Kalau anda buat bisnes dan menjual barang, anda tahu anda kena solve the problem kan.
Sell the solution, not the product.
Dan setiap hari kita buat bisnes, setiap hari kita kena solve problem.
Business is about solving problem.
We are a problem solver.
Tapi ada 3 PROBLEM paling besar yang SEMUA bisnes hadapi.
Dan setiap kali sales mereka down, stuck, plateau, disebabkan 3 benda ni.
Disebabkan 3 ni lah anda rasa anda kena hire agency, hire talent yang mahir, tapi semua tu perlukan kos.
Kalau anda tak kenal 3 problem ni betul-betul, anda senang “kena kencing” oleh agensi, freelance dan staff/talent.
Kalau nak leverage, jangan membuta tuli sahaja, fahamkan asas dulu supaya kita sendiri yang decide what and who to solve.
So apakah 3 biggest problem tersebut?
3 MASALAH UTAMA BISNES
A. TRAFFIC
Bukan traffic jam, tapi dalam bahasa bisnes Traffic ialah Pelawat. Orang yang visit kedai anda.
Sama ada kedai offline, premis fizikal anda.
Atau kedai online, di website, di WhatsApp Business, di Shopee, di Tiktok Shop, di OnPay dan apa-apa platform.
Kalau sales anda slow, sebab orang kurang datang kedai kan?
So fokus kita untuk orang datang kedai kita.
Visit website kita, online shop kita.
Di situ kita gunakan pelbagai teknik marketing.
Marketing ni dua je kategori besar.
Inbound marketing & Outbound marketing.
Inbound Marketing
Inbound Marketing ialah apa sahaja teknik marketing yang apabila mereka mencari sesuatu di platform google, youtube dan tiktok contohnya, mereka jumpa info tentang brand anda.
Atau mereka memang dah follow atau subscribe anda, dan apabila dapat mesej dari anda tak kisah sama ada melalui emel atau iklan berbayar, itu ialah inbound marketing.
Jika seseorang rekomenkan produk anda, referral & word of mouth marketing, itu pun dikira inbound.
Inbound ni nampak macam kita nak attract orang secara organik tanpa paksaan.
Outbound Marketing
Outbound Marketing ialah apa sahaja teknik marketing yang kita push dan interrupt untuk orang lihat iklan kita. Biasanya iklan berbayar di Facebook, Tiktok, Youtube dan lain-lain.
Dan yang biasa kita dapat, cold call, ada orang call kita nak jual insurans, atau waktu kita tengah makan di restoran, ada orang jual perfume dari meja ke meja.
Tujuan Inbound & Outbound Marketing?
Tujuannya untuk pull the crowd. Attract the eyeballs. Tarik traffic untuk lihat apa yang anda offer untuk solve masalah mereka. Visit kedai online atau offline anda, dan consume maklumat yang membantu mereka decide sama ada untuk beli atau tidak, beli sekarang atau nanti.
Jadi, bila kita dah berjaya tarik traffic?
Muncul pula masalah seterusnya.
Bagaimana nak convert mereka jadi pembeli?
Atau nak tingkatkan chances untuk mereka membeli.
Teruskan bacaan.
B. Conversion
Ramai business owner atau penjual, bila dah ada potential buyer depannya, sama ada face to face online or offline, melalui whatsapp or call, mereka akan berusaha menggunakan skill closing untuk jadikan mereka pembeli.
Itu ialah Conversion.
Anda ada masalah Conversion bila closing rate anda atau team rendah. Dapat 100 leads, close 5 je.
100 orang visit Sales Page website anda, tiada yang membeli.
Dah set 20 appointment, 1 je yang closed.
Sounds familiar?
Jadi, apa-apa sahaja aktiviti yang dapat meningkatkan conversion rate, akan dapat menggandakan sales anda.
Dan bukan sekadar untuk convert traffic jadi buyer, tetapi “buy more”, untuk menaikkan Average Order Value (AOV).
Bermaksud menaikkan jumlah sales dalam 1 transaksi. Dari dia nak beli 1 unit, anda pujuk beli pakej jimat 2 unit. Skill anda untuk susun pricing dan combo dan offer akan meningkatkan chances untuk mereka ambil upsell terus.
Okay kalau dah dapat orang membeli, kita dah seronok la kan?
Pastu kita fokus cari customer baru sahaja ke?
Leads dan prospek yang tak membeli tu macam mana?
Ada buat follow up? Jika ada pakai sistem atau flow apa?
Haaa masalah kan tu? Itu ialah masalah ketiga.. iaitu..
C. Database
Database di sini merujuk kepada info tentang prospek/lead dan customer anda. Lagi banyak info tentang mereka lagi bagus, tapi cukup memadai ada nama dan nombor telefon/emel. Supaya kita boleh terus menyampaikan mesej dengan izin.
Kenapa dengan izin?
Pernah dengar Permission Marketing?
Sekarang ni database, maklumat orang pun boleh kita beli. Kita taknak database begitu, tiada nilai, sebab dia tak pernah kenal kita. Entah dari mana nombor atau emel tu datang dan kepunyaan siapa.
Database di sini, is everything about your potential customer dan jenis-jenis customer anda.
Dan ada 2 masalah besar.
- Tak sedar kena collect dan utilize database sedia ada
- Taka tau caranya
Contoh kita boleh kategorikan database kita kepada :
- Cold leads
- Warm leads
- Hot leads
- Customer first purchase
- Customer second purchase
- Customer third purchase
- Customer paling banyak membeli (VIP customers/Raving Fan)
Of course nak simpan database ni pelbagai cara, boleh mula dengan manual dulu simpan di phone, di spreadsheet.
Dah ready nanti, guna sistem pengurusan database yang percuma atau berbayar.
Dan penting untuk kita kategorikan database kita.
Kenapa?
Sebab bila perlu, kita perlu hantar mesej yang berbeza kepada kategori audiens yang berbeza.
Tak boleh pukul rata.
Apa Contoh Aktiviti Yang Kita Boleh Buat Pada Database
Kategori Leads | Aktiviti Cadangan |
1. Leads whatsapp yang belum beli | Follow up 3 hari pertama, kemudian seminggu sekali. |
2. Leads yang isi form | Call mereka secepat mungkin untuk set appointments, jika tak ready, follow up seminggu sekali. |
3. Leads yang dah isi info nak checkout di website tapi belum beli lagi | Masuk dalam Campaign Abandoned Cart – auto trigger send whatsapp/email untuk follow up 3 hari pertama. Hari ketiga offer kupon diskaun. Then follow up seminggu sekali. |
4. Customer yang baru beli | Thank you email atau whatsapp. Kemudian beri nombor tracking. Then tanya barang dah sampai ke. Share cara penggunaan produk. Hari ke-7 tanya dah guna ke produk. Lepas 14 hari tanya feedback penggunaan. Lepas 30-40 hari, tanya feedback, minta repeat beli. Hari ke-50 bagi kupon diskaun untuk beli. |
Nak Lagi Faham? Tonton Video Saya Explain Pasal 3 Ni.
Tapi Video Version ada tambahan 3+3 lagi.
So saya sangat syorkan anda tonton juga video ni. As usual, jangan lupa like, subscribe & set all notification.
Link : https://youtu.be/vf0ugokLIzk
Kesimpulan : Kalau Rasa Stuck, Check Balik 3 Problem Ni Dan Solve
Jadi begitulah, setiap 3 perkara ni ialah key to success in every business.
Setiap 3 ni ada metrik dia, letak metrik penting ini dalam 1 dashboard pilihan anda, dan lihat setiap hari dan analyze mana kena perbaiki dan fokus solve that.
Ingat buat bisnes ni senang ke.
Nak menjual, nak berniaga, nak marketing, senang. Sebab fokus 1 je.
Tapi bisnes melibatkan sistem of many departments, especially Marketing, Sales, Operation & Customer Service bergerak dalam 1 streamline.
So basically kalau bisnes/sales anda stuck, tengok-tengok lah 3 benda ni, Traffic, Conversion & Database.
See you in next newsletter.
Jangan lupa subscribe jika belum. Isi borang di bawah.