Belum jadi Subscriber?

Jom join lebih 3k+ subscribers “The Farabi Letter”. Saya kongsikan setiap hari Rabu, 1 proven actionable strategy, framework & system untuk bisnes & marketing,

and be prepared to be mind-blown while exploring insightful perspectives on marketing and business. 

Jangan risau, data anda selamat. Saya takkan SPAM. Never. Ever.

Stop Buang Harga Sebab Asyik Kalah Dengan Competitor Bisnes. Ini Cara Nak Menang Balik.

Saya nak tanya anda satu soalan.

Adakah anda berada dalam satu peperangan yang takkan pernah habis iaitu perang buang harga?

Anda buang harga, competitor anda pun buang harga untuk rebut customer anda.

Anda pun balas balik dengan rendahkan lagi harga.

Dan “perang” ini berterusan dan membuatkan anda semua berada dalam “lose-lose” situation.

Jika anda ada masalah ini, saya suggest anda tonton dalam bentuk video untuk penyampaian yang lebih details : https://youtu.be/AMud1wQLO3A

So, apabila anda nak jual sesuatu produk, HARGA adalah biggest point atau isu yang kita kena positionkan dengan betul.

Dengan positioning yang proper, barulah dapat menarik prospek yang bersesuaian.

5 KESAN TERUK BUANG HARGA YANG BAKAL BUAT ANDA GULUNG TIKAR

1. Margin keuntungan makin menipis

  • Lepas bayar semua kos, takut tak lepas nak bayar kos pekerja dan apa-apa operasi bisnes yang perlu bayar untuk keep the business running.

2. Membunuh value brand anda

  • Menampakkan anda jenis yang murah sebab anda jual produk yang murah sekaligus memberikan perpekstif negatif especially bila kita salah positionkan produk kita.

3. Perang harga tanpa pengakhiran

  • Ia akan menjadi lose-lose situation.

    Bayangkan anda dan competitor, semua turunkan harga.

    Then siapa yang menang?
    Of course yang guna harga yang selamat dan margin yang selamat.

4. Attract pelanggan yang tak setia dan pelanggan yang tidak tepat

  • Pelanggan yang suka curang (cari termurah) akan berebut memilih siapa yang boleh offer the lowest price.
  • Adakah bisnes anda perlukan pelanggan sebegini untuk long term planning?

5. Stress tak cukup duit nak bayar team dan kos operation

  • Kita rasa bila kita jual murah, rate barang terjual agak laju, tapi bila dah mula bayar supplier, team dan akhirnya baki negatif. Itu kalau sempat bayar kos operasi lah. Kalau tak sempat dan tak dapat? Macam mana kita nak teruskan bisnes?

Bila semua atau beberapa 5 benda ni berlaku : You’re out of business soon.

Tapi, ada certain masa anda boleh je buang harga, tapi kena ada strategi .

5 CARA BUANG HARGA DENGAN BERSTRATEGI

1. Buang harga untuk attract prospek datang, dan harap dia ambil barang lain yang high-margin items

  • Ini dipanggil lost leader strategy Kita akan rugi untuk certain produk, tapi kita dah susun dia akan ambik produk yang lain.

2. Target untuk rugi dahulu, supaya boleh kumpul database pembeli dan pindah ke platform itu

  • Contohnya masa Tiktok baru nak up, dia bagi semua kupon, sampai kita nampak dia rugi, supaya orang pindah daripada shopee kepada Tiktok. Ini dinamakan cost of migration.
  • Bila orang dah selesa membeli kat Tiktok Shop, orang akan rasa leceh nak beli kat tempat lain. Sama juga, bila anda rasa selesa beli kat shopee anda rasa leceh nak beli kat Lazada.
  • Haa, sekarang ni Temu, dia bagi barang percuma semua. Sebab utama nak attract customer.

3. Free trial, free sample then offer to upgrade/buy.

  • Create sample semata mata untuk bagi propek try.
  • Contoh kat supermarket, selalu kita nampak orang bawa tray minta rasa produk. Setiap kali orang try, ada % kebarangkalian untuk beli produk sample tersebut.

4. Volume deal, duration deal, package bundling

  • Contohnya saya baru survey nak pasang pakej wifi TIME di rumah saya.

    Syarikat tu tawarkan pakej promosi di mana perlu bayar RM 139 pada asalnya setiap bulan, tapi promosi hanya perlu bayar RM99 untuk 6 bulan pertama.

    Jika selepas 6 bulan, rasa tak mampu nak bayar mengikut harga asal, boleh downgrade ke pilihan pakej yang lebih murah.
  • Bagi harga rendah untuk dapatkan BIG CASH awal-awal, supaya boleh maintain good Cashflow.

5. Early birds, limited – scarcity

  • Bagi insentif harga lebih murah jika bertindak lebih cepat. Untuk buang semua objection dan halangan untuk tidak belis sekarang.

HOW TO FIX THIS?

Untuk fix ni, saya selalunya suka guna pendekatan 5M.

Apa tu 5M? Satu framework atau fundamental of marketing.

1. Model

  • Craft a every strong offer. Bina offer yang kuat.

    Offer ni bukan free gift, free discount, itu kita panggil mini offer.

    The main offer ialah the biggest promise yang anda bagi kepada customer atau klien anda yang buat anda stand out dari competitor anda.

    Bila customer tengok iklan anda atau mesej, dia boleh terus berminat sebab terus headshot kepada apa yang mereka perlukan.

    Anda boleh tentang cara saya buat irresistible offer dalam video dan artikel saya sebelum ini.
  • Fokus pada UVP (Unique Value Proposition). Listkan semua features produk/servis anda. Tukarkan setiap feature kepada benefit yang jelas dan relevan. Highlight big promises yang hanya anda boleh deliver (USP).
  • Gunakan Alex Hormozi Value Equation: (Dream outcome x Perceived Likelihood of Achievement)/ (Time delay x effort and sacrifice). Tingkatkan dream outcome & perceive likelihood, dan kurangkan time delay & effort.
  • Naikkan harga anda – Jangan takut jadi salah satu brand termahal di pasaran. Pelanggan lebih bayar lebih sebab mereka nampak value. And you will attract the right customer.

Saya ada kongsikan 1 content penuh details tentang cara nak buat irresistible offer.

Boleh check it out.

2. Market

a) Kenal pasti Top 3 Customer Segmentation

  • Siapa yang sanggup bayar harga premium?
  • Siapa yang tak kisah soal harga?
  • Siapa yang paling senang to deal with
  • Adakah anda selesa untuk bekerjasama long term dengan klien seperti ini, atau dealing with the same customers

b) Pastikan mereka ada kemampuan untuk beli

  • Sell to the riches – Dulu saya fokus nak bantu student yang baru nak cari duit,tapi saya dapati mereka tak mampu nak beli courses yang saya offer.

    So saya tukar strategi saya aim business owner yang tak kisah nak bayar dengan harga yang tinggi.

    Then saya boleh bantu student tersebut dengan free content yang saya buat, seperti apa yang anda sedang baca sekarang.

c) Kenali customer segmentation anda dalam-dalam. Apa Pain/Gain/Educate.

Saya cadangkan anda hadam content saya tentang Customer Research & Development, satu content khas saya buat untuk dalami betul anda punya market/audiens.

3. Message

a) Fahami Pain, Gain, dan Educate

  • Pain: Apa masala utama mereka?
  • Gain: Apa hasil yang mereka impikan?
  • Educate: Apa yang mereka perlu tahu supaya yakin dengan anda?

b) Gunakan 5 Phase of Awareness (Eugene Schwartz):

  • Unaware: Educate masalah mereka
  • Problem aware: Jelaskan kenapa masalah ini penting.
  • Solution aware: Perkenalkan solusi anda
  • Product aware: Kenapa anda pilihan terbaik
  • Most aware: Offer dan CTA yang jelas.

4. Medium

Pilih platform yang sesuai untuk reach customer segmentation anda.

a) Kenal pasti your target ideal customer banyak di platform mana, berkumpul di mana. Saya suggest satu platform dulu.

b) Optimize your profile, content mengikut platform masing-masing

c) Uji pelbagai format:

  • Teks, gambar, video, carousel, meme, GIF. Tengok mana paling resonate dan convert.

5. Machine

Bila dah jumpa offer & method marketing yang proven, document and automate to delegate.

a) Document Step-by-Step

  • Rekod semua proses dari crafting offer hingga closing sales.
  • Jadikan SOP

b) Delegate & Automate

  • Dengan software, apps, AI
  • Dengan team yang buat kerja ikut SOP

WIN BACK THE GAME

Itulah 5M macam mana anda nak menang balik.

Always start with big promises (good offer), golden promises yang mana competitor lain tak boleh bagi tapi anda boleh provide. Atau highligt something yang competitor anda tak highlight, walaupun menjual produk/servis yang sama.

Pastikan anda buang mentaliti main harga, buang harga sekadar nak dapat customer ni jauh-jauh.

Melainkan anda buang harga berstrategi.

If not, follow what I have showed you.

Boleh?

Bila anda dah ready, ada 2 cara saya boleh bantu anda :

1. Marketing And Funnel Strategies (MAFS Masterclass) : Satu-satunya course yang share semua dan sedalam-dalamnya knowledge saya tentang Strategi Marketing Untuk “Win The Game” Dalam Bisnes. Juga panduan bina Marketing Funnel, Marketing Plan & Kempen Selama Setahun. Lifetime access, lifetime update.

2. Work 1-on-1 with me and I help you to 2X your sales or have additional RM100k in your business or you don’t pay : Saya sedang membantu SME yang ada marketing team sendiri (in-house) untuk scale bisnes mereka ke next level.

Saya akan install a proven marketing system, bina infrastruktur marketing dalam syarikat anda berserta SOP, dan train your team to execute it.

Ini ialah “permanent solution” supaya anda dah tak perlu hire agency/freelancer, dan tak perlu takut jika staff berhenti sebab anda dah tak depends pada orang, tetapi kepada system.

Tapi saya tak boleh bantu semua bisnes, kita set 1 discovery call, secara online sahaja, untuk kita bincang lanjut sama ada anda layak atau tidak.