yang bukan sahaja buatkan orang rasa nak join mission mereka, tetapi orang akan ada emotional attachment kepada anda punya brand sebab brand anda berbeza daripada yang lain.

Apabila saya buat kajian tentang Layer 4 – Brand Message ni saya teringat 5 Stages of Market Sophistication oleh Eugene Schhartz.
Yang berkaitan dengan Brand Message ni ialah Stage 5 di mana orang membeli bukan sekadar harga, USP, atau benefit produk anda.
Tetapi orang membeli disebabkan mereka “nak feel good about themselves”.
Mereka nak rasa mereka in the mission of joining something.
Joining your brand’s mission.

Menarik bukan?
Anda rasa anda boleh bina 1 company dan brand yang boleh menginspirasikan ramai orang untuk ikut perjuangan anda?
This will make you the Top 1% in the business space and top tier in your market share.
I truly believe you can do it, as long you never quit.
Keep on grinding.
See you on next newsletter.
Jangan lupa subscribe jika belum.