Ada satu interesting analisis tentang 7-11-4 rules.
Kajian tersebut mengatakan, secara average orang decide untuk membeli,
selepas 7 jam consume content kita,
dengan 11 touchpoints berbeza,
melalui 4 platform berbeza.
Jadi jika anda kecewa dan down orang tak beli,
atau kos untuk dapatkan orang membeli tinggi,
you are looking at the wrong problem.
Bagaimana nak apply 7-11-4 rules tu?
Build a funnel.
Marketing Funnel & Sales Funnel.
Once dia dah termasuk,
dia dalam journey untuk lihat pelbagai content dari kita,
melalui beberapa platform yang kita mampu dulu.
Sebab apa, kita yang design the journey, kita yang design the funnel.
(jika anda perlukan bantuan untuk bina funnel, lihat info di bawah p/s)
Tugas kita setiap hari, (well, tugas marketer anda setiap hari),
ialah bawa masuk seramai qualified prospect yang mungkin,
dengan efektif dan se-efisien boleh.
Sebab bila dia dah masuk tu, kita akan nurture dia,
prepare-kan dia dengan serba serbi info yang dia pilih,
dan biar dia buat decision brand mana dia nak pilih untuk solve masalah dia,
dan anda just do a pull and push marketing tactics.
To make them want you instead of other competitors.
So ini ialah breakdown 5 steps simple untuk nurture & preparekan audiens anda,
supaya mereka beli selepas buat informed decision.
Enough battling to get the 3% ready buyer audience,
it’s time to focus getting some portions of other 97% audience pulak.
1. Awareness: Buat Orang Sedar Brand Anda Wujud
Ni langkah pertama.
Tanpa awareness, orang takkan kenal atau sedar brand anda wujud.
Kita kena pastikan prospek yang cold ni nampak brand kita,
either melalui ads atau content marketing yang berikan value.
Tapi, bukan sekadar nampak—nampak dan tertarik.
Contoh: Salah satu cara saya tarik awareness ialah
guna konten yang ada pain-point,
atau tanya soalan yang buatkan prospek fikir,
“Eh, ni masalah aku la.”
2. Interest: Bina Minat dengan Konten Relevan
Selepas mereka aware,
next step ialah buat mereka interested dengan solusi kita.
Macam mana?
Bukan sekadar bombarded dengan iklan.
Kita nak engage dengan content yang relate pada mereka.
Contoh: Buat video pendek tunjuk demo produk atau testimoni real dari pengguna.
Kita nak buatkan mereka fikir, “This is exactly what I need.”
3. Decision: Bantu Mereka Buat Keputusan
Di sini ramai orang skip.
Funnel tak kuat sebab prospek dah ada minat, tapi tak cukup alasan untuk beli.
Waktu ni, kita kena bina trust dengan bagi bukti kukuh yang kita memang boleh solve masalah dorang.
Testimoni power, case study yang relate dengan masalah prospek,
atau guna urgency yang rasional (contoh: offer terhad untuk 10 buyer pertama).
Apa yang saya perasan dari funnel successful klien saya,
trust element ni yang buat decision-making lebih laju.
4. Action: Call to Action Yang Jelas & Direct & Bersiftat Transformation
Sekarang, prospek dah ready.
Tapi tanpa Call to Action (CTA) yang kuat,
semua usaha tu boleh sia-sia.
CTA ni kena jelas dan buatkan prospek tahu exactly apa yang perlu buat.
Contoh: Instead of “Beli Sekarang,”
kita guna “Transform your smile with booking slot today”
atau “Dapatkan Akses Penuh Hari Ini/Instant Access”.
Kadang-kadang tweak kecil macam ni je boleh naikkan conversion rate 30-40%.
Trust me.
5. Retention: Jangan Lupa Follow-Up Customer
Ini step yang orang selalu lupa.
Jangan biarkan lepas jualan pertama.
Kita kena follow-up customer untuk jadikan mereka repeat buyers.
Contoh: Email sequence yang bagi reward pada loyal customers, atau offer eksklusif untuk pembelian seterusnya.
Remember, retaining existing customers lagi murah dari cari yang baru.
So, kita nak pastikan funnel kita ada step retention yang kuat,
so customer rasa appreciated dan terus kekal dengan brand kita.
Okay, itulah 5 elemen yang perlu ada dalam marketing & sales funnel anda.
Sebenarnya funnel ada banyak jenis. Asasnya sama, cuma the way we craft it make it different.
Nak tahu funnel mana yang sesuai untuk bisnes anda?
Kita boleh bincang lebih lanjut lepas ni.
Ingat, sales funnel bukan one-size-fits-all.
Kena custom ikut audience dan business needs.
Tapi, kalau set up betul, result dia memang besar.
Nak tau lebih lanjut, reply emel ni dengan “funnel”,