
Ok guys , saya nak tanyalah…
Anda pernah rasa penat buat marketing?
Buat banyak tapi tak nampak hasil jelas dan tak consistent. Kejap rajin post, tiba-tiba senyap terus.
Jom saya guide untuk solve isu ini dengan 3 langkah mudah.
Jika kita ada staff, sepatutnya kita ada buffer minimum7 hari. Bukan harini nak post, harini baru nak buat.
Ads kejap spend tinggi, kejap off sebab rasa macam rugi duit je.
Nak tak nak, kena bayar gaji hujung bulan.
Tapi realitinya, kalau anda teruskan marketing dengan cara yang macam ni, memang susah untuk bisnes anda berkembang dan capai target RM100k sebulan atau lebih secara konsisten.
Kalau anda sedang lalui perkara ni, anda bukan bersendirian. Ramai founder bisnes mengalami situasi yang sama.
Take note, jika anda biarkan benda ini berpanjangan, goal yang anda nak capai, 100K sebulan, makin lama akan makin susah .
Sama ada we grow or we die.
Apa sebenarnya masalah utama, dan yang lebih penting, bagaimana cara nak selesaikan?
Jika anda prefer dalam bentuk video, lagi bagus, saya ada buat video di sini :
Link : https://youtu.be/kmRmIzsREr8
Siapa saya?
In case, kalau anda tak kenal saya, salam perkenalan.
Nama saya Al-Farabi Shariff. Panggil saya Farabi.
Saya pernah bina 7-figure Digital Marketing Agency di mana kami telah menguruskan lebih daripada RM25+ juta dalam kempen marketing untuk ratusan klien.
Dan alhamdulillah ada yang kami bantu capai angka 5, 6, dan 7 angka sebulan.
Dengan pengalaman ini 10 tahun dalam marketing & bisnes, izinkan saya berkongsi insight selepas menganalisa & observe data pelbagai jenis bisnes.
Jom saya explain dengan jelas supaya anda boleh kenal pasti puncanya dan atasi segera.
1) Tiada Pelan Jangka Panjang Yang Jelas
Pelan kangka panjang ni boleh jadi 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan
Kebanyakan founder buat marketing secara “random” atau “ikut mood” sahaja.
Hari ini buat posting, esok lupa terus.
Ads pula hari ini spend RM100, minggu depan tiba-tiba stop.
Cara macam ni memang mustahil nak hasilkan hasil yang konsisten dan boleh diharapkan.
Marketing yang berjaya memerlukan pelan yang jelas sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 bulan ke depan.
Anda wajib tahu dengan tepat apa yang anda perlu post setiap minggu, apa tema setiap bulan, bila ads akan run, dan berapa bajet yang anda perlukan setiap bulan.
Kita senaraikan apa kempen marketing yang kita kena buat seperti PPC, broadcast seperti yang saya kongsikan dalam artikel sebelum ini.
Ini akan pastikan semua tindakan marketing anda konsisten dan tidak lagi main teka-teki.
2) Terlalu Banyak Eksperimen Tanpa Analisa Data
Dalam bisnes ini, senang je ia lebih kepada matematik dan psikologi.
Nak tak nak, kena lihat pada nombor.
Tetapi apabila anda fokus untuk buat terlalu banyak marketing dalam satu masa, tapi tak ada analisa data, anda akan gagal.
Ramai founder suka mencuba pelbagai teknik marketing tanpa mengukur atau menganalisis hasilnya dengan teliti.
Akibatnya, anda akan sentiasa mengulangi kesilapan yang sama dan membazir banyak masa serta duit.
Cara terbaik adalah dengan menjalankan eksperimen marketing secara terancang dan sistematik.
Mulakan dengan satu atau dua strategi terlebih dahulu, ukur hasilnya dengan jelas menggunakan data, dan kemudian teruskan dengan apa yang terbukti berkesan sahaja.
Contohnya iklan berbayar ada pelbagai taktik, try satu-dua dulu.
Kita ukur hasil dia dalam seminggu, sebulan dan optimisekan. Jangan terus jump ke taktik lain.
Apabila anda jelas tentang apa yang berkesan, marketing anda akan menjadi lebih efektif dan memberikan ROI yang lebih baik.
Boleh lihat topik ini saya kupas lebih detail tentang 5 Combo Digital Marketing yang patut anda setelkan dulu.
3) Tiada Struktur & Sistem Yang Kuat Dalam Team
Jika semua kerja marketing bergantung pada founder atau seorang dua staff sahaja, ini adalah punca utama kenapa anda cepat penat dan susah untuk maintain konsistensi.
Contoh ada dah ada team untuk buat live, buat ads, tetapi anda masih kena terlibat dalam proses-proses besar dan renyah dan leceh.
Apa fungsi kita hire staff tapi end up kita juga yang kena buat sebahagian besar task?
Bila anda sibuk dengan semua perkara kecil, anda akan kehilangan tenaga dan fokus untuk kerja-kerja high-impact yang boleh benar-benar meningkatkan sales.
Untuk marketing anda konsisten, anda perlukan struktur dan sistem yang kukuh dalam team anda.
Setiap ahli team perlu ada peranan jelas dan tahu tugas masing-masing tanpa perlu sentiasa dipantau oleh anda.
HQ perlu ada SOP sendiri supaya bila ada staff baru, dia boleh follow SOP dan ada ruang untuk penambahbaikan.
Start dengan jadual, pecahkan task-task besar menjadi task-task yang lebih kecil.
Dengan adanya sistem yang jelas, anda boleh kurangkan beban kerja harian, fokus pada strategi utama, dan memastikan marketing anda berjalan lancar secara automatik.
Kalau anda rasa situasi di atas menggambarkan apa yang anda sedang lalui, jangan risau. Anda tidak keseorangan.
Ini masalah yang biasa dialami ramai founder bisnes.
Tapi berita baiknya, ada penyelesaian untuk semua ini.
Anda cuma perlukan sistem dan struktur yang betul untuk menjadikan marketing anda konsisten, jelas, dan boleh hasilkan sales yang predictable setiap bulan.
Nak Saya Bantu Anda Secara Personalized Dengan Fasa Bisnes Anda Sekarang?

Jika anda betul serius nak bina bisnes sampai level 6 & 7 angka,
good news,
saya ada buat satu coaching program eksklusif iaitu Marketing To Millions Club (M2M Club).
M2M Club ialah sebuah program khas untuk entrepreneur yang serious nak scale bisnes ke 6 dan 7 angka dengan bimbingan secara direct serta execution plan yang jelas dan sistematik.
Targetnya dengan M2M Club, anda boleh scale bisnes tanpa perlu korbankan masa kerja anda 24/7 tapi hasil masih tak setimpal.
Dalam M2M Club, saya sendiri akan guide anda secara direct,
tunjuk step-by-step framework yang dah bantu ramai bisnes break angka 6 hingga 7 angka secara konsisten dengan struktur jelas,
marketing yang kukuh, dan sistem yang terbukti berkesan.
Yang paling penting, anda tak akan rasa lost sebab anda ada direct feedback dan bimbingan secara personal daripada saya.
Bila stuck, ada orang boleh guide terus supaya anda cepat move forward.
Jangan lagi struggle seorang diri. Kalau anda serious nak capai angka RM100k sebulan atau lebih dengan strategi yang jelas dan bimbingan langsung daripada saya, jom join M2M Club sekarang.
Anda boleh apply sekarang melalui link ini.
Jumpa anda dalam M2M Club nanti!