![]()
Kepada semua business owner di luar sana, saya faham sangat perasaan anda bila masuk bulan baru.
Kalendar dah berubah, tapi situasi bisnes masih macam tu jugak.
Sales tak cukup kuat, kos banyak nak kena bayar, dan rasa macam sesak nafas je nak tanggung semua.
Ada bulan yang okay, ada bulan yang lembap.
Sebelum kita nak fixed dan all out pada marketing & sales,
dari observation saya da 5 benda pre-requisite marketing perlu kita fixed dan adjust,
supaya marketing yang kita buat sekarang ni, akan berkali ganda efektif.
Dia macam catalyst, booster kepada marketing & sales activities yang sedang berjalans sekarang.
Tapi dalam content ni saya akan highlight 3 sahaja dari 5,
tapi fokus pada 1, iaitu yang pertama ialah OFFER.
Btw, jika anda tak kenal saya, salam perkenalan,
Nama saya Al-Farabi Shariff, boleh panggil Farabi.
Saya pernah bina 7-figure digital marketing agency, menguruskan lebih RM25juta kos marketing,
dan 10 tahun pengalaman sebagai marketing practitioner.
Sekarang saya fokus bantu SME dan business owner macam anda untuk mantapkan marketing department.
Bukan sekadar buat marketing, tapi buat marketing yang high performance, bersistem dan betul-betul deliver result.
Dalam artikel ni, saya nak kupas satu topik yang selalu jadi punca utama masalah sales tak naik dan profit tipis.
Jika anda prefer dalam versi video, untuk pemahaman yang lebih, ada di sini :
Jika anda prefer dalam bentuk bacaan, let’s go!
Kenapa Sales Tak Cukup Cover Kos?
Apa Punca Sebenar?
Banyak bisnes yang nampak meriah.
Staf sibuk, dapat gaji, mungkin dapat bonus, tapi owner yang pegang nombor tahu realitinya.
Sales tak cukup cover kos, atau cover tapi untung sikit je.
Ini yang buat kita stress, rasa sesak nafas tiap bulan.
Saya faham sangat situasi ni sebab saya pernah lalui.
Semua jenis marketing dah buat.
Dah pergi banyak kelas marketing dan sales.
Tapi kenapa result masih sama?
Jawapannya bukan semata-mata pada marketing activities atau sales tactics.
Tapi bakal pelanggan kita tak nampak value pada apa yang kita sedang OFFER pada mereka.
Offer yang dimaksudkan disini bukan offer diskaun ke free gift ke.
Tu saya panggil mini-offer.
Kenapa Offer Jadi (Salah Satu) Punca Utama Bisnes Anda Tak Grow?
Offer ni sebenarnya adalah janji besar kita kepada customer.
your BIG PROMISE,
apa yang you janjikan pada customer kalau dia beli produk dan servis anda.
Bila mereka tengok produk atau servis kita,
mereka kena dapat tangkap dengan cepat dan jelas apa yang mereka bakal dapat.
Kalau offer kita tak clear, buyer akan confuse.
Bayangkan, customer scroll media sosial.
Mereka tengok iklan atau baca copywriting kita.
Dalam masa 5-7 saat pertama, mereka kena faham apa offer kita.
Kalau tak, mereka akan terus scroll, tak nak ambil tahu.
Itu sebab offer yang tidak jelas buat sales susah nak naik.
Offer yang Tidak Jelas Bawa Masalah Apa?
- Buyer Confuse – Mereka tak faham apa sebenarnya yang mereka dapat bila beli produk kita.
- Perlu Jelaskan Berulang Kali – Kita terpaksa explain banyak kali, buang tenaga dan masa yang banyak untuk buat orang faham.
- Closing Susah – Bila nilai produk kurang jelas, susah nak tutup jualan.
- Terpaksa Bagi Diskaun – Sebab customer tak nampak value sebenar, kita terpaksa turunkan harga untuk tarik mereka beli.
- Margin Tipis – Diskaun yang kerap buat untung makin kecil, akhirnya bisnes jadi sesak nafas.
Ini punca kenapa walaupun kita dah buat banyak marketing, sales tetap slow dan profit tak naik.
Sebab offer kita tak cukup kuat dan tak sampai dengan jelas kepada audience.
Belum Lagi Faktor, Offer Anda Sama Je Macam 10 Brand Lain
Kadang-kadang, offer anda jelas, mereka nampak big promise anda dengan mudah.
Tapi, 10 brand lain pun janjikan benda yang sama.
So terus otak dia cakap,
“takde bezaa pun beli dengan dia or brand satu lagi.”
Jadi kat situ kita kena BESARKAN jurang BEZA tu.
Dengan kita highlight USP, benda yang berbeza yang kita ada, brands lain takde.
Dan kita highlight benefit dari angle lain yang competitor kita tak gunakan.
2 ni antara perkara praktikal anda obleh guna.
Kenali 3 Faktor Utama untuk Bisnes Anda Makin Power
Dalam pengalaman 10 tahun saya sebagai marketing practitioner, ada 5 benda utama yang perlu kita perbaiki sebelum kita all-out buat marketing dan sales.
Tapi content kalini saya highlight 3 dan saya fokuskan pada yang pertama dulu iaitu Offer.
Kedua dan ketiga ialah Brand Positioning dan Pricing.
1. Offer – Big Promise Produk/Brand Anda
Offer ni bukan sekadar bagi free gift atau potongan harga.
Itu cuma bonus kecil je.
Offer yang betul adalah apa yang produk kita boleh deliver pada customer.
Contohnya, kalau produk kecantikan, offer bukan sekadar “free sample” dan diskaun,
tapi “kulit muka anda akan jadi lebih cerah dan bebas jerawat dalam 7 hari dengan bahan yang selamat”.
Itu ialah your offer statement, your big promise statement.
Ada banyak lagi cara untuk sebut this message in diferent ways.
Kalau offer kita tak jelas, customer akan rasa confuse dan tak yakin nak beli.
Mereka akan bandingkan produk kita dengan produk lain yang nampak lebih jelas offernya.
Bila kita gagal sampaikan offer dengan tepat, marketing pun jadi tak efektif.
2. Brand Positioning – Letak Bisnes Anda Di Blue Ocean
Seterusnya, kita kena pay high attention to our Brand Positioning.
Dalam market anda ni, anda positionkan brand anda di level yang mana.
Dan mereka nampak tak positioning anda tu agar dapat bezakan anda dengan brands lain.
Maksudnya, kita kena letakkan bisnes kita di tempat yang unik dan berbeza daripada pesaing.
Jangan main ikut-ikut, orang lain buat camtu kita buat camtu,
end up anda akan masuk dalam red ocean yang penuh dengan persaingan harga.
Awal-awal okay lah, jika lama-lama tak okay.
Sebaliknya, cari blue ocean di mana bisnes kita ada nilai unik yang susah ditandingi.
Brand positioning ni ambil masa nak bina dan dapat tangkap yang betul-betul masuk, tapi kena mula aware dan cari dari sekarang.
Bila brand kita kuat, audience akan lebih percaya dan lebih mudah terima offer kita.
3. Pricing – Harga Yang Tepat, Bukan Sekadar Murah
Harga juga penting.
Jangan letak harga ikut suka hati je.
Jangan lah tengok market jual berapa,
anda pun jual lebih kurang, mahal sikit atau murah sikit.
Kos mereka lain, kos anda lain.
Kena buat kira-kira dengan betul, ambil kira kos, margin dan nilai produk.
Ada lebih 9 kos anda kena ambil kira sebelum letak pricing.
Jangan tengok kos produk, kos postage dan kos ads sahaja, ada lebih 9 kos ya kena pantau.
Bila harga kita sesuai dengan value yang diberikan, customer akan rasa puas hati dan tak mudah bandingkan dengan harga pesaing.
Kalau terpaksa selalu beri diskaun, itu tanda harga kita mungkin tak tepat dan offer kita kurang kuat.
Harga yang betul akan bantu naikkan profit margin dan pastikan bisnes lebih sihat.
Bagaimana Nak Buat Offer Yang Power dan Mampu Tarik Buyer?
Offer yang power kena ada beberapa elemen penting supaya buyer dapat tangkap dengan cepat dan rasa tertarik nak beli.
Saya nak share cara saya buat offer supaya anda boleh cuba apply dalam bisnes anda.
1. Kenal Audience Anda Betul-Betul
Untuk buat offer yang tepat, kita kena faham siapa audience kita.
Apa masalah mereka?
Apa yang mereka nak?
Bila kita kenal audience, kita boleh craft message yang betul-betul kena dengan hati mereka.
2. Kenal Produk dan Solusi Yang Produk Anda Bagi
Jangan jual produk je, tapi jual solusi.
Apa masalah yang produk anda boleh selesaikan?
Apa benefit utama yang mereka dapat?
Contohnya, kalau produk kurus, jangan cakap “produk kurus”, tapi cakap “turun berat badan dengan mudah tanpa perlu bersenam berat”.
3. Craft Message Yang Clear dan Mudah Faham
Message kena ringkas, jelas dan menarik.
Jangan guna bahasa marketing yang terlalu complicated sampai buyer confuse.
Dalam 5-7 saat, buyer kena faham apa offer kita.
4. Gunakan Hook Yang Menarik
Hook ni macam trigger untuk tarik perhatian buyer.
Contohnya, “Rahsia turunkan 5kg dalam 2 minggu tanpa diet ketat”.
Itu hook yang buat orang curious dan nak tahu lebih lanjut.
5. Susun Message Dengan Struktur Yang Betul
Susun message supaya buyer dapat ikut perjalanan cerita dengan mudah.
Mula dengan masalah, kemudian offer solusi, tunjuk benefit, dan last sekali call to action yang kuat.
Mengapa Offer Yang Tak Jelas Boleh Buat Bisnes Merudum?
Offer yang tak jelas buat buyer rasa confuse dan tak yakin.
Bila buyer tak yakin, susah nak buat keputusan untuk beli.
Ini menyebabkan:
- Marketing jadi tak efektif walaupun banyak usaha dibuat.
- Perlu explain berulang kali, buang masa dan tenaga yang banyak.
- Perlu turunkan harga untuk tarik buyer, buat untung makin tipis.
- Bisnes rasa sesak nafas sebab margin tak sihat.
Kalau kita tak fix offer, sampai bila-bila pun bisnes kita susah nak grow.
Sebab tu saya tekankan sangat offer ni sebagai foundation utama.
Bagaimana Nak Strukturkan Offer Untuk Team Anda?
Offer yang power bukan saja mudah difahami customer, tapi juga mudah difahami team anda.
Bila team faham offer dengan jelas, mereka lebih confident nak promote dan jual produk.
Anda boleh buat formula atau framework untuk strukturkan offer.
Contohnya, dalam setiap marketing material, video, poster atau copywriting, pastikan ada elemen offer yang sama.
Ini akan buat brand anda konsisten dan kuat di mata audience.
Kenapa Anda Perlu Join Workshop 3R Untuk Fix Offer, Brand Positioning dan Pricing?
Kalau anda serius nak perbaiki bisnes dan nak buat sales meletup, saya jemput anda join workshop 3R saya.
Workshop ni akan bantu anda:
- Reclarify offer anda supaya lebih jelas dan menarik.
- Reposition brand supaya dapat tempat yang unik di pasaran.
- Recalculate pricing supaya sesuai dengan value dan dapat margin yang sihat.
Dalam workshop ni saya akan bagi worksheet dan tools, termasuk custom GPT AI yang saya buat khas untuk bantu anda buat semua kerja ni dengan mudah dan sistematik.
Workshop ni sesuai untuk anda yang dah ada produk dan servis tapi masih struggle nak naikkan sales dan profit.
Saya akan guide step-by-step supaya anda boleh buat perubahan yang nyata dalam bisnes.
Ini termasuklah saya bantu anda kira PRICING produk fizikal dan servis.
Saya akan kupas semua lebih 9 kos untuk tentukan harga untuk kenalpasti adakah profit margin anda sihat.
Kesimpulan: Jangan Biarkan Offer Lemah Buat Bisnes Anda Sesak Nafas
Setiap bulan, bila masuk awal bulan, ramai business owner rasa stress sebab kos banyak nak bayar tapi sales dan profit tak cukup.
Sebenarnya punca utamanya adalah offer yang tak jelas, brand positioning yang lemah dan pricing yang tak tepat.
Mulakan dengan fix offer anda dulu.
Pastikan offer jelas, janji besar yang boleh deliver solusi kepada customer.
Kemudian, perbaiki brand positioning supaya bisnes anda unik dan lain daripada pesaing.
Akhir sekali, buat pricing dengan betul supaya margin untung sihat dan bisnes lebih sustain.
Kalau anda buat betul-betul, insyaAllah bisnes anda akan jadi lebih power, sales naik,
profit bertambah dan anda tak lagi rasa sesak nafas setiap bulan.
Jangan biarkan bisnes anda terus sakit, daftar Workshop 3R sekarang :
Daftar : https://venneauniversity.com/sp/3r-workshop/
Gunakan Kupon “3R50” untuk diskaun 50%. (TERHAD)
