Saya banyak menceritakan tentang Framework : START, LEVERAGE, SCALE.
Dan kali ni khas untuk Fasa Start.
Khas untuk anda yang baru nak mulakan bisnes, nak berjinak, dah mula tapi blur dan tak tau method pantas buat duit tanpa modal.
Bagi yang dah ada business yang sedang berjalan cantik,
anda boleh skip newsletter kali ni,
tapi why not anda kongsikan ilmu ni pada kenalan anda yang nak mulakan bisnes, boleh?
Jom sambung.
Bagaimana Saya Buat RM1085 Untung Bersih Dengan 1 Produk, Tanpa Modal Berbayar.
Sebenarnya ini case study personal saya, sekitar tahun 2015, di mana saya dokumenkan dalam bentuk ebook.
Awalnya saya bagi percuma (sebagai lead magnet),
end up saya jual dari harga RM10 hingga harga RM40.
Ada yang saya combo dengan course saya lain sehingga jadi RM100.
Ianya terjual dari 2016 hingga 2023.
Ada lebih 2,200+ pembeli.
Walaupun ini ilmu dari 2015, saya dah review dan update pada tahun 2018 dan 2019, dan bila saya review balik sekarang, ianya masih relevan. 6 kali review dan update telah dibuat. Sekarang version 6 (V6).
Jadi kali ni, panduan yang saya jual dulu, kini saya nak bagi percuma kepada anda, siap ada video penerangan details bagaimana nak mulakan.
Video ini anda boleh tonton di sini :
Banyak orang bercita-cita nak mulakan bisnes sendiri.
Dan berita baiknya, semua orang boleh.
Tak kira anda nak buat duit lebih ke, nak bayar hutang ke, nak isi masa lapang ke, atau memang nak bina sebuah bisnes yang berjaya.
Dalam Fasa START, semua orang bermula di garisan yang sama.
Dan semua boleh mulakan journey bisnes atau buat duit mereka.
Tiada modal? Ada banyak business model tanpa modal, antaranya ialah model dropship.
Dropship membolehkan anda berniaga tanpa perlu menyimpan stok atau menguruskan penghantaran.
Berikut adalah panduan mudah untuk memulakan perniagaan dropship di Malaysia.
Bagaimana Nak Mula Bisnes Tanpa Modal Dengan Dropship?
Dropship atau dropshipping atau ejen dropship, bahasa mudahnya adalah orang tengah dan menjadi ejen jualan kepada pembekal / supplier / HQ Brand.
Anda tak perlu keluarkan duit untuk pegang stok dan pegang barang.
Bagaimana Buat Untung Sebagai Ejen Dropship?
HQ/Supplier akan berikan anda harga yang lebih rendah dari harga jualan, contohnya RM30 ialah harga Ejen Dropship untuk produk X. Dan HQ letakkan kos pos RM8.
Anda pun jual Produk X dengan harga RM50 contohnya. Kos pos anda kenakan RM8 juga.
So pelanggan perlu bayar pada anda RM58, anda pula perlu bayar pada HQ/Supplier RM38.
RM58-RM38 = RM20 Untung.
Anda punya keuntungan kasar di situ RM20.
Biasanya keuntungan dropship ni sedikit sahaja, namun bagus untuk permulaan & pengalaman.
At least, lebih banyak lagi dari komisen affiliate tiktok atau shopee.
Cuma kena buat kerja lebih sikit.
So margin keuntungan ini akan berubah-ubah mengikut produk, supplier dan permainan harga market.
3 Langkah Mudah Sebagai Ejen Dropship
- Dapatkan info produk dan mula menjual dan cari pelanggan.
- Bila ada orang order, pelanggan tersebut bayar ke akaun bank anda. Anda dapatkan info penghantaran seperti Nama, Alamat dan No Telefon.
- Anda submit order kepada HQ/Supplier dengan bayar ke akaun HQ/Supplier, kemudian mereka yang akan uruskan penghantaran kepada pelanggan.
- [JIKA PERLU] Anda dapatkan nombor tracking dari HQ, dan berikan nombor tracking tersebut ke pelanggan.
Kelebihan Bisnes Dropship
- Modal Rendah: Tidak perlu membeli stok barang. Ada yang perlu daftar yuran dan ada yang percuma untuk join.
- Risiko Rendah: Tiada risiko barang tidak terjual.
- Pengurusan Mudah: Tidak perlu menguruskan inventori atau penghantaran.
- Fleksibiliti Lokasi: Boleh dijalankan dari mana-mana asalkan anda ada phone/laptop & internet.
Apa yang anda perlukan untuk mulakan bisnes dropship?
- Smartphone atau laptop
- Internet – Mobile data atau Wifi connection
Tapi dengan method saya ni, saya gunakan platform Facebook/Meta, jadi anda perlukan juga :
- Apps Facebook – untuk post ke FB Groups
- Apps Messenger – untuk close prospek dan buatkan mereka membeli
PRO TIPS :
Pastikan anda juga melihat “Message Requests” dan dalamnya ada 2 tab yang anda kena pantau, iaitu “You May Know” dan “SPAM”.
Selalu terjadi, orang yang berminat dengan produk anda nak PM anda, tapi anda tak perasan sebab dia masuk ke “Message Requests”.
Jadi anda boleh longgarkan security di settings, atau selalu pantau di sini.
Bagaimana Buat Bisnes Online
Tanpa Modal (Bisnes Dropship) Di Facebook?
Teknik yang saya nak kongsikan ialah, anda menjadi Ejen Dropship dan menjual di
laman social Facebook, khususnya Facebook Groups.
In case jika anda betul-betul tak tahu, di Facebook, ada fungsi Facebook Groups di
mana akan ramai join groups itu untuk beberapa fungsi, seperti
- Jual barang dan beli barang
- Bertanya soalan
- Memberi update & mendapat update terkini tentang sesuatu Kawasan
- Fan Club – geng-geng yang berkumpul untuk berbincang tentang isu kelab mereka
seperti Myvi Fan Club, Kelab Diet Atkins Malaysia.
Ada pelbagai jenis Facebook Groups.
Misi anda ialah mempromosikan produk yang anda jadi Ejen Jualan/Ejen
Dropship tu ke dalam Facebook Groups ini.
Tetapi ada 2 persoalan besar :
- Facebook Groups yang bagaimana?
- Bagaimana nak buat ayat jualan untuk post di Facebook Groups tu?
Nak tau caranya?
Semuanya dibongkarkan dalam video ini. Anda boleh skip ke minit 25 tapi saya sarankan anda tonton kesemuanya. Boleh speedkan 1.5x. Trust me, it will worth your time.
Tonton di Youtube dan jangan lupa subscribe channel saya.