
Ini ialah konten ke-4 (dan mungkin terakhir buat masa ni) tentang email marketing.
Jika anda belum consume 3 konten di bawah, anda rugi. Bookmark dulu page ni, boleh refer nanti.

Konten 1 : Platform Percuma Buat Website, Host Online Course & Jual, Kumpul Leads & Email Marketing All-In-One
Konten 2 : Cara Maximumkan Profit Bisnes Dengan Email Marketing & Case Study Komisen RM100k Dengan Email
Konten 3 : Business Gamechanger : Anda Confirm Nak Guna Terus Email Marketing Lepas Dengar Statistik “Mindblown” Ni
Dalam 4 konten ini (termasuk yang anda sedang baca sekarang ini) saya cadangkan guna platform Systeme.
Why?
Sebab saya sendiri guna. Dan saya sangat puas hati.
After dah try pelbagai platform.
For now, Systeme > all in term of simplicity, cost wise & effeciency.
Lagi Prefer Versi Video & Audio?
Saya ada buat khas video untuk anda.
Jika anda lagi prefer mendengar dan menonton, saya juga ada buat video dan post di Youtube.
Jangan lupa like, komen & subsribe, set All Notification okay?
Apa Itu Systeme.io?

Walaupun sebagai platform email marketing untuk kumpul leads, blast email dan buat email sequencing, Systeme juga boleh bantu untuk :
- Buat website dengan pelbagai template yang profesional dan cantik
- Buat sales page dengan drag and drop feature
- Buat membership area (unlimited student) untuk host online course atau download/akses produk digital. Student boleh sign in dengan email & password.
- Buat blog with unlimited article
- Buat community with unlimited members
- Buat form untuk kumpul leads (ada pelbagai templates untuk beberapa form categories)
Dan semua ni anda boleh buat dengan pakej FREE sahaja.

Sesuai untuk yang baru nak mula.
Ataupun mereka yang perlukan kerja-kerja digital marketing minima untuk ada website, kumpul leads dan jual produk digital dengan email marketing.
Yup free, anda boleh tengok pricingnya di sini : Systeme.io
Jika pakej berbayar sekalipun masih lagi berbaloi.
Saya dah compare dengan banyak platform sebab saya sendiri pengguna kepada email marketing (GetResponse) sejak 2014. Sehingga saya ada panduan khas cara nak guna GetResponse.
Jadi bila saya dah cuba Systeme.io, saya tahu susah platform lain nak lawan even platform lama sekalipun.
Dan kalau tanya saya, memang satu penjimatan duit yang sangat banyak jika guna Systeme.io dari awal.
Saya bukan sahaja pengguna email marketing, tetapi saya juga dah buat banyak website dari pelbagai hosting provider untuk buat website.
Contoh jika anda ingin ada website sendiri, anda tidak perlu ada web hosting.
Cukup dengan beli domain sahaja supaya anda ada email atas nama anda sendiri
Siapa saya?
Kenapa saya banyak guna email marketing atau website?
Sebab saya adalah pemilik Digital Marketing Agency : Vennea Marketing.

Dari 2016 sehingga sekarang, kami bantu pemilik bisnes dalam dunia digital marketing.
Dari website, salespage, video hinggalah iklan berbayar.
Bawah ni beberapa contoh sales page yang kami craft from scratch.
Dan contoh-contoh poster kami design kan untuk klien.



Yang direkodkan, kami dah spend dan menguruskan lebih RM25juta untuk marketing.
Contoh klien besar kami seperti EZ Qurban, YBIM, Eskayvie dan pelbagai syarikat lain lagi.
Oleh kerana untuk mengefisienkan hasil kerja kepada klien, saya dan team dah try banyak platform dan methods.
Jadi untuk masa sekarang khas untuk email marketing, bagi saya, Systeme.io adalah yang terbaik.
Dan saya dah migrate ke Systeme.io
Dan bonus points, dia siap boleh buat website, sales page, landing page, membership area, community dan blogs even pakej free.
Dan saya ada buat 1 panduan penuh macam mana nak gunakan Systeme.io, cara join di sini.
2 Senario Gameplan & Blueprint Business Flow Dengan Systeme.io
Senario Pertama – All-In Guna Systeme

1. Anda tiada website lagi dan nak guna Systeme untuk bina conversion mechanism
2. Nak kumpul leads, close di tempat lain seperti di Whatsapp, face-to-face dan online appointment.
3. Nak buat profesional website dan corporate website
4. Baru nak bermula in any niche tapi nak try email marketing
Senario Kedua – Hybrid Guna Systeme & Platform Lain

Senario Kedua ni jika anda memang dah gunakan WordPress, Shopify, Shopegram, Easystore, OnPay, Ordersini untuk website, sales page dan pengurusan database dan connect payment gateway.
Dan anda menjual produk fizikal kepada audiens Malaysia yang prefer bayar guna FPX.
(more on this down below)
Senario Pertama – Semua Guna Systeme A-Z
Jadi kita akan mulakan dengan senario pertama iaitu menggunakan Systeme.io sahaja A-Z.
Saya pecahkan kepada 3 bahagian untuk anda nampak overview yang penting dalam business
3 biggest problem in business yang anda kena solve dan master dan kena control betul-betul.
1. Traffic
Jumlah orang yang anda tarik masuk dari media sosial atau tempat lain, sama ada berbayar atau organik bawa ke website anda.

2. Conversion
Conversion ialah apa-apa aktiviti yang membuatkan dia convert ke step seterusnya.
Atau dari jadi Cold Audience yang tak kenal langsung pasal anda, sekarang dah jadi Warm sebab dah masuk website anda dapatkan info.
Trafik tersebut kita nak bawa ke page yang membuatkan dia convert ke step seterusnya.
Seperti isi form dan jadi leads, atau dapatkan info kemudian subscribe dan beli.

3. Database
Database boleh jadi mereka datang website isi form bagi nama emel dan no telefon, kemudian dia terus masuk email campaign Systeme dan dapat email sequence untuk 7 hari berturut-turut (contoh).
Database ni pelbagai cara untuk mesej dan engage dengan mereka.
Untuk turn prospect into buyer.
Dan make buyer buy again and turn into raving fan.

Kos Website Yang Menjimatkan (Hampir FREE)
Tau tak jika anda host website di Systeme, anda ambil pakej free pun boleh.
Means tak bayar apa-apa pada Systeme lagi.
Nak ada website kena ada 2 komponen penting
- Domain – Nama website anda .com – (RM70-RM120) setahun
- Hosting – Server yang host website anda – (RM100-RM500) setahun.
So disebabkan Systeme dah provide hosting dia sendiri yang super laju, anda hanya perlu invest pada pembelian domain sahaja. Jimat RM100-RM500 setahun tak perlu bayar hosting.
Sebab itu saya rasa kalau kita tak manfaatkan Systeme.io memang sangat rugi.
Tapi kalau anda tak nak beli pun takpe, anda boleh gunakan nama percuma sahaja tetapi nanti akan ada Systeme.io di belakang. Contoh : namaBrand.Systeme.io.
Jadi anda boleh buat satu website yang nampak sangat professional dengan pelbagai template yang boleh diubah suai dengan warna, gambar atau info anda.
Khas untuk mereka yang freelance, service provider atau apa sahaja yang bukan buat e-commerce tetapi nak nampak professional dan corporate.
Atau anda coach, course creators dan jual produk digital yang perlukan membership area untuk host online course/produk digital.
Banyak Template Website, Sales Page, Form Page Yang Cantik & Profesional
Selain dari membuat website, anda juga boleh buat sales page, landing page untuk collect leads.
Jadi dalam Systeme.io juga mempunyai pelbagai template untuk anda guna tanpa mula dari buat strach kerana semuanya dah ada.




In fact, anda juga boleh buat seperti linktree atau pop-up form.


Screenshots yang anda lihat ni baru beberapa, ada banyak lagi.
Prospek Dah Isi Form Jadi Leads, Kita Susun Strategi Email

Mereka dah datang website anda, isi form dan jadi leads.
Dari situ anda boleh setup secara automatik untuk
1. Dia dapat thank you email
2. Dalam thank you email boleh letak akses download ebook
3. Dapat akses membership area dan akses courses
4. Masuk email campaign, automatik dapat email 7 hari berturut-turut (contoh, anda boleh design berapa kali dalam berapa hari sesuka hati anda)
Blast Email, Now Or Schedule
Kita juga boleh gunakan Systeme.io untuk blast email dan schedule siap-siap pada waktu yang anda nak emel tu sampai.
Kelemahan – Payment Gateway Malaysia Masih Belum Ada Di Systeme

Systeme sekarang ni ada lebih 8 payment gateway tapi tu mostly company luar negara dan semua gunakan debit/credit card.
Yang famous banyak orang Malaysia guna ialah Paypal dan Stripe.
Kalau anda nak target orang Malaysia, yang kita tau majoriti lebih selesa guna FPX untuk login bank dan approve payment, jadi kita terbatas sikit.
Jika anda jual kepada market international, yang biasa bayar guna debit/credit card, then mudah.
Bila pembeli bayar guna Stripe di salespage systeme anda, dia terus masuk email campaign anda.
Jangan Risau, Anda Boleh Embed Onpay Form Dalam Sales Page Systeme
Ya saya dah try embed borang onpay dalam Sales Page systeme, boleh.
Ini kalau saya nak jimat duit, saya buat sales page terus dalam Systeme dan embed form.
Ini actually topik hybrid senario kedua, tapi saja saya cerita dulu.
Dan jika anda guna borang lain yang boleh dapatkan html code, boleh paste di page yang anda buat dengan Systeme.
Strategi Database

So tak kisahlah jika mereka datang website sebagai Leads ataupun pembeli,
anda boleh masukkan dalam Autoresponder Email Campaign untuk dapat email sequence yang kita dah susun,
dan boleh broadcast/blast emel bebila masa kita nak dengan schedule.
Tapi kalau anda tengok gambar di atas, anda juga boleh bawa mereka ke
- Community feature dalam Systeme
- Group WhatsApp dan/atau Telegram.
Sekarang pun dah ada software yang boleh schedule dan blast mesej ke Whatsapp dan Telegram.
Jadi kita tidak bergantung 100% kepada email marketing sahaja.
Kita pelbagaikan channel untuk tingkatkan kebarangkalian dia untuk notified dan baca mesej kita.
Kerana kita tau behavior manusia, ada yang lebih aktif di whatsapp, ada yang prefer telegram. Ada yang suka emel.
Kita?
Sauk je semua selagi boleh. Hehe.
Kesimpulan Senario Pertama (Systeme A-Z)
Walaupun ada kelemahan pada payment gateway dan juga website yang simple bagi saya,
(means ecommerce dan advanved feature)
tetapi Systeme.io sudah cukup untuk website yang simple tetapi nampak branding, gah dan cantik untuk kumpul leads, dan buat sales page. (embed onpay form, more on senario kedua)
Melainkan anda memang menjual secara international, then perfect untuk gunakan A-Z platform Systeme, sebab dia ada feature untuk letak produk fizikal dan order management.
Senario Kedua – Hybrid Guna Systeme & Platform Lain

Seterusnya senario kedua iaitu menggunakan Systeme.io x platform lain seperti, WordPress, shopify, Easystore, OnPay atau Wix.

Dalam dunia ni, yang saya tahu, 2 flow ni yang orang banyak guna.
- Guna WordPress then boleh guna pelbagai plugin ecommerce (seperti woocommerce) dan page builder (seperti elementor, thrive)
- Guna ready made hosted ecommerce platform seperti Shopify, Easystore & banyak lagi di luar sana.
Pembayaran Mesra Rakyat Malaysia
Sebab company yang saya senaraikan di atas dah established, jadi mereka dah allow pembayaran FPX untuk connected dengan system mereka.
So anda boleh gunakan payment gateway seperti Billplz, Toyyibpay, Chip dll.

Namun untuk host payment gateway ni, sama ada anda gunakan WooCommerce, Onpay atau Shopify, Easystore.
Sajalah nak share pengalaman saya, untuk produk mahal atau audience orang-orang kaya, ramai diantara mereka prefer membuat pembayaran menggunakan credit card.
Data saya menunjukkan 40-50% guna credit card untuk produk mahal dan audiens T20.
Dan selepas pembelian, database pembeli itu akan berada di platform yang anda guna.
Database Mereka Yang Dah Beli, Nak Buat Apa?
Kamu nanya?
Nak buat apa?
Ingat ayat keramat ini -> “a buyer is always a buyer”
Make them buy and buy again.
Repeat order dan refer kita pada kenalan mereka.
Jadikan mereka raving fan.
Kita tak nak buat business touch and go.
Sebab itu kita kena layan mereka.
Adakan aktiviti-aktiviti marketing untuk yang dah beli atau yang belum beli untuk kita follow-up sehingga mereka beli.
Jadi untuk follow-up sama ada anda memang menggunakan whatsapp atau email marketing silakan bergantung kepada kesesuaian business anda.
Bagaimana Nak Masukkan Database Ke Systeme?
Boleh masukkan secara manual tapi tolong jangan guna cara ni. Ambil unnecessary masa.
So kita guna software Integrator seperti PabbyConnect, Make dan Zapier untuk connectkan platform kita guna ke Systeme.

Fungsi Integrator ialah apabila mereka membuat pembelian di Shopify atau di mana-mana platform sahaja, database mereka automatik masuk dalam Systeme.io dan secara automatik juga trigger untuk dapatkan email thank you atau campaign atau email-email sequence yang seterusnya.
Supaya kita tidak perlu membuat kerja-kerja manual.
Walaupun semua ini agak teknikal bagi saya tetapi, sangat memudahkan dan worth your time to setup (ada banyak tutorial di yotuube).
Atau boleh upah orang untuk setupkan. (worth your money)
Setup sekali, guna berkali-kali.
Integrator ni pun ada pakej pricing dia, ada free versionnya ada pakej berbayar.
Anda boleh bandingkan.
Yang penting, bagi saya, investment yang berbaloi.
Apa Nak Buat Bila Dah Masuk Systeme?

Sama juga macam Senario Pertama, apabila mereka sudah membeli dan masuk ke dalam database anda,
anda boleh masukkan dalam Autoresponder Email Campaign untuk dapat email sequence yang kita dah susun,
dan boleh broadcast/blast emel bebila masa kita nak dengan schedule.
Tapi kalau anda tengok gambar di atas, anda juga boleh bawa mereka ke
- Community feature dalam Systeme
- Group WhatsApp dan/atau Telegram.
Sekarang pun dah ada software yang boleh schedule dan blast mesej ke Whatsapp dan Telegram.
Jadi kita tidak bergantung 100% kepada email marketing sahaja.
Kita pelbagaikan channel untuk tingkatkan kebarangkalian dia untuk notified dan baca mesej kita.
Kerana kita tau behavior manusia, ada yang lebih aktif di whatsapp, ada yang prefer telegram. Ada yang suka emel.
Kita? Sauk je semua selagi boleh. Hehe.
Kemudian minta feedback atau membuat follow-up semua itu anda boleh susun.
Kesimpulan Gameplan & Blueprint Business Flow Dengan Systeme.io
Jadi itulah overview gameplan dan flow macam mana nak run the business dan maximize the profit dengan email marketing.
Dan juga cara utilize platform Systeme untuk buat lebih dari email seperti, website, sales page, membership area, lead forms.
Itu belum saya sentuh tentang evergreen webinar package tapi tu pakej berbayar lah.
Jika anda lebih kepada business service, corporate, ejen takaful, influencers atau apa sahaja untuk kumpul leads, buat website untuk portfolio anda boleh gunakan Systeme.io walaupun hanya versi percuma sahaja sudah cukup untuk anda.
More on this saya ada kongsikan di sini :
Nak Join WhatsApp Group Private Saya & Akses Tutorial Guna Systeme?
Saya ada buat 1 group khas dan akses membership area (guna Systeme) untuk tutorial cara guna Systeme.io.
Buat masa ni free je untuk join.
Cuma syaratnya kena daftar Systeme.io guna link affiliate saya.
Link affiliate : https://farabi.my/systeme
Cara nak join :
- Pergi sini dan isikan info : https://vennea.systeme.io/freeplatform
Link ini anda boleh guna salah satu template dari Systeme.io.
Ini saya guna subdomain sahaja, kalau anda dah beli custom domain, nanti namanya atas nama domain anda. - Nanti anda akan dapat akses group whatsapp pertama. Baca pinned post situ untuk arahan seterusnya.
Lagi Prefer Versi Video & Audio?
Saya ada buat khas video untuk anda.
Jika anda lagi prefer mendengar dan menonton, saya juga ada buat video dan post di Youtube.
Jangan lupa like, komen & subsribe, set All Notification okay?