dan dapatkan akses percuma ke 5-Day “Marketing Protocols Playbook” – email series yang dedahkan 5 Marketing Pillars yang jadi tulang belakang high-performing business.
Then anda akan dapat weekly newsletter dimana saya kongsikan marketing insights, frameworks & systems.
Dah 3,000+ founders subscribe. Join the club now.
Jangan risau, data anda selamat. Saya takkan jual data anda. Walaupun Elon Musk offer saya Tesla.
8 Powerful Steps Untuk Buat High Conversion 1-Minute Video
Zaman tiktok sekarang ni kalau tak pandai & explore buat video untuk bisnes kita ni,
bak kata budak tiktok, tak strongggg.
Video Marketing memang salah satu weapon dalam dunia marketing yang sangat powerful.
Actually, powerful sampailah sekarang. Lagi- lagi sekarang ni dah muncul pelbagai teknologi, apps & AI yang super mudahkan untuk buat video.
Sekarang ni semua orang boleh buat video guna template, tapi persoalannya, macam mana kita nak buat satu video yang betul-betul powerful dan convert?
Yang bila prospek tonton, terus rasa minat nak beli produk anda.
Nak tau macam mana rahsianya? Teruskan membaca atau saya rekomen anda tonton content ini dalam versi video dibawah untuk lebih faham konteks.
Anda boleh go through dulu content ni dulu atau selepas habis consume content di page ini.
Ok lets move to the main tajuk kita.
8 Powerful Steps Untuk Buat High Conversion 1-Minute Video
1 Minute Video Framework ni ada 8 step semuanya.
Tapi sebelum saya cungkil lebih dalam step-step ni, saya nak kreditkan yang saya dapat step ni semua dari Alex Becker.
Alex Becker ialah salah satu influencer luar negara & youtuber yang banyak share tentang Facebook Ads dan dia juga founder kepada Hyros, satu software untuk track data ads dengan lebih tepat with 99% accuracy.
So saya ambik framework yang dia share di video youtube dia, saya cuba try & gabungkan dengan method saya, alhamdulillah, memang menjadi.
Dan saya nak share-kan pada anda dalam content ini.
Cuma cara saya, saya gabungkan dengan Value Equation oleh Alex hormozi. So saya namakan method ni Alexian Method, haha!
Alex becker share tentang 1 minute video, manakala Alex hormozi share tentang value equation.
Saya ada share sebelum ni dalam artikel saya bagaimana saya buat iressistible offer sebelum Alex Hormozi keluarkan Value Equation (100M offers).
Value equation ni satu formula untuk buat very irresistible offer, yang buat orang meleleh, dan apabila kita sampaikan mesej ni kepada kita punya market, kita punya audience, membuatkan mereka rasa kita punya offer stand out dari competitor kita dan nak cuba produk kita.
4 Formula dari Value Equation Alex Hormozi
Untuk taknak panjangkan content ini, saya hanya kongsikan surface sahaja tentang Value Equation ini, untuk lebih detail boleh klik content di atas tu ya.
Dream outcome
Adakah end-result bermakna dalam hidup mereka? Kita naikkan keghairahan mereka untuk dapatkan impian yang mereka nak sangat dan keluar dari masalah sekarang.
2. Perceived likelihood of achievement
Berapa tinggi kepercayaan yang customer letakkan kepada produk/servis anda untuk capai hasil yang diingini? Bagaimana kita nak naikkan keyakinan mereka terhadap produk /servis kita?
3. Time Delay
Berapa lama mereka akan nampak end-result? Bagaimana nak yakinkan berapa cepat mereka boleh tengok end -result
4. Effort & sacrifice
Minimakan ketidakselesaan atau pengorbanan yang mereka perlu hadapi untuk dapatkan end result.
SEBELUM BUAT VIDEO, JANGAN SKIP STEP NI ATAU VIDEO ANDA TAKKAN PADU
Sebelum kita go through 8 step, ni kita tak boleh skip perkara penting, kalau tak hasilnya kurang menyengat.
Anda kena memahami dulu siapa customer anda atau audiens anda.
Tapi takpe, jangan risau saya ada buat video Kenapa saya tak pernah buat customer avatar sebagai owner digital marketing agency.
Dalam content ni saya cerita tentang macam mana saya buat customer research & development, market research, macam mana nak kenali diorang punya pain, gain.
8 Powerful Steps Untuk Buat High Conversion 1-Minute Video
8 step framework yang kita nak cerita detail ialah:
Bold claim
Poof (impactful statement)
Pain
Introduce the solution
Guarantee the results
Eliminate the risk
Highlight specific outcome
CTA + urgency+ guarantee
Saya ada includekan masa juga.
Tapi masa ni subjektif sebab ia bergantung kepada niche apa yang bisnes kita fokus.
Jika niche direct kadang tak guna pun semua step dari kelapan step ni.
Kalau nak senang ikut Alexian method yang saya gabungkan (Alex Becker + Alex Hormozi) boleh rujuk jadual di bawah.
Saya letakkan 4 Formula Value Equation di atas (x-axis),
dan 8 Step Framework di belah kiri (y-axis).
Lepas tu saya buat buat sript writing di setiap step.
Dekat sini saya terangkanlah apa point-point yang penting yang saya letakkan kat hook, dekat bold claim, proof, highlight pain point dll.
1.Bold claim atau hook
So kat sini saya senaraikan apakah hook yang sesuai?
Kadang-kadang, kita punya produk atau solusi ada bermacam-macam angle. Kita nak menggilirkan hook tu.
Saya taknak cerita dalam tentang hook sebab dah ramai orang share cara buat hook video 5-7 saat pertama.
Saya pun setiap kali nak buat hook saya akan tengok template contoh.
Saya kongsikan 3 template hook yang menjadi referens saya di bawah :
(anda boleh save)
Then hook tu saya pecahkan kepada 4 iaitu:
Dream outcome- Anything yang boleh naikkan keghairahan untuk dapatkan dream outcome mostly Pain & gain
Perceived likelihood of achievement- Jika mereka guna produk atau solusi yang kita offer, kebarangkalian utk dia achieve dream outcome tu tinggi. Kita boleh ceritakan tentang testimonial, feedback atau case study
Time delay- kempen 3 bulan boleh siap dalam satu bulan. Tak ada upsell, direct to the point
Effort & sacrifice- jika nak distribute kepada team, tak perlu pantau, sebab boleh guna template tu berulang kali. Just tukar tema dan detail
Saya bukan sahaja pecahkan cara nak buat hook tu kepada 4 tapi, sepanjang saya go through 8 step framework ni juga saya akan pastikan saya sentuh formula equation Alex Hormozi ni dalam 1 minute video ni.
2. Impactful statement (proof)
Seterusnya saya buat impactful statement (proof). contohnya: Brand A, B, C dah guna cara saya dan berjaya. Anda juga boleh guna kredibiliti macam sijil pentauliahan atau sijil halal.
3.Pain
Kita nak senaraikan pain point. -Saya faham bila kita cakap pasal marketing, terlalu banyak nak kena buat, overwhelming. Contohnya nak susun kempen marketing 1 tahun, tiada SOP, framework,template dan sebagainya
4.Introduce the solution
Kita nak buat semudah yang mungkin. Contoh: anda tonton je video saya. Gunakan semua template yang saya bagi dan terus apply
5. Guarantee the results
Apa yang dia bakal dapat terjamin. Contoh: jika anda betul2 follow template marketing yang saya bagi, anda boleh susun kepen marketing 3 bulan ke depan dalam masa sebulan je. Team pun akan happy sebab tak buat kerja adhoc last minute.
6. Eliminate the risk
Boleh buat jaminan pulangan wang, free trial atau anything yang akan membuatkan prospek takkan cakap NO terhadap produk anda. Sediakan group support.
7. Highlight specific outcome
Kita nak highlight apa yang dia bakal dapat jika dia bertindak sekarang
8. CTA + urgency + guarantee
Contoh: Klik di bawah untuk dapatkan dengan harga yang tak masuk akal. Kena bersifat transformational. Jika prospek klik, dia akan nampak perubahan
Kesimpulan : Alang-Alang Buat Video Biar Ikut High Conversion Formula
Video yang anda buat dari 8 Steps ini mungkin dalam 1 minit lebih, mungkin 2-3 minit, yang penting teruskan buat dan publish agar memenuhi 7-11-4 rules.
Ikut niche anda dan kreativiti anda, anda boleh bermain dengan masa & steps lebih atau kurang, yang penting anda bermain volume & kualiti juga.
Video yang anda hasilkan guna framework ni, nak run ads boleh, nak post secara organic di media sosial pun boleh.
Enjoy this powerful steps, dan bila anda dah buat untung guna framework ni, jangan lupa PM saya di media sosial & share okay?
All the best!
Bila anda dah ready, ada 3 cara saya boleh bantu anda :
1. Marketing And Funnel Strategies (MAFS Masterclass) : Satu-satunya course yang share semua dan sedalam-dalamnya knowledge saya tentang Strategi Marketing Untuk “Win The Game” Dalam Bisnes. Juga panduan bina Marketing Funnel, Marketing Plan & Kempen Selama Setahun. Lifetime access, lifetime update.
2. Video Panduan : Susun Kempen Marketing 1 Tahun (SKM1T) : Dengan hanya spend masa 2 jam video panduan ni, anda dah boleh susun kempen 12 bulan dalam 1 hari. Dah tak buat kempen marketing adhoc last minute, sebab semua dah tersusun cantik, siap 1-3 bulan sebelum tarikh kempen.
Gunakan kupon : OFFRM30 jika anda serius take action sekarang.